Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Rolex No.1, MR DIY Pun Masuk Top 100 Retail Asia: Anda Agak Ranking Berapa?

by Phic ARMAN
September 29, 2026
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau sebut MR DIY, apa yang terus terlintas di fikiran anda? Kedai penuh barang, harga mampu milik dan ayat klasik, “Masuk tengok-tengok saja”… akhirnya satu bakul juga yang dibawa ke kaunter.

Menariknya, jenama runcit dari Malaysia itu kini tersenarai di tangga ke-99 dalam Inside Retail Asia’s inaugural Brand Conviction Index: Asia’s Top 100 Retailers.

Indeks itu bukan sekadar melihat berapa ramai orang membeli daripada sesuatu jenama. Sebaliknya, ia mengukur sejauh mana pengguna benar-benar percaya dan sanggup mengesyorkan sesebuah peruncit.

Kajian tersebut berdasarkan lebih 70,000 temu bual pengguna di 11 pasaran Asia serta data berterusan selama 12 bulan daripada YouGov BrandIndex sehingga 31 Mei 2026.

MR DIY Dan “Kepercayaan” Pengguna

MR DIY

Antara perkara paling menarik ialah profil MR DIY di Indonesia.

Lebih satu pertiga pengguna yang dikaji menyatakan mereka sanggup mengesyorkan MR DIY, walaupun jumlah yang benar-benar berbelanja di situ lebih rendah.

Nampak pelik?

Sebenarnya tidak. Di sinilah konsep brand conviction menjadi menarik. Ada jenama yang mungkin belum kita beli, tetapi kita sudah percaya, kenal dan sanggup cadangkan kepada orang lain.

Dalam dunia retail hari ini, angka pelanggan sahaja mungkin tidak cukup untuk menceritakan keseluruhan cerita.

MR DIY pula mempunyai rangkaian produk harian yang luas, daripada barangan rumah dan perkakasan hinggalah ke pelbagai keperluan lain, dengan kehadiran yang semakin berkembang di luar bandar-bandar utama.

Topik Berkaitan Kempen "Raya Sama-Sama" MR D.I.Y.- Rebut Duit Raya RM80,000 & Peluang Beraya Dengan Aliff Satar!

Nama Besar Lain Turut Tersenarai

MR DIY bukan satu-satunya nama yang mencuri perhatian.

Marks & Spencer berada di tangga ke-44, manakala Harvey Norman di kedudukan ke-57. IKEA pula menduduki tangga ke-16.

Menariknya, ranking ini turut memperlihatkan pengaruh marketplace digital. JD.com, Flipkart dan Shopee masing-masing berada di tempat kedua, ketiga dan keempat, di belakang Rolex.

Menurut Robert Stockdill dari Inside Retail Asia, indeks ini cuba melihat sesuatu yang lebih komersial,bukan sekadar siapa yang membeli, tetapi sejauh mana pengguna benar-benar mempercayai sesebuah jenama.

Jadi, mungkin selepas ini bila masuk MR DIY dan nampak troli mula penuh, jangan salahkan kedai.

Mungkin kita memang sudah lama “terpengaruh” dengan kepercayaan sendiri.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
5
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
MR DIY
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Hari Malaysia 2026: Ini Cara SITI KHADIJAH Raikan Kepelbagaian Malaysia

by Phic ARMAN
September 16, 2026

Apa yang membuatkan kita rasa benar-benar dekat dengan Malaysia? Mungkin jawapannya ada pada makanan, bahasa, muzik, adat dan pakaian yang...

Read moreDetails
LifeXplore

AirAsia MOVE Raih Pengiktirafan Asia Sekali Lagi, Pengguna Aktif Cecah Hampir 17 Juta

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Merancang percutian sekarang bukan sekadar mencari tiket kapal terbang murah. Kita juga perlu fikir hotel, pengangkutan, tempat menarik dan aktiviti...

Read moreDetails
Foto- Vietjet
LifeXplore

Vietjet Bakal Tawar Wi-Fi Starlink, Percuma Untuk Setiap Penumpang

by Nurul A.
September 26, 2026

Vietjet bersama Galaxy Holdings dan Galaxy Telecom, telah menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan Starlink bagi menyediakan Wi-Fi berkelajuan tinggi secara...

Read moreDetails
Solat Subuh
IbuBapa

Anak Susah Nak Bangun Solat Subuh? Mak Ayah Wajib Cuba Trik Johan & Ozlynn Ini…

by Nurul A.
October 23, 2026

Setiap ibu bapa tak dinafikan memiliki acuan mereka sendiri dalam mendidik dan membesarkan anak. Sama juga seperti pasangan selebriti, Johan...

Read moreDetails
LifeXplore

Xventure Park Bakal Dibuka Di Pulau Pinang, Ini 5 Tarikan Yang Buat Anda Nak Cuba!

by Phic ARMAN
October 16, 2026

Dikenali sebagai Xventure Park, taman pengembaraan ini dibangunkan dengan pelaburan RM8 juta di The Waterfront Shoppes at The Light City....

Read moreDetails
LifeXplore

Galaxy Z Fold8 Ultra ‘Full Mark’! Kamera, Display & Prestasi Diuji Consumer Reports

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Kalau selama ini anda fikir telefon foldable sekadar nampak ‘wow’ bila dibuka dan ditutup, nampaknya teknologi ini sudah pergi jauh...

Read moreDetails
LifeXplore

Samsung Ada ‘Good News’ Untuk Pelajar Di Malaysia, Galaxy Tab S12 Pada Harga Lebih Murah

by Phic ARMAN
October 7, 2026

Kalau sekarang anda seorang pelajar, cuba bayangkan satu peranti yang boleh digunakan untuk catat nota dalam kelas, siapkan assignment, buat...

Read moreDetails
LifeXplore

Gerhana Skacinta Bakal ‘Gegarkan’ Desaru, Sempena 8 Tahun Hard Rock Hotel

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Hard Rock Hotel Desaru Coast bakal meraikan ulang tahun ke-8 pada 26 September 2026 dengan sesuatu yang memang sinonim dengan...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

by Phic ARMAN
September 24, 2026

Kalau selama ini nama Village Park cukup sinonim dengan nasi lemak dan ayam goreng yang membuatkan orang sanggup beratur, kini...

Read moreDetails
Air Putih
Kesihatan

Kamu Berisiko Koma & Bengkak Otak Jika Minum Air Putih Berlebihan?

by Nurul A.
November 12, 2026

Memang betul, kalau ikut saranan doktor, setiap individu perlu minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.  Namun jika kamu terlebih...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara