Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Kalau Hadapi Masalah Rambut, Ada Yang Kata Guna Air Garam… Berkesan Ke?

by Soph Azz
April 4, 2023
Foto - Wedpedia

Foto - Wedpedia

Share on Facebook

Tanyalah pada mana-mana wanita, kalau boleh setiap seorang daripada mereka mesti mahukan rambut yang cantik, sihat dan bebas daripada sebarang masalah.

Tak kiralah kelemumur ke, rambut gugur, berkutu, uban, rosak, kering dan sebagainya… Tak ada siapa mahukan rambut mereka jadi begitu.

Selain daripada tukar dan mencuba pelbagai jenis syampu, atau mencuba beberapa petua orang dulu-dulu untuk hilangkan masalah rambut… Miss Murai ada satu tip yang mungkin berkesan kalau kamu nak cuba. Tipnya adalah gunakan air garam!

Nak tahu bagaimana caranya nak gunanya, scroll baca di bawah.

Cara-caranya…

Foto – Bola.net
  • Selepas selesai syampu dan bilas rambut, letakkan garam dalam bekas (atau besen) yang ada air. Kuantitinya agak-agak bersesuaian dengan ketebalan dan kepanjangan rambut kamu.
  • Kacau bagi rata dan rendamkan rambut dalam bekas yang diisi garam dan air tadi.
  • Urut kulit kepala dengan lembut dan perlahan-lahan sehingga yakin air garam meresap dalam kulit kepala.
  • Tunggu seketika dan bilas rambut dengan bersih.

Psst… Untuk nampak hasilnya yang lebih berkesan, buat sekurang-kurangnya sebanyak dua kali seminggu.

Foto – Hello Doktor

Air garam ini ada banyak kebaikannya pada rambut. Salah satunya ia boleh mengurangkan pembentukkan kelemumur iaitu bakteria di kepala. Malah air garam ini juga boleh mengurangkan kulit kepala berminyak dan membuatkan rambut jadi lebih segar serta berkilat.

Bukan itu sahaja, air garam juga boleh kecilkan liang-liang kulit kepa dan menghalang berlakunya keguguran rambut. Jadi kalau rasa ada masalah rambut, tak kiralah apa jenis masalah, cuba guna air garam okay?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
air garamair garam untuk rambutcara atasi masalah rambut
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara