Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Insiden Anak Rafizi Ramli Diserang 2 Lelaki, Polis Pantas Mulakan Siasatan

by Nurul A.
August 14, 2025
Foto - Rafizi Ramli (FB)

Foto - Rafizi Ramli (FB)

Share on Facebook

Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli telah mengejutkan orang ramai apabila beliau mendedahkan anak lelakinya, 12, yang keluar bersama isterinya telah diserang oleh dua lelaki tidak dikenali.

Dalam kejadian tersebut, anak lelaki Rafizi yang didakwa mahu memasuki kereta untuk meninggalkan perkarangan pusat beli-belah di Putrajaya, telah diserang oleh dua lelaki berpakaian serba hitam dan topi keledar. Anak lelakinya itu didakwa telah diherat sebelum dicucuk dengan jarum suntikan.

View this post on Instagram

A post shared by Rafizi Ramli (@rafiziramli)

Memetik kenyataan Rafizi di media sosial, berdasarkan semakan, dua lelaki tersebut telah mengekori kereta isterinya dan beliau beranggapan individu terbabit mungkin merancang serangan itu dengan lebih awal.

“Serangan itu membabutkan dua lelaki yang berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhan. Mereka sudah menunggu lebih awal dan bergegas menyerang anak saya pada ketika yang sesuai.”

Anak lelaki Rafizi yang diserang itu dibawa segera ke Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk rawatan lanjut. Rafizi turut memberitahu bahawa pihak polis pula telah berada di tempat kejadian dan mereka sekeluarga telah pun memberi keterangan.

View this post on Instagram

A post shared by Rafizi Ramli (@rafiziramli)

Melihat kepada insiden mengejut ini, Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar mendedahkan bahawa pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung serangan terhadap anak lelaki Rafizi itu.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 352 dan 324 Kanun Keseksaan, iaitu menyerang dan menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya serta Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksua Terhadap Kanak-Kanak.

“Setakat ini kita tengok semua aspek, tak ada lagi petunjuk ke arah tersebut tapi kita tengok semua angle”, kongsinya di Malaysiakini.

Buat masa sekarang, pihak berkuasa masih lagi menunggu keputusan analisis berkaitan dengan kandungan picagari yang digunakan oleh penyerang terbabit.

Murai doakan semoga proses siasatan dapat dijalankan dengan baik dan kesihatan anak lelaki Datuk Seri Rafizi Ramli semakin baik.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anak lelaki rafizi ramlianak rafizi ramlirafizi ramli
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Kenapa Meerqeen Dipilih Jadi Duta REDMI Note 17 Series?

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Bila Xiaomi umumkan Meerqeen sebagai Malaysia Ambassador untuk REDMI Note 17 Series, ramai mungkin tertanya-tanya, kenapa Meerqeen? Jawapannya sebenarnya cukup...

Read moreDetails
Berita

Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

by Phic ARMAN
June 30, 2026

Saluran TV6 RTM yang menjadi rumah kepada pelbagai rancangan klasik dan nostalgia buat rakyat Malaysia akan menamatkan siarannya bermula 1...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  2. 2

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  3. 3

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  4. 4

    Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

  5. 5

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara