Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Renjana Filem Wajib Tonton? Dibarisi Pelakon-Pelakon Hebat!

Renjana membawa kisah guru wanita pertama di Tanah Melayu bernama Che Aminah dalam perjuangannya membela anak bangsa.

by Khai Azfar
March 16, 2022
Share on Facebook

Memartabatkan golongan wanita dalam sesebuah naskhah seni. Itu mesej utama yang hendak diperincikan dalam filem terbaharu arahan Pali Yahya berjudul Renjana.

Kisah Guru Wanita Pertama Tanah Melayu

Filem yang membawa penonton ke zaman 1900-an itu mengisahkan golongan wanita yang sering berhadapan dengan kesukaran dan cabaran dalam susur kehidupan mereka. Membawa kelainan ke layar perak, Renjana membawa kisah guru wanita pertama di Tanah Melayu bernama Che Aminah dalam perjuangannya membela anak bangsa.


Menurut penerbit Mache All Star United Sdn. Bhd., Norley Aimi Nadiah Shaari, setiap paparan yang dihidangkan dalam filem tersebut merupakan sebuah jalan cerita yang sangat unik dan menarik untuk para penonton.

“Kami memberanikan diri menerbitkan naskhah klasik sebegini kerana mahu lari daripada kebiasaan atau cerita klise lain. Kami juga percaya cerita seperti ini mempunyai kelompok peminatnya sendiri.

“Kisah yang berlaku kepada golongan wanita pada zaman tersebut tidak diketahui ramai kerana kurang inisiatif untuk meengolahkannya menjadi sebuah karya seni. Selepas melakukan kajian dan pemerhatian, kami mengambil keputusan untuk menjadikannya sebagai sebuah filem,” katanya.

Tuturnya, masyarakat sering didedahkan dengan kisah-kisah pejuang tanah air lain tetapi tidak ramai mengetahui tentang kehidupan Che Aminah yang merupakan guru wanita pertama di Tanah Melayu.

“Tidak ramai yang mengetahui kisah seorang wanita yang menjadi guru pertama di Tanah Melayu.

“Tanpa sedar, dia sebenarnya lambang perjuangan wanita yang luhur dalam membela anak bangsa kita sejak dahulu,” katanya lagi.

Antara pelakon yang terlibat dalam naskhah ini terdiri daripada Nabila Huda, Saharul Ridzuan, Fauzi Nawawi, Aida Aris dan Hasnul Rahmat. Selain beberapa nama besar tersebut, naskhah ini turut dibintangi oleh Kodi Rasheed, Nadia Aqeelah, Zamarul Hisham, Mak Wan Latah, Sefik Khair dan pelakon kanak-kanak Dura Mitilda. 

Topik Berkaitan Nabila Huda Kongsi Pengalaman Dapat Layanan 'Double Standard' Di Restoran Kerana Penampilan 'Comot'?

Berhadapan Banyak Cabaran 

Tambah Norley, Renjana diambil inspirasi daripada kisah guru pertama itu namun ditambah dengan beberapa plot lain oleh penulis skrip Adza Emi Adenan untuk menghidupkan jalan cerita.

“Tidak dinafikan memang banyak cabaran yang dihadapi untuk menyiapkan naskhah ini terutama untuk mewujudkan kembali latar masa era 1900-an.

“Kita perlu membataskan pergerakan memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan ketika itu namun kita mampu menyiapkan meskipun melalui beberapa kekangan.

“Kita berterima kasih kepada semua pelakon yang terlibat kerana mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan sehingga Renjana disiapkan,” tambahnya lagi.

Menurut Norley lagi, meskipun mereka menghabiskan sejumlah besar bajet untuk prop, ia memberikan kepuasan tidak terhingga kepada semua apabila Renjana bakal ditayangkan.

Bakal ditayangkan di Astro First mulai 17 Mac ini, Renjana bakal membawa penonton untuk kembali mengembara ke dekad tersebut.

Renjana mengangkat kisah seorang wanita bernama Che Aminah dari Pulau Pinang yang dipandang hina oleh penduduk kampung. Berkahwin dengan Ramlee, dia dicurangi dan sebaik sahaja bercerai. Bertemu dengan Johan, Che Aminah mula mendapat semangat baharu.

Dia kemudian belajar membaca dan menjadi guru wanita pertama di sebuah sekolah di Seberang Perak pada tahun 1900-an.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
filem Renjananabila hudasaharul ridzwan
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara