Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Inisiatif Kembali Ke Sekolah Gardenia: 1,300 Murid Terima Squiggles Percuma

by Phic ARMAN
January 12, 2026
10
KONGSIAN
Share on Facebook

MURAI dengar-dengar, suasana di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Selangor pagi tadi ceria lain macam! Mana tidaknya, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. melalui jenama comel mereka, Gardenia Squiggles, turun padang membawa lebih 1,300 pek snek untuk menceriakan budak-budak Tahun 1 sampai Tahun 6 sempena hari pertama sekolah sesi 2026.

Misi: Kurangkan Gementar, Tambah Ceria!

Program ini sebenarnya adalah sebahagian daripada inisiatif ‘Kembali ke Sekolah Bersama Gardenia Squiggles 2026’, yang khusus dibuat untuk bantu murid-murid terutamanya adik-adik Tahun 1, rasa lebih yakin, kurang takut, dan bermula dengan mood positif pada hari pertama sesi persekolahan.

MURAI faham… hari pertama sekolah memang ‘mood roller coaster’ ibu bapa berdebar, anak-anak pun lagi lah!

“Squiggles Bukan Sekadar Snek, Ia Nostalgia.” – Gardenia

Menurut Puan Ena Suhaila Abas, Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia, mereka nak wujudkan momen manis di hari penting ini.

“Kami di Gardenia ingin menjadi sebahagian daripada detik istimewa ini dengan membawa keriangan dan sentuhan kasih sayang melalui snek Squiggles. Dengan dua perisa kegemaran ramai – Funky Strawberry dan Choco Malto, Squiggles bukan sekadar snek, tetapi roti roll yang membangkitkan nostalgia,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, inisiatif ini juga tanda penghargaan buat seluruh komuniti sekolah, guru, ibu bapa dan murid yang sentiasa bersama Gardenia dalam membentuk generasi yang ceria dan bertenaga.

Anak-anak SK Bandar Sri Damansara 1 Paling ‘Happy’ Pagi Tadi

Program bermula seawal 6.30 pagi hingga 10.00 pagi, dan dari pintu pagar lagi suasana dah hidup! Pasukan Gardenia menyambut murid dengan penuh semangat sambil mengedarkan Squiggles.

Paling best, 10 murid terawal yang tiba ke sekolah siap dapat hadiah khas  memang naik semangat nak datang awal setiap hari lah lepas ni!

Najwa Latif Bawa Semangat Baru ke Kampus Bersama Gardenia

Apa yang MURAI suka, Gardenia nampaknya serius nak jadikan program sebegini sebagai tradisi tahunan. Mereka berhasrat memperluaskan inisiatif ini ke sekolah-sekolah lain sebagai komitmen menyokong suasana pembelajaran yang lebih positif, bersemangat dan penuh dorongan.

Gardenia
https://lomp.at/yu77l
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

Ramadan Jadi Lebih Bermakna, MAIWP Agih RM17.44 Juta Untuk Asnaf di KL, Putrajaya Dan Labuan

by Ayu Kamaruddin
February 12, 2026

Menjelang ketibaan Ramadan yang dinanti-nantikan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sekali lagi tampil dengan inisiatif bermakna apabila menyalurkan Insentif...

Read moreDetails
Insentif

Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

by Ayu Kamaruddin
February 25, 2026

Berita baik untuk rakyat Johor tahun 2026 ini, Kerajaan Negeri Johor kembali dengan Bantuan Kasih Johor (BKJ 2026), satu inisiatif...

Read moreDetails
Insentif

Jiwa MADANI Sentuh Komuniti, ATM Laksana 17 Projek Dengan Peruntukan RM850,000 MINDEF

by Ayu Kamaruddin
January 28, 2026

Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperuntukkan sebanyak RM850,000 bagi melaksanakan 17 Projek Jiwa MADANI di Melaka sepanjang tahun ini, sekali gus membuktikan...

Read moreDetails
Insentif

RM150 Juta Bantuan Sara Tak Dituntut, Ini Jawapan Ke Mana Duit Ini Pergi

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bukan disimpan, bukan juga dibiarkan sepi. Sebanyak RM150 juta daripada bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang tidak dituntut sehingga 31...

Read moreDetails
Insentif

Pelakon Tempatan Bakal Nikmati Royalti Pertama, SENIMAN Usahakan Badan Kutipan Khas

by Ayu Kamaruddin
January 12, 2026

Dunia seni lakon tempatan bakal menyaksikan satu langkah baharu yang cukup dinanti-nantikan. Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) kini giat merancang penubuhan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore