Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Jom Gegarkan Deria Anda Dengan DRUM UP JB!

by Aphit J.
October 7, 2023
Share on Facebook

Ensembel perkusi campuran Drum Up JB! baru-baru ini telah dianugerahkan dengan geran Arts for All Seasons (ArtsFAS) untuk persembahan yang bakal dipentaskan pada 14 Oktober 2023 di Permaisuri Zarith Sofiah Opera House, Johor Bahru.

Platfom Khusus Untuk Mengekalkan Kepelbagaian Budaya Malaysia

via Drum Up JB

ArtsFAS ialah program geran tahunan yang diasaskan oleh Yayasan Hasanah dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia.

Ia adalah platfom khusus untuk mengekalkan kepelbagaian seni, warisan dan budaya Malaysia.

Dilancarkan semasa kemuncak pandemik, ArtsFAS ialah program geran tahunan terbesar untuk seni, budaya dan warisan di Malaysia setakat ini.

Drum Up JB! ialah kerjasama antara Orang Orang Drum Theatre (OODT) yang berpusat di Kuala Lumpur serta JB Drums di Johor.

Ia diilhamkan oleh pelbagai aspek identiti Malaysia termasuk kepelbagaian alat muzik budaya Malaysia.

Banyak Penambahbaikan

via Drum Up JB

Persembahan perkusi tersebut telah berkembang dengan banyak aspek penambahbaikan sejak ia di pentaskan buat kali pertama di opera house berkenaan pada awal tahun ini.

Ini sekali gus menjanjikan persembahan pada bulan Oktober ini sebagai persembahan yang terbaik jika dibandingkan dengan persembahan sebelumnya.

Dengan penganugerahan geran tersebut juga telah membolehkan elemen-elemen teater baharu diperhalusi termasuklah reka bentuk sensor multimedia yang mengagumkan dan pencahayaan berteknologi tinggi.

Ia sekaligus melengkapkan tenaga artistik ensembel perkusi dengan gabungan gendang dan pergerakan fizikal di atas pentas.

Drum Up JB! ialah satu persembahan yang serba mengagumkan selama 90 minit dan merangkumi dua tema iaitu ’24 Gendang Perayaan’ dan ‘LaguKu.

Mendapat Pelbagai Sokongan

via Drum Up JB

Selain ArtsFAS, Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan, Drum Up JB! turut disokong oleh Pembangunan R&F, Think City, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Daerah Digital Malaysia, Sun Bus Tech Sdn Bhd dan Wiwynn Malaysia.

Persembahan yang bakal dipentaskan pada 14 Oktober menawarkan dua waktu persembahan iaitu 2 petang dan 8 malam, dan akan menjadi pertunjukan kedua terakhir bagi musim ini di opera house.

Pertunjukan terakhir akan berlangsung pada 30 Disember.

Untuk membeli tiket, sila layari https://www.cloudjoi.com/shows/drum-up-jb
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.drumupjb.com/

Drum Up JB
https://lomp.at/syimy
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gambar: AI Generated
LifeXplore

Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai yang mula sibuk membuat pelbagai persiapan. Daripada membeli baju raya, menghias rumah sehinggalah menyediakan...

Read moreDetails
Budaya

5 Alasan Kenapa CIMB ‘Team Up’ Dengan DBKL, Hannah Yeoh Pun Sokong

by Phic ARMAN
April 16, 2026

Kerjasama antara CIMB Bank Berhad (“CIMB”) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui MoC bernilai RM5 juta selama 3 tahun...

Read moreDetails
Budaya

Mustafa Jewellery Bawa 20 Pempengaruh ‘Take Over’ Jonker Street Melaka

by Phic ARMAN
April 15, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, suasana di Melaka bertukar lebih meriah apabila Mustafa Jewellery mempersembahkan perarakan budaya bertajuk “Kilauan Raya...

Read moreDetails
Islamik

Kecoh Kata Kena Denda RM10K Bergambar Depan Kaabah, Betul Ke?

by Phic ARMAN
April 27, 2026

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial apabila tular dakwaan kononnya jemaah yang bergambar atau merakam video di hadapan Kaabah...

Read moreDetails
Budaya

Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak ‘Tourist Friendly’, Netizen Bidas

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang peminat kumpulan K-pop terkenal BTS dari Malaysia berkongsi pengalaman pertamanya melancong ke Korea...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara