Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Irene & Seulgi Nak Datang KL, Tiket Serendah RM298 Je?

by Phic ARMAN
August 8, 2025
Share on Facebook

Lepas bertahun-tahun menunggu, akhirnya impian ReVeluv Malaysia jadi kenyataan. Irene dan Seulgi, dua bintang besar dari Red Velvet , confirm bakal turun ke Kuala Lumpur untuk konsert solo pertama mereka dekat sini. Serius, ini bukan teaser, ini betul-betul berlaku.

Konsert bertajuk IRENE & SEULGI Concert Tour [BALANCE] ini akan berlangsung pada 13 September 2025, jam 3 petang, bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Dibawakan oleh FriedRice Entertainment dan ACO MEDIA, KL akan jadi lokasi terakhir untuk tour Asia Tenggara mereka, maksudnya, penutup yang paling grand la ni.

Konsert ni bukan calang-calang. Ia sempena kemunculan semula duo ni dengan mini album TILT, yang baru je dilancarkan Mei lepas. Kalau kalian peminat tegar, confirm lagu-lagu macam Monster, Naughty dan track baru dari TILT tu semua dah masuk playlist harian, kan?

Tiket? Jangan Risau, Ada Pilihan Ikut Bajet

Buat yang dah mula kira-kira bajet, ini harga tiket rasmi (belum masuk caj):

  • VIP – RM888
  • C1 – RM788
  • C2 – RM688
  • C3 – RM498
  • C4 – RM298

Nak duduk dekat stage atau chill kat belakang, semua ada pilihan. Paling penting, jangan lambat beli.

Bila Boleh Beli?

Untuk ahli ReVeluv Membership (GL) di Weverse, pre-sale bermula 13 Ogos. Tapi kena daftar dulu antara 8 Ogos – 10 Ogos.

Kalau tak jadi ahli pun tak apa. Jualan umum buka 14 Ogos, jam 12 tengah hari. Sedia buka tab, standby kad.

Fan Benefit?

Buat masa ini, belum ada pengumuman rasmi. Tapi biasalah, mungkin ada soundcheck access, sesi bergambar, barangan eksklusif dan macam-macam lagi. Kita tunggu pengesahan dari pihak penganjur.

Apa-apa pun, ini bukan konsert biasa. Ini sejarah kali pertama dan mungkin satu-satunya peluang nak tengok Irene & Seulgi perform live depan mata dekat Malaysia. Jangan cakap MURAI tak payung.

ireneReVeluv MalaysiaSeulgi
https://lomp.at/flrnk
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
Korea

Jisoo Dinobat Sebagai Wanita Tercantik Dunia 2025, Terkejut Tengok Siapa Yang Bersaing

by Phic ARMAN
January 3, 2026

Kalau anda peminat K-pop mesti tak lepaskan berita ini, Kim Ji-soo dan Kim Taehyung sekali lagi buat dunia hiburan gempar!...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore