Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Kecoh Dakwaan Pekerja Eco-Shop Dapat Bonus Sampai RM15K, Siap Masuk Akaun Keluarga?”

by Phic ARMAN
April 29, 2026
26
KONGSIAN
Share on Facebook

Zaman sekarang, kalau bab kerja dan benefit syarikat, memang ramai yang ‘triggered’,  bukan sebab dengki, tapi sebab nak tahu betul ke masih wujud syarikat retail yang beri ganjaran sampai tahap luar jangka macam ini. Terbaru, satu perkongsian di media sosial khususnya di Threads kembali mencuri perhatian apabila seorang individu mendakwa berbual dengan seorang pekerja Eco-Shop yang sudah bekerja hampir 7 tahun, dan menerima bonus yang dikatakan mencecah RM15,000.

Lebih mengejutkan, dakwaan itu turut menyebut bahawa pihak syarikat bukan sahaja memasukkan bonus ke akaun pekerja, tetapi juga pernah meminta nombor akaun ahli keluarga seperti adik-beradik dan ibu bapa untuk tujuan agihan tertentu.

“Tadi aku borak-borak dengan budak kerja Eco Shop, dia cakap dia pernah sekali dapat bonus RM15k, Eco siap minta no akaun adik beradik dia, mak ayah dia…”

Ayat itu sahaja sudah cukup membuatkan ramai netizen berhenti scroll.

“Betul ke sampai macam tu sekali?”

Perkongsian itu kemudian dibanjiri pelbagai reaksi. Ada yang mengaku pernah bekerja di tempat sama dan mendakwa pengalaman mereka hampir serupa.

“Betul. Adik kerja Eco 4 tahun. Dia kira 1 tahun RM5k. Haritu adik dapat RM20k. Suami dia 5 tahun dapat RM25k… first duit masuk akaun parents/siblings dulu, lepas tu baru balance masuk akaun sendiri.”

Ada juga yang mendakwa syarikat tersebut sudah siap-siap ambil nombor akaun keluarga pekerja untuk tujuan ‘duit raya’ atau bonus khas untuk ibu bapa.

Tapi tidak semua yakin

Walaupun cerita ini nampak meyakinkan dengan pelbagai ‘testimoni’, tidak kurang juga yang kekal skeptikal.

“Banyak komen cakap betul, tapi kenapa hati aku tak percaya ni,” komen seorang pengguna Threads yang jelas masih ragu-ragu dengan kesahihan cerita tersebut.

Dan inilah yang membuatkan isu ini jadi semakin hangat antara percaya atau sekadar cerita yang mungkin sudah bercampur dengan pengalaman individu yang berbeza.

Realiti atau sekadar viral?

Dalam dunia retail, bonus memang bukan sesuatu yang mustahil, apatah lagi jika prestasi syarikat kukuh dan cawangan berkembang pesat. Namun jumlah, kaedah agihan kepada keluarga, serta angka yang disebut-sebut ini masih belum dapat disahkan secara rasmi.

Setakat ini, tiada kenyataan terbuka daripada pihak Eco-Shop Malaysia Sdn Bhd yang mengesahkan atau menafikan dakwaan tersebut.

Apa yang pasti, isu ini membuka perbualan lebih besar, tentang bagaimana ramai orang sekarang semakin mencari tempat kerja yang bukan sekadar gaji, tetapi juga benefit, bonus, dan penghargaan kepada pekerja serta keluarga mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Eco-Shop Malaysia Sdn Bhd
Share10Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

VIDEO Gelagat Anak Kecil Dikir Barat Curi Perhatian PMX, Ramai Teruja Lihat Komen Anwar Ibrahim

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Kadang-kadang, perkara kecil yang muncul di media sosial boleh mencuri perhatian ramai. Lebih menarik apabila aksi spontan seorang kanak-kanak bukan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Uyaina Arshad Baru Sedar Kenapa Threads Dilabel Toksik, Ini Buktinya…

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Uyaina Arshad yang tampil mempersoalkan satu budaya di platform berkenaan yang menurutnya semakin dinormalisasikan. Media sosial sepatutnya menjadi ruang untuk...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Isu pergaduhan rumah tangga Syida Melvin dan bekas suaminya, Syafiq Saheen, nampaknya semakin panas apabila individu yang tidak mempunyai kaitan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bukan Setakat Beli Emas, Rakyat Malaysia Berpeluang Bawa Pulang Kereta Mewah BMW

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Beli emas, mana tahu rezeki pula bawa pulang BMW? Itulah antara perkara yang mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia apabila Cindai...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Lepas Tanam Baru Maklum”- Ahmad Fedri Yahya Tegur Kenyataan Netizen Tentang Kematian Suami

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Namun, dalam keadaan berduka, kehadiran keluarga dan sahabat handai juga boleh...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya India, Ini Permintaan Yang Adil”- Netizen Puji Lelaki Tegur Bunyi Bising Kuil Di Sentul

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Bila tinggal di kawasan perumahan, isu bunyi bising memang boleh jadi perkara sensitif. Lagi-lagi kalau bunyi tersebut berlarutan sehingga lewat...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Ramai Kagum Lihat Nadia Nasimuddin Urus Keluarga & Perniagaan, Rupanya Ini Amalannya…

by Phic ARMAN
November 13, 2026

Sebagai seorang ibu, usahawan dan pengarah syarikat konglomerat, kehidupan Nur Nadia SM Nasimuddin pastinya menuntut komitmen yang bukan sedikit. Namun,...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Rakyat Malaysia Puji Founder Oriental Kopi Tangani Isu Menu Dalam Bahasa Melayu

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Isu penggunaan Bahasa Melayu dalam menu restoran bukan perkara baharu. Namun, cara sesebuah jenama menangani teguran pelanggan boleh menentukan bagaimana...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara