Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Hidayah Itu Milik Allah’ – Adam Corrie Jelas Tiada Paksaan Memeluk Islam

by Puteri Alia
September 15, 2021
Foto - Instagram @adamcorrielee

Foto - Instagram @adamcorrielee

32
KONGSIAN
Share on Facebook

Tangkap layar yang dimuatnaik di Instagram Adam Corrie menarik perhatian wargamaya, bila mana membaca mesej seorang individu yang mendakwa aktor veteran ini memaksanya untuk memeluk Islam.

Tiada Paksaan Dalam Islam, Hidayah Itu Milik Allah – Adam Corrie

Menerima mesej sedemikian membuatkan aktor mualaf ini beri penjelasan bahawa tiada paksaan dalam memeluk agama Islam, malah Adam juga mengatakan sesiapa saja berhak jika ingin kembali kepada fitrah asal.

“Ini untuk pengetahuan secara umum, yang berminat untuk kembali kepada fitrah. Cara-cara untuk syahadah. Ramai yang malu-malu nak bertanya.

Tiada paksaan kepada sesiapa sahaja untuk kembali kepada fitrah. Semua terpulang kepada empunya diri.

Hidayah itu milik Allah. Saya hanya boleh menceritakan keindahan Islam, itu sahaja.”

Sebelum Syahadah, Ada Soalan Yang Perlu Ditanya

Tambahan lagi, Adam juga menerangkan setiap kali ada saudara baru ingin memeluk Islam aktor ini akan bertanya beberapa soalan mengenai sebab memeluk Islam, latar belakang saudara baru dan jika ada paksaan dari mana-mana pihak untuk memeluk Islam.

“Ketika hari saya hendak syahadahkan mereka. Memang menjadi perkara yang wajib saya bertanya.

1.Kenapa ingin memeluk Islam?

2.Bertanya latar belakang mereka.

3.Adakah sebarang paksaan dari sesiapa untuk memeluk Islam?

Menurut Adam setelah menyoal soalan wajib tersebut dan mendapati tiada sebarang paksaan, barulah aktor ini akan memimpin mereka syahadah. Selain itu, Adam juga mengatakan perbuatan memaksa seseorang itu memeluk Islam adalah perbuatan yang tidak bermoral.

Ada Bayaran Untuk Masuk Islam?

Bagi yang ingin mengenali Islam dan cara memeluk Islam pastinya tertanya jika terdapat sebarang bayaran sekiranya ingin menjadi saudara baru bukan?

Menurut Adam tiada bayaran yang dikenakan cukup dengan hanya membawa diri, dua keping gambar dan salinan kad pengenalan untuk pendaftaran Islam.

“Ada yang bertanya perlu bayaran ke nak masuk Islam? Tiada bayaran. Hanya bawa diri dan hati yang tulus cintakan Islam itu sahaja. Untuk pendaftaran Islam hanya ambil gambar 2 keping dan salinan kad pengenalan. Itu sahaja.”

Menurut Adam lagi, selesai mengislamkan saudara baru dirinya akan mengsyorkan kepada saudara baru untuk mengikuti kelas agama di mana-mana majlis agama Islam negeri masing-masing untuk mendalami agama Islam.

Adam Corrie Terima Anugerah Tokoh Muallaf, Bertegas Tidak Kisah Dilabel Apa Pun Sejak Peluk Islam
adam corriedakwahIslam
https://lomp.at/n14fa
Share13Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Selagi Aku Tak Merajuk, Tolonglah Hire Aku Untuk Watak Dan Naskhah Yang Baik..”-Faye Kusairi

by Naddy Joe
April 9, 2026

Pelakon, Faye Kusairi berkongsi luahan bersama peminat mengenai dirinya yang mengakui kelemahannya adalah dia merasakan dia seorang yang tidak terkenal...

Read moreDetails
Lokal

Maria Farida Kongsi Momen Hari Lahirnya, Netizen Terpegun!-“Sentiasa Cantik..”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Perkongsian pelakon dan model terkenal Malaysia, Datin Seri Maria Farida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen hari lahirnya yang ke-57,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Anak Aidid Marcello Dapat 8A Dalam SPM-“Alhamdulillah, Ini Semua Kerja Allah..”

by Naddy Joe
March 31, 2026

Bekas personaliti televisyen, Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen mereka menemani anak kedua,...

Read moreDetails
Foto - @thenorishkarman (IG)
Lokal

Tepis Dakwaan Terima RM200K, Norish Karman Hanya ‘Berangan’ Nak Beli MPV

by Nurul A.
April 20, 2026

Nampaknya kenyataan kontroversi pelakon Norish Karman terus menjadi perbualan ramai. Buat pembaca yang terlepas, Norish sebelum ini pernah mendedahkan impiannya...

Read moreDetails
Lokal

Amelia Henderson Dilantik Sebagai Duta Produk Probiotik Life-Space

by Naddy Joe
April 30, 2026

 Life-Space dengan bangganya mengumumkan Amelia Henderson sebagai Duta Jenama di Malaysia, menandakan satu kerjasama strategik yang menggabungkan kesejahteraan berasaskan sains...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  3. 3

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara