• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Festival Filem Cannes 2023: Intai Fesyen Selebriti Asia Terbaik… Ada Rosé, Aishwarya Rai, Hingga Fan Bingbing!

by Soph Azz
May 22, 2023
Foto - Vogue

Foto - Vogue

Share on Facebook

Fesyen selebriti mana yang paling kamu suka?

Tak dinafikan bila tibanya Festival Filem Cannes, ramai orang tertunggu-tunggu terutamanya pencinta fesyen. Bukan apa, ketika waktu inilah semua selebriti dari seluruh dunia berlumba-lumba mempamerkan fesyen terbaik mereka ketika berjalan di karpet merah.

Dan menariknya tahun ini. Miss Murai rasakan kemunculan selebriti Asia semakin ramai dan setiap seorang daripada mereka tak lepaskan peluang membuat penampilan glamor masing-masing.

Untuk edisi Festival Filem Cannes 2023, berikut Miss Murai kongsikan fesyen terbaik selebriti Asia yang hadir. Kamu bersedia?

Fan Bingbing 

Dalam salah satu momen fesyen karpet merah terbaik Fan Bingbing, Miss Murai paling suka aktres ini memakai strapless ball gown cetakan buluh yang mencerminkan tanah besar China oleh Christopher Bu dan padanan cape gown serta headpiece daripada Miss Sohee Spring 2023 Couture.

Foto – Vogue

Sekadar info, rantai leher White Diamond Tutti Frutti dan cincin Diamond Peony Butterfly diperbuat daripada emas putih 18k dan rhodium.

Zhang Yuqi 

Foto – Vogue

Selebriti China, Zhang Yuqi pula tampil memukai dalam gaun seni bina putih, di mana bahagian atasnya yang  berstruktur itu membingkai bahagian bahunya. Manakala cascading skirt itu pula melingkari bahagian bawah badan dan kaki.

Esha Gupta 

Foto – Vogue

Memilih rona nude pink, aktres Esha Gupta mengenakan gaun Nicholas Jebran yang diperincikan dengan bunga yang menutup sebahagian dadanya. Seksi dan glamor sangat!

Neelam Gill 

Foto – Vogue

Miss Murai suka look Neelam Gill yang ini! Model ini tampil menggayaan gaun pink labuci yang mempunyai lipatan organza di sekitar bahagian bahunya yang membentuk seperti train sehingga ke bawah.

Rahi Chadda 

Foto – Vogue

Model Rahi Chadda pula tampil dalam sut burgundy yang mempunyai sulaman di bahagian tengah jaketnya. Apa yang menarik perhatian Miss Murai adalah perician tulle dari bahagian perut hingga ke bawah badan. Menarik!

5 Kisah Cinta Bollywood Yang Penuh Dengan Drama & Kontroversi- No.3 Tidak Boleh Dilupakan!

Soo Joo Park 

Foto – Vogue

Bagi model Korea ini pula, Soo Joo tampil dalam sleek black gown yang diperincikan dengan manik geometri. Walaupun simple tapi nampak sangat elegan kan?

Gemma Chan 

Foto – Vogue

Aktres filem ‘Eternals’ ini pula tampil dalam gaun putih halterneck Louis Vuitton yang diperincikan dengan sulaman bunga. Manakala penampilan keduanya dalam gaun sutera merah LV yang sebahagiannya backless dan sleeveless itu pula dapat menonjolkan sisi seksinya!

Aishwarya Rai 

Foto – Vogue

Lain daripada yang lain, aktres Bollywood ini tampil dalam chaimail gown yang cukup glamor oleh Sophie Couture. Psst… Gaun ini  juga ada hood tau!

Araya Hargate 

Foto – Vogue

Bagi aktres Thailand ini pula, Araya kelihatan berseri dalam gaun tulle Jean Paul Gaultier yang berlapis-lapis.

BLACKPINK Rosé

Inginkan sesuatu yang glamor dan minimalis? Lihat sahaja penampilan BLACKPINK Rosé!

Foto – Vogue / Pinterest

Untuk filem ini, dia menggayakan gaun hitam halterneck Saint Laurent yang dipericikan dengan ruffle di bahagian torsonya. Manakala gaya rambutnya pula diinspirasikan oleh gaya Audrey Hepburn dan dilengkapkan dengan pemakaian hiasan daripada Tiffany & Co.

Cantik-cantik dan glamor kan?

Aishwarya RaiBlackpinkblackpink rosefan bingbingFestival Filem Cannesfesyen selebriti antarabangsa
https://lomp.at/gvy6j
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

by Iffah Najwa
January 6, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan insiden salah faham melibatkan penggunaan mixed coach dan women...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bulan November 2025 lalu, Istanbul menyambut rombongan media Malaysia dengan tangan terbuka… dan sedikit kabus misteri. Kami tiba dengan penerbangan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  3. 3

    Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  5. 5

    Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore