Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Jejak Warisan, Royal Selangor Ketengahkan Seni Emas Telepuk

by Nurul A.
September 2, 2026
Foto - Royal Selangor

Foto - Royal Selangor

Share on Facebook

Dahulunya dikhaskan untuk tekstil upacara dan pakaian kebesaran, telepuk merupakan seni tekstil Melayu tradisional yang dibezakan oleh motifnya yang rumit dan aplikasi daun emas yang berkilauan.

Tekstil yang terhasil membawa kilauan keemasan yang tersendiri dan secara sejarahnya ia dikaitkan dengan kerabat diraja, golongan bangsawan dan majlis-majlis istiadat.

Royal Selangor Anjur Pameran Seni Telepuk

Bagi mengangkat warisan negara, Royal Selangor mengadakan pameran yang bertujuan untuk mempamerkan keindahan telepuk kepada orang ramai.

View this post on Instagram

Diadakan di Pusat Pelawat Royal Selangor, Telepuk: The Imprint of Heritage meraikan kraftangan Malaysia, menampilkan tekstil telepuk, alatan, bahan dan demonstrasi proses tradisional.

Piuter Telepuk

Selain itu, Royal Selangor turut memperkenalkan dua karya seni yang diinspirasikan oleh telepuk iaitu:

1. Set Pengumpul Telepuk 

Set ini menggunakan 6 blok kayu Telepuk dari siri 77 blok yang berasal dari tahun 1920 hingga 1923, dimiliki oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada masa itu.

Telepuk

6 reka bentuk terpilih telah ditafsir semula dalam piuter, mengekalkan bentuk dan perincian rumit ukiran kayu asal. Setiap bahagian dipasang pada sokongan kayu sebagai satu penghormatan kepada bahan blok asal.

2. Alas Gelas 

Royal Selangor memperkenalkan dua alas gelas baharu yang diinspirasikan oleh motif telepuk tradisional iaitu Coaster Telepuk Awan Larat Warisan yang menampilkan bunga teratai, awan larat dan motif ombak yang disusun dalam gubahan rumit.

View this post on Instagram

Manakala Coaster Motif Bunga Telepuk Warisan pula menggabungkan melati, kelopak manggis dan motif cengkih dalam corak yang rumit.

Pengunjung Boleh Cipta Rekaan Guna Motif Telepuk

Di School of Hard Knocks (Pusat Pelawat Royal Selangor). pengunjung boleh cipta mangkuk piuter edisi khas yang menampilkan Motif Telepuk.

Sementara itu, The Foundry pula perkenalkan 2 acuan baharu yang diinspirasikan oleh motif yang sama.

Koleksi pertama menampilkan Bunga Pecah Empat dalam rekaan bulat dan koleksi kedua pula reka bentuk segi empat tepat, menyatukan Bunga Pecah Empat, Bunga Cengkih Pecah Empat dan Tampuk Manggis.

Kedua-dua rekaan boleh dijadikan rantai leher atau rantai kunci, menawarkan pengunjung aksesori kecil yang boleh dipakai cenderahati yang diinspirasikan oleh motif telepuk bersejarah.

Telepuk: The Imprint of Heritage dibuka kepada orang ramai di Pusat Pelawat Royal Selangor sehingga 18 Oktober 2026.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
4
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Royal Selangor
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Samsung Ada ‘Good News’ Untuk Pelajar Di Malaysia, Galaxy Tab S12 Pada Harga Lebih Murah

by Phic ARMAN
October 7, 2026

Kalau sekarang anda seorang pelajar, cuba bayangkan satu peranti yang boleh digunakan untuk catat nota dalam kelas, siapkan assignment, buat...

Read moreDetails
Foto- Ouji
LifeXplore

“Harumnya Merdeka Bersama-Sama”, 1Utama Tawar Pengalaman Penemuan Haruman Sepanjang Minggu

by Nurul A.
August 24, 2026

Sempena bulan Merdeka ini, Ouji menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan semangat perpaduan, kegembiraan dan kebersamaan melalui acaranya, "Harumnya Merdeka...

Read moreDetails
Burnout
Kesihatan

Badan & Mental Rasa Sangat Lesu? 5 Cara Untuk Kamu Atasi Burnout

by Nurul A.
October 12, 2026

Pernah tak dalam satu-satu masa, kamu rasa seperti emosi, fizikal dan mental menjadi sangat letih? Atau rasa tertekan sangat? Hati-hati...

Read moreDetails
Foto- Vietjet
LifeXplore

Vietjet Bakal Tawar Wi-Fi Starlink, Percuma Untuk Setiap Penumpang

by Nurul A.
September 26, 2026

Vietjet bersama Galaxy Holdings dan Galaxy Telecom, telah menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan Starlink bagi menyediakan Wi-Fi berkelajuan tinggi secara...

Read moreDetails
LifeXplore

Rolex No.1, MR DIY Pun Masuk Top 100 Retail Asia: Anda Agak Ranking Berapa?

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Kalau sebut MR DIY, apa yang terus terlintas di fikiran anda? Kedai penuh barang, harga mampu milik dan ayat klasik,...

Read moreDetails
Jadi Batek x Bokitta
LifeXplore

Jadi Batek & Bokitta Lancar “The Art Series”, Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

by Nurul A.
August 30, 2026

Sempena sambutan Merdeka 2026, Jadi Batek bekerjasama dengan Bokitta untuk melancarkan "The Art Series", iaitu koleksi istimewa yang menampilkan enam...

Read moreDetails
Vietjet, Promosi 9.9 RM268
LifeXplore

Promosi 9.9 Selama 3 Hari, Vietjet Tawar Tambang Serendah RM268

by Nurul A.
September 9, 2026

Untuk bulan September ini, syarikat penerbangan Vietjet melancarkan promosi 9.9 selama tiga hari, khas untuk rakyat Malaysia yang merancang percutian...

Read moreDetails
Munchy's Malaysia
LifeXplore

“Taste Munchy’s, Taste Happiness”- Munchy’s Malaysia Rai Ulang Tahun Ke-35 Tahun

by Nurul A.
September 23, 2026

Munchy’s Malaysia meraikan ulang tahun ke-35 dengan tema “Taste Munchy’s, Taste Happiness” sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026. Ulang...

Read moreDetails
The Story of Studio Ghibli
LifeXplore

Pameran Ghibli Terbesar Bakal Singgah Singapura Disember Ini- Tiket Serendah RM120

by Nurul A.
September 15, 2026

Tempahan tiket masuk pameran The Story of Studio Ghibli kini dibuka, pameran imersif ini menampilkan pengalaman sulung di dunia di...

Read moreDetails
Seika
LifeXplore

Rambut Makin Gugur? Seika ‘Game Changer’ Untuk Wanita 20-an & 30-an

by Nurul A.
October 4, 2026

Sama seperti penjagaan kulit, cara kita melihat penjagaan rambut juga semakin berubah. Fokusnya bukan lagi sekadar merawat masalah apabila ia...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara