Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Insentif: Nak Beli Chery Akhir Tahun? Ini Insentif, Rebat & Hadiah Lumayan Yang Ramai Tengah Intai

by Ayu Kamaruddin
December 29, 2025
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Menutup tirai tahun dengan bergaya, Chery Malaysia tampil dengan kempen akhir tahun berskala nasional yang jelas menyasarkan pembeli yang sedang mencari nilai maksimum daripada rebat tunai, ganjaran pelanggan, hinggalah peluang memenangi sebuah kenderaan hibrid.

Chery Malaysia Tawar Rebat Hingga RM15k, Waranti Bateri PHEV ...
Via laman web rasmi/ Chery

Kempen yang berlangsung dari 9 Disember 2025 hingga 6 Januari 2026 ini memberi fokus kepada rangkaian kenderaan plug-in hybrid electric vehicle (PHEV), selari dengan peningkatan minat pengguna terhadap mobiliti lebih cekap dan mesra alam.

Pandu Uji Je Dah Layak Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000

Antara tarikan utama kempen ini ialah tawaran cabutan bertuah automatik kepada pelanggan yang melakukan pandu uji mana-mana model PHEV Chery. Tanpa perlu komitmen pembelian, pelanggan berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM200,000.

Hadiah utama pula bukan calang-calang, sebuah Tiggo Cross HEV, sekali gus menjadi insentif tambahan untuk pelanggan merasai sendiri teknologi Chery Super Hybrid. Ringkasnya, cuba dulu, mana tahu terus ‘bawa balik’.

Jarak Pemanduan Sampai 1,200km, Sesuai Untuk Yang Tak Suka Singgah Pam Minyak

Kempen ini menampilkan dua model PHEV utama, iaitu Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV, yang menggabungkan pemanduan elektrik dengan kecekapan enjin petrol.

Chery Malaysia tawar rebat akhir tahun dan jaminan lanjutan untuk bateri PHEV | WapCar
Via laman web rasmi/ Chery

Gabungan ini membolehkan jarak pemanduan keseluruhan mencecah sehingga 1,200 kilometer dengan satu tangki bahan api dan cas penuh satu angka yang jelas menarik perhatian, terutama bagi pengguna yang kerap memandu jarak jauh.

Topik Berkaitan Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

Kedua-dua model turut menawarkan:

  • Tork segera untuk pecutan responsif
  • Kestabilan pemanduan lebuh raya
  • Peralihan lancar antara mod elektrik dan hibrid
  • Pendek kata, praktikal untuk kegunaan harian, tapi masih sedap dibawa.
  • Rebat Tunai Sampai RM15,000, Ini Senarai Yang Perlu Tahu

Bagi pembeli yang serius, Chery turut menawarkan rebat tunai sehingga RM15,000 untuk model terpilih sepanjang tempoh kempen:

  • Tiggo 8 PRO – rebat sehingga RM15,000
  • Tiggo 7 PRO – rebat sehingga RM10,000
  • Tiggo Cross HEV & Tiggo Cross Turbo – rebat sehingga RM5,000
  • Tiggo 7 PHEV & Tiggo 8 PHEV – rebat RM5,000 setiap satu

Dengan rebat ini, harga jualan di Semenanjung Malaysia bermula serendah RM88,800, menjadikan rangkaian Chery lebih mudah diakses untuk pelbagai segmen pembeli.

Waranti Bateri 10 Tahun, Percuma & Bukan Gimik

Satu lagi ‘win point’ kempen ini ialah tawaran waranti bateri lanjutan secara percuma untuk pembelian model PHEV.

Pembeli Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV akan menerima:

  • Waranti bateri 10 tahun atau 200,000km
  • Meliputi pek bateri, motor kuasa dan unit kawalan kenderaan

Waranti bernilai RM3,000 ini ditawarkan tanpa kos tambahan dan turut terpakai kepada pelanggan yang membeli model berkenaan sejak pelancarannya pada Oktober lalu. Untuk pembeli PHEV, ini jelas beri ketenangan minda jangka panjang.

Teknologi Super Hybrid Dengan Fokus Keselamatan

Kedua-dua model PHEV ini dikuasakan oleh teknologi Chery Super Hybrid, menggabungkan:

  • Enjin hibrid Acteco 1.5TGDi generasi kelima
  • Transmisi hibrid khusus
  • Bateri lithium iron phosphate 18.3kWj
Topik Berkaitan Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

Menyokong pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 90km, pengecasan pantas 30% ke 80% dalam 19 minit, serta dilengkapi Guardian Battery Safety System dengan ciri keselamatan menyeluruh, termasuk keupayaan meredah air dan julat suhu operasi ekstrem.

Kesimpulannya, bagi pembeli yang sedang mempertimbangkan kenderaan baharu menjelang tahun baharu, kempen akhir tahun Chery ini jelas menawarkan nilai, insentif dan perlindungan jangka panjang bukan sekadar potongan harga semata-mata.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cherykeretarebate akhir tahun
Share11Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  3. 3

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara