Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Jojo Ghazali Dipuji Kerana Terlalu Jujur?

by Ayu Kamaruddin
December 19, 2025
30
KONGSIAN
Share on Facebook

Luahan spontan jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo, baru-baru ini mencetuskan reaksi bercampur-baur dalam kalangan warganet daripada yang terhibur, menyokong, sehinggalah yang menyindir secara santai.

Menerusi satu hantaran di instagram peribadinya @johanghazali_, Jojo meluahkan pemerhatiannya sendiri sejak namanya semakin dikenali, dengan nada jujur dan tanpa berselindung.

“Sejak aku jadi popular, aku menyedari satu perkara. Aku buat satu analisis sendiri tentang siapa yang suka dan siapa yang tidak suka pada aku.
Kesimpulan yang aku dapat, orang yang handsome dan cantik memang suka pada aku. Lelaki kacak dan wanita cantik tiada masalah dengan aku.
Tetapi orang-orang yang suka cari masalah dengan aku ini semuanya muka macam katak. Aku pun pelik kenapa jadi macam itu” katanya.

Kenyataan itu nyata mengundang perhatian, malah membuka ruang perbualan panjang di ruangan komen.

View this post on Instagram

Ruangan Komen Jadi ‘Medan Reaksi’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi. Ada yang melihat luahan itu sebagai terlalu jujur, namun masih boleh diterima sebagai realiti.

“Alamak terlalu jujur sangat ni. But it’s real mannnnnn,” komen seorang pengguna.

Tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan personaliti Jojo yang dikenali berani dan kuat ‘menyakat’.

“Hahahaha Jo dengan kuat provok tak dapat dipisahkan”

Menariknya, sebahagian warganet mengambil pendekatan humor dan menyambut kenyataan itu dengan nada bergurau.

“Thanks jo. Tak sangka aku ni handsome ya,” tulis seorang netizen.

Manakala seorang lagi berseloroh,

“Dengki lah tu muka dia orang tak handsome”

Ada juga terselit teguran ringkas yang mencerminkan realiti bahawa setiap kenyataan terbuka pasti mengundang pelbagai tafsiran.

“Kurangkan bercakap mesti semua suka,”

Via instagram/ @johanghazali_

Sekadar info tambahan, Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar atau Jojo mula mencuri perhatian apabila menjuarai Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 selepas menewaskan wakil Rusia di Sunway Pyramid. Kariernya terus melonjak apabila membuat debut ONE Championship pada 2023 dengan kemenangan KO ke atas Padetsuk Fairtex dari Thailand dalam masa hanya 16 saat. Rentetan itu disusuli kemenangan KO ke atas Tai Sor Jor Piek Uthai (juara dunia dua kali) pada Mei 2023 dan Samurai Seeopal pada Julai 2023, menjadikannya empat kemenangan berturut-turut. B.S.) pada Oktober 2025.

Berasal dari keluarga Muay Thai di Sarawak, Jojo yang berketinggian 170cm dan berat 60kg, Jojo juga pernah meraih pingat emas Asian Games Abu Dhabi 2019, pingat perak Kejohanan Dunia Muay Thai di Turki dan Bangkok, serta menerima pengiktirafan tertinggi negeri apabila dianugerahkan Pingat Bintang Sarawak. Tidak hairanlah akaun Instagramnya sering tular sebagai antara harapan besar Malaysia untuk mencabar dominasi Thailand.

Luahan Jojo ini mungkin ringkas, tetapi jelas berjaya mencetuskan perbualan. Setuju atau tidak, Murai pasti Jojo tahu bagaimana untuk buat orang berhenti scroll dan masuk ke ruangan komennya. Apa pun isunya, ramai melihat ianya hanya sebagai gurauan sahaja dan bukannya sesuatu yang perlu diperbesarkan.

[VIDEO] Miki Ghazali Gembira Kalah, Sifatkan Orang Malaysia Perangai Sampah?...
jojo ghazaliMuay Thai
https://lomp.at/unp23
Share12Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Aidilfitri Makin Meriah! Penjawat Awam Selangor Dapat Bonus & Masuk Awal

by Ayu Kamaruddin
March 2, 2026

Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba, berita yang pastinya menjadi antara pengumuman paling menggembirakan buat warga penjawat awam di Selangor. Kerajaan...

Read moreDetails
via Grok
Sosial Buzz

Sidai 25 Minit, Penumpang Dakwa Taktik Segelintir Pemandu E-Hailing Buat Ramai Geram

by Naja Nix
March 9, 2026

Satu perkongsian di media sosial baru-baru ini  mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika menggunakan perkhidmatan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Tular baru-baru ini, ada dakwaan bahawa jika berbuka di Park Hyatt Kuala Lumpur di Menara Merdeka 118, waktu berbuka sedikit...

Read moreDetails
via Grok
Sosial Buzz

Nak Renew Rumah Kena Sewa Kereta Sekali? Penyewa Terkejut Dengan Syarat ‘Combo’ Tuan Rumah

by Naja Nix
March 4, 2026

Kontrak Hampir Tamat, Tapi Datang Syarat Luar Jangka Seorang penyewa meluahkan rasa tidak puas hati selepas dimaklumkan bahawa kontrak rumah...

Read moreDetails
via Thread
Sosial Buzz

Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

by Naja Nix
February 22, 2026

Tular satu perkongsian di media sosial apabila seorang individu  meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa perlu membayar sehingga RM42 untuk hidangan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara