Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Samsung Ada ‘Good News’ Untuk Pelajar Di Malaysia, Galaxy Tab S12 Pada Harga Lebih Murah

by Phic ARMAN
October 7, 2026
Share on Facebook

Kalau sekarang anda seorang pelajar, cuba bayangkan satu peranti yang boleh digunakan untuk catat nota dalam kelas, siapkan assignment, buat presentation, cari bahan untuk research dan dalam masa sama bantu anda dengan AI.

Tak perlu buka laptop, tablet dan telefon serentak. Satu peranti pun boleh.

Menariknya, Samsung kini ada berita baik untuk pelajar dan pendidik di Malaysia menerusi pelancaran Galaxy Tab S12 Series.

Bermula 7 Oktober 2026, pelajar dan pendidik dengan alamat e-mel pendidikan yang sah boleh menikmati diskaun bermula 20% untuk Galaxy Tab terpilih, dengan penjimatan sehingga RM1,329.80 bagi Galaxy Tab S12 Series.

Satu tablet, macam-macam boleh buat…

Untuk student yang hidupnya memang penuh dengan assignment, presentation dan deadline, Galaxy Tab S12 Series nampaknya cuba jadikan semua benda itu lebih mudah.

Tablet ini dikuasakan pemproses 3nm dan hadir dengan fungsi AI termasuk Galaxy AI, Gemini, Perplexity dan Bixby.

Yang menarik perhatian MURAI ialah AI Key pada Book Cover Keyboard Slim yang diberikan secara percuma. Tekan sahaja dan anda boleh terus akses Gemini, Perplexity atau Bixby.

Malah, integrasi Galaxy AI membolehkan anda melakukan tugasan merentas aplikasi. Contohnya, selepas mendapatkan maklumat daripada AI, anda boleh mengarahkannya untuk disimpan ke Samsung Notes.

Memang boleh kurangkan kerja yang berulang-ulang.

Topik Berkaitan 'Bila Mid-Range Dah Macam Rasa Premium'- Ini Pengalaman MURAI Dengan Galaxy A57 5G

Assignment pun boleh, nota pun boleh…

Samsung turut memberikan S Pen dan Book Cover Keyboard Slim secara percuma, jadi pelajar boleh terus menulis nota, menaip assignment atau menyediakan presentation tanpa perlu fikir tentang kos aksesori tambahan.

Kalau jenis yang suka rakam kuliah pula, aplikasi serasi seperti Notability boleh membantu mentranskripsikan rakaman. Jadi bila nak study sebelum exam, tak perlu ulang dengar kuliah dari awal sampai habis.

Lebih menarik, pengguna turut mendapat enam bulan Google AI Pro, enam bulan Notability dan empat bulan Adobe Photoshop.

Yang terakhir itu mungkin menarik perhatian student yang belajar dalam bidang kreatif, grafik atau content creation.

Bukan untuk belajar sahaja…

Galaxy Tab S12 Series juga boleh digunakan di luar kelas.

Dengan fungsi Second Screen, tablet ini boleh dijadikan monitor kedua untuk laptop Windows yang serasi. Nak buka bahan rujukan di tablet sambil buat assignment di laptop? Boleh.

Dan sebab ia lebih nipis serta mudah dibawa, ia memang lebih praktikal untuk student yang selalu bergerak dari kelas ke perpustakaan, kafe atau balik kampung.

Cara nak dapatkan tawaran student

Mudah sahaja.

Anda perlu mempunyai Samsung Account, kemudian sahkan alamat e-mel pendidikan yang sah, termasuk alamat edu.my.

Selepas itu, pembelian boleh dibuat melalui Samsung.com, aplikasi Samsung Shop atau Samsung Experience Stores terpilih di seluruh Malaysia.

Topik Berkaitan Senipis 5.1mm! Samsung Galaxy Tab S12 Ultra Sudah Tiba Di Malaysia

Galaxy Tab S12 Ultra dan Galaxy Tab S12 Plus kini sudah dilancarkan di Malaysia dalam pilihan warna Gray dan Silver.

Bagi MURAI, tawaran ini datang pada timing yang agak ngam untuk student. Sebab sekarang belajar bukan lagi sekadar buka buku, salin nota dan siapkan assignment.

AI pun dah masuk dalam rutin belajar.

Jadi kalau satu peranti boleh bantu anda study, create, present dan manage kerja dalam satu tempat, mungkin ini masa untuk upgrade cara belajar pula.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
1
Star
Star
1
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Galaxy Tab S12samsung
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

by Phic ARMAN
October 4, 2026

Kalau anda ingat kisah Bella Astillah dan Syed Saddiq hanya akan berakhir pada hari akad nikah, nampaknya belum lagi. Astro...

Read moreDetails
Tracie Sinidol, Carlo Rino
Fesyen

Tracie Sinidol & Carlo Rino Rai Hari Merdeka Dengan Kempen ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan’

by Nurul A.
August 21, 2026

Carlo Rino dengan bangganya memperkenalkan kempen Hari Merdeka, ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan.’ Diterajui oleh pelakon Tracie Sinidol, kempen ini meraikan...

Read moreDetails
LifeXplore

Daripada Awana Kijal Ke Resorts World Kijal, 30 Tahun Bukan Sekadar Nama

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Kalau anda pernah dengar nama Awana Kijal, mungkin terus terbayang sebuah resort tepi pantai yang pernah menjadi pilihan keluarga untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

Raja Muda Selangor Turut Turun Padang, Sokong Penghuni Rumah Sahabat Bina Hidup Baharu

by Phic ARMAN
August 30, 2026

Kadang-kadang, peluang kedua bukan sekadar kata-kata. Ia perlu hadir dalam bentuk peluang untuk bekerja, belajar dan kembali yakin pada diri...

Read moreDetails
LifeXplore

Naik Komuter Waktu Subuh, Netizen Tersentuh Lihat Abang-Abang Solat Berjemaah Dalam Tren

by Phic ARMAN
August 17, 2026

Pernah tak kita terfikir, dalam keadaan mengejar masa untuk sampai ke tempat kerja, bagaimana orang lain memastikan kewajipan tetap dijaga?...

Read moreDetails
Munchy's Malaysia
LifeXplore

Sambut Ulang Tahun Ke-35, Munchy’s Sumbang RM500K Sempena Hari Merdeka & Hari Malaysia

by Nurul A.
August 26, 2026

Jenama makanan ringan tempatan, Munchy’s Malaysia meraikan ulang tahunnya yang ke-35 dengan menyumbang produk bernilai RM500,000 sempena Sambutan Hari Kebangsaan...

Read moreDetails
Vietjet, Promosi 9.9 RM268
LifeXplore

Promosi 9.9 Selama 3 Hari, Vietjet Tawar Tambang Serendah RM268

by Nurul A.
September 9, 2026

Untuk bulan September ini, syarikat penerbangan Vietjet melancarkan promosi 9.9 selama tiga hari, khas untuk rakyat Malaysia yang merancang percutian...

Read moreDetails
Kudrat 1968: High Council, Christy Ng
LifeXplore

Bakal Ditayangkan, “KUDRAT 1968: High Council” Siap Ada Koleksi Kolaborasi Dengan Christy Ng!

by Nurul A.
September 5, 2026

Teka-teki teraju utama filem "KUDRAT 1968: High Council" terjawab selepas Astro Shaw memperkenalkan pelakon Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf,...

Read moreDetails
LifeXplore

Rupanya Ini Destinasi Malaysia Paling Dicari Pelancong Eropah, No.1 Tak Mengejutkan!

by Phic ARMAN
August 13, 2026

Kalau pelancong Eropah datang ke Malaysia, agaknya destinasi mana yang mereka cari dulu? Data terbaru daripada Agoda mendedahkan Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Pemulihan Ke Dunia Pekerjaan, Ini Pendekatan Tengku Amir Shah Bantu Belia Selangor

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Bila bercakap tentang belia yang pernah melalui fasa sukar dalam hidup, persoalannya bukan sekadar bagaimana mahu membantu mereka berubah. Lebih...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara