Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Kelly Azman Dikecam Lagi Dalam ATNMY! Sebenarnya Ingin Puji Bakat Santesh

Kelly dikecam kerana 'tidak bangun' ketika Santesh membuat persembahan

by Khai Azfar
September 14, 2021
Foto : Asrul Rafie

Foto : Asrul Rafie

88
KONGSIAN
Share on Facebook

Penghibur dan wartawan sensasi, Kelly Azman sekali lagi menjadi sasaran kecaman netizen di dalam program realiti All Together Now Malaysia (ATNMY) yang baru sahaja membuka tirainya semula pada minggu lalu selepas hampir tiga bulan ditunda tayangannya.

Dikecam Lagi 

Menerusi siaran khas ATNMY bersempena ulangtahun Astro yang ke-25 pada Sabtu lalu, Kelly dikatakan telah mencetuskan kontroversi dan pertikaian netizen berikutan ‘tidak bangun’ ketika Santesh membuat persembahan sekaligus membuatkan penyanyi itu tidak mendapat markah penuh.

Foto : Asrul Rafie

Menurut Kelly ketika dihubungi Murai.my, dia masih berpendirian teguh untuk mencari seorang peserta yang mempunyai pakej lengkap sebagai seorang penghibur biarpun dalam episod khas itu terdiri daripada penyanyi-penyanyi berpengalaman dari program realiti terbitan Astro.

View this post on Instagram

A post shared by K E L L Y A Z M A N (@kellyazman)

Kagum Dengan Santesh 

Biarpun tidak bangun sehingga ke akhir persembahan Santesh, jelas pelantun No No No itu lagi dia sebenarnya begitu mengagumi bakat yang dimiliki oleh Santesh yang kini jauh lebih baik berbanding pada awal kemunculannya di dalam industri muzik.

Foto : Asrul Rafie

“Saya masih lagi berpendirian untuk mencari seorang penghibur yang mempunyai pakej lengkap. Saya akui memang ramai yang kecam saya kenapa saya tak bangun, tak pandai menilai dan sebagainya. Tetapi mereka tidak tahu bahawa saya sangat mengagumi Santesh malah prestasinya juga semakin baik berbanding dahulu” kongsi Kelly

Ketika ditanya mengenai soal kecaman netizen, Kelly berkata dia sememangnya sudah bersedia terutamanya dari segi mental kerana boleh menjangkakan akan kecaman yang diterima biarpun ATNMY baru sahaja bermula dengan episod pertama.

“Inilah kelainan ATNMY. Kalau semua sama sahaja tidak akan ada taringnya. Saya pun dah bersedia sekiranya setiap episod dikecam kerana saya tahu saya ada tugas yang perlu dilakukan dalam program ini. Jadi nantikan sahaja setiap episod pastinya ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi” katanya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Santesh (@iamsantesh)

Terdahulu, ATNMY hanya sempat bersiaran untuk satu episod berikutan terpaksa ditunda tayangannya atas penyiasatan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ia susulan tular di media sosial dakwaan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai juri yang terdiri daripada kalangan selebriti dan pengamal sosial media yang dilihat tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakkan fizikal.

All Together Now MalaysiaKelly Azman
https://lomp.at/c8x7z
Share35Tweet22SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara