Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Kemenangan Wany Hasrita Sudah Dijangka? Ini Antara 4 Sebabnya!

by Khai Azfar
October 8, 2018
Share on Facebook

Kemuncak Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke 31 semalam menyaksikan keputusan yang mengejutkan di mana penyanyi Wany Hasrita muncul sebagai Bintang Paling Popular edisi kali ini. Meskipun begitu, kemenangan Wany semalam seperti sudah dijangka oleh kami di murai.my. Bukan kerana ‘taktik kotor’ atau seangkatannya namun ini antara sebabnya!

Peminat Tidak Putus – Putus Mengundi Dan Mempromosikan Wany Hasrita

Benar! Sejak diumumkan sebagai calon yang akan bertanding dalam ABPBH, peminat-peminat Wany tidak putus-putus mempromosikan dan meraih undi untuk penyanyi kesayangan mereka. Malah hasil tinjauan kami, terdapat segelintir peminat Wany sanggup memadam kesemua gambar peribadi mereka di Instagram dan memuat naik gambar undi Wany.

Peluang Menerusi Kemenangan Penyanyi Wanita Paling Popular

Di saat Wany Hasrita diumumkan sebagai penyanyi wanita paling popular mengalahkan 4 penyanyi wanita yang lain, kami dapat merasakan Wany mempunyai peluang yang cerah meskipun saingan untuk kategori utama itu barangkali milik Khai Bahar ataupun Fattah Amin yang masing-masing mempunyai pengaruhnya tersendiri. Siapa sangka, akhirnya trofi yang diidam-idamkan itu kini milik penyanyi wanita berusia 26 tahun ini.

Ramalan DBilique Tepat!

Sewaktu slot murai.my bersama DBilique tempoh hari, Wany telah dijemput sebagai artis undangan dan ketika itu, Faizal Ismail dan Fara Fauzana sempat berseloroh pada Wany untuk berlatih memberikan ucapan sebagai Bintang Paling Popular. Ternyata ‘masin’ mulut mereka kerana Wany telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular!

View this post on Instagram

A post shared by DBILIQUE (@dbilique)

Selain Wany, antara artis undangan D’Bilique yang turut memenangi anugerah dalam acara tersebut adalah Syamel dan Ernie Zakri menerusi duo/artis berkumpulan paling popular dan Farah Nabilah yang memenangi anugerah artis baru wanita popular. Tahniah diucapkan!

Dipuji Ramai Penyanyi Senior

Melihatkan bakat serta perwatakannya yang peramah dan rendah diri, ramai penyanyi senior memuji akan kebolehannya.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Malah Dato Sri Siti Nurhaliza turut menamakan Wany sebagai penyanyi baru yang berbakat besar dan berpotensi untuk pergi lebih jauh.

'Diserang' Selepas Beli Piza Jofliam, Wany Hasrita Terima Teguran Dengan Hati Terbuka
bintang paling popularwany hasritaWany Hasrita Bintang Paling Popular
https://lomp.at/nhcj9
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Rahsia Di Sebalik 1.71 KM Batik Hiasi Suria KLCC, Bukan ‘Designer’ Biasa-Biasa!

by Phic ARMAN
March 7, 2026

Sambutan Raya di Suria KLCC tahun ini tampil dengan kejutan yang bukan sekadar dekorasi biasa. Di sebalik paparan indah 1,710...

Read moreDetails
Foto - @khimpulbuguri (IG)
Tips

Asyik Menguap Di Siang Hari Ketika Puasa? Baiki Pola Tidur Kamu Begini

by Nurul A.
February 23, 2026

MURAI percaya ramai orang akan alami situasi yang sama, iaitu menguap tanpa henti di siang hari ketika puasa, lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Insentif

Pembiayaan Rumah Hijau Hingga 110%? RHB & Cagamas Tawar Solusi Baharu Untuk Rakyat Malaysia

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Impian memiliki rumah yang selesa, moden dan mesra alam kini semakin dekat dengan realiti apabila Kumpulan Perbankan RHB (RHB) bersama...

Read moreDetails
Foto - @remyishak (Threads)
Lokal

Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- “Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?”

by Nurul A.
February 24, 2026

Kenyataan berbalas jurulatih kecergasan, Tareq Fit terhadap teguran pelakon Kamal Adli nampaknya telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon senior...

Read moreDetails
Lokal

“Saya Simpan Duit Untuk Buat Lagu Raya…”-Aisha Retno

by Naddy Joe
March 4, 2026

Penyanyi, Aisha Retno memberi respon terhadap salah seorang ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi yang menitipkan pesanan kepada artis baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara