Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Skrin Lebih Besar? Samsung Rasmi Melancarkan Galaxy Tab A8 Yang Baharu. Semak Harganya!

by Phic ARMAN
January 27, 2022
Share on Facebook

Berita baik buat penggemar telefon pintar dari jenama popular di Malaysia, Samsung. Hari ini mereka telah melancarkan secara rasminya Galaxy Tablet A8, peranti diperkemaskan dalam siri Tab A. Galaxy Tab A8 mempunyai saiz skrin yang mengagumkan, kuasa dan prestasi dalam reka bentuk yang tipis dan ringan yang sedia untuk digunakan untuk pembelajaran, hiburan dan banyak lagi.

“Tablet kini amat diperlukan oleh ramai, terutamanya dalam dunia di mana pembelajaran yang berlaku di rumah adalah perkara biasa”, kata Edward Han, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

“Produk ini merupakan peranti yang sesuai untuk ramai orang memanfaatkan aktiviti mereka di rumah dan semasa dalam perjalanan. Memandangkan lebih ramai orang menggunakan tablet untuk panggilan video, di kelas, dalam talian, permainan dan penstriman, Galaxy Tab A8 dilengkapi dengan ciri baharu yang cemerlang untuk membantu pengguna berhubung pada tahap baharu.”

Skrin 10.5-inci

Galaxy Tab A8 mempunyai bentuknya yang ringan mempunyai skrin 10.5-inci yang diperluas dengan bezel 10.2mm yang sangat tipis dengan nisbah aspek sebanyak 16:10. Galaxy Tab A8 tersedia dalam warna Kelabu dan Emas Merah Jambu baharu. CPU dan GPU Galaxy Tab A8 telah ditingkatkan sebanyak 10% untuk memberi prestasi yang lebih pantas dan lancar tanpa sekatan yang mengecewakan.

Bateri Galaxy Tab A8 Sebesar 7,040mAh

Untuk Bateri, Galaxy Tab A8 menawarkan kuasa sehingga 7,040mAh dengan pengecasan pantas sehingga 15W memudahkan pengguna menstrim pelbagai kandungan media selama berjam-jam tanpa risau kehilangan kuasa.

[REVIEW] Samsung Galaxy Z Flip7: Worth It Ke Untuk 2025?

Kamera

Bercakap mengenai kamera, Galaxy Tab A8 dengan kamera belakang 8MP, kamera hadapan 5MP dan ciri Screen Recorder serba baharu.  Galaxy Tab A8 disokong oleh platform keselamatan Knox yang terkemuka dalam industri oleh Samsung dengan perlindungan berbilang lapisan. Pengecaman muka memastikan pemilik Galaxy Tab A8 adalah satu-satunya pengguna yang mempunyai akses mudah kepada peranti mereka.

Harga Yang Sangat Berpatutan & Hadiah Menarik Ditawarkan

Galaxy Tab A8 (Wi-Fi 3+32GB) kini boleh didapati dengan harga runcit yang disarankan berharga RM999. Mulai sekarang hingga 28 Februari 2022, pembeli boleh menikmati hadiah percuma dengan pembelian: satu Clear Edge Cover 7 bernilai RM99 dan pelan perlindungan Samsung Care+ setahun bernilai RM110.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari, Samsung.com.my manakala untuk maklumat lanjut mengenai promosi, lawati pautan ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Galaxy Tab A8samsung
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara