Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Selebriti Tempatan Semakin Menjadi-jadi Muatnaik Kandungan Tak Sensitif. Apa Kata Pakar!

by Phic ARMAN
May 24, 2022
Share on Facebook

Pada bulan Mac yang lalu, agak kecoh mengenai pelakon, Zul Ariffin memuatnaik video ‘teaser’ drama  yang memaparkan Zul dalam beberapa babak bergandingan dengan pelakon, Siti Hariesa. Dalam babak itu memaparkan Zul mendukung pelakon baru itu selain babak menyuap krim putar antara kedua-dua pelakon itu. Walaubagaimanapun, video tersebut telah dipadam oleh Zul selepas bertubi-tubi menerima kecaman dari netizen.

Isu selebriti berkongsi kandungan tidak sensitif agak menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini, namun apakah penyelesaiannya? Bagaimanakah selebriti boleh menetapkan batasan tentang apa yang boleh dikongsi secara umum dan apa yang tidak boleh?

Baru-baru ini, Murai MY berkesempatan mendapatkan pandangan dari Forum Kandungan, iaitu sebuah badan industri kawal selia kendiri bebas yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyelia dan mempromosikan kawal selia kendiri kandungan melalui medium rangkaian elektronik.

Berikut beberapa soalan yang Murai MY ajukan kepada Forum Kandungan untuk mengulas mengenai isu ini.

Berikutan kontroversi baru-baru ini yang melibatkan kandungan tidak sensitif atau eksplisit yang dikongsi di media sosial oleh seorang personaliti terkemuka, apakah pandangan Forum Kandungan mengenai perkongsian kandungan yang bertanggungjawab (responsible content sharing)?

Kami di Forum Kandungan, berpendapat bahawa setiap individu mempunyai tanggungjawab terhadap sebarang perkongsian kandungan terutamanya perkongsian kandungan yang dilakukan di dalam talian, tidak kiralah sama ada anda seorang selebriti, pempengaruh atau personaliti yang dikenali ramai.

Tanggungjawab ini boleh dilaksanakan apabila dengan mengamalkan kawalan kendiri. Namun, apabila kandungan ini dikongsi oleh seorang personaliti yang dikenali ramai, tanggungjawab ini menjadi lebih berat kerana mereka mempunyai kuasa dan pengaruh untuk membentuk minda peminat mereka.

Personaliti-personaliti terkemuka ini perlu menggunakan pengaruh mereka dengan bijak dengan memupuk ruang dalam talian yang lebih sihat dengan cara mengawal selia kandungan yang dikongsi atau dicipta.

Dengan mengawal selia kandungan sebelum dikongsi, mereka bukan sahaja boleh menghasilkan kandungan yang lebih bersesuaian dan relevan malah tidak menimbulkan kontroversi terhadap diri mereka sendiri. Sekiranya mereka tidak berhati-hati dengan kandungan yang dikongsi, dikhuatiri peminat dan pengikut mereka akan terdedah kepada kandungan yang sensitif, eksplisit dan menggelirukan.

Lebih membimbangkan jika kandungan ini diviralkan seterusnya menjejaskan nama baik dan reputasi mereka dan seperti yang diketahui, trend ‘viral’ pada zaman sekarang boleh berlaku dengan sekelip mata.

Seperti yang sedia maklum, pencipta kandungan di platform media sosial terikat dengan garis panduan komuniti sesebuah platform yang bertindak sebagai panduan terhadap perkara yang dianggap bersesuaian atau tidak. Sebagai contoh, sekiranya pelakon selebriti berkongsi sesuatu kandungan di platform media sosial, maka, mereka perlu memastikan kandungan yang dikongsi mematuhi garis panduan komuniti platform.

Bagi mereka yang menghasilkan kandungan di platform sosial, adalah amat digalakkan untuk sentiasa mengamalkan kawalan kendiri dengan membuat pertimbangan yang baik dan bersifat wajar, sebelum memuat naik sesuatu kandungan. Mereka perlu mengambil kira faktor-faktor penting seperti sasaran penonton dan kepada siapa kandungan itu akan disampaikan sebelum melakukan perkongsian.

Apabila mereka berkongsi kandungan tersebut, mereka perlu bersedia untuk berdepan sekaligus bertanggungjawab terhadap kandungan yang dikongsi. Oleh sebab ini, kami di pihak Forum Kandungan sentiasa menegaskan betapa pentingnya untuk mengamalkan kawalan kendiri sebelum berkongsi apa-apa kandungan terutamanya di platform media sosial.

Kami juga ingin menasihatkan kepada para pengguna, sekiranya mereka mendapati berlaku pelanggaran garis panduan komuniti platform media sosial, mereka disarankan untuk mengambil tindakan, sama ada membuat laporan kepada pentadbir platform terbabit atau mereka boleh membuat pilihan untuk tidak mengikuti, atau menyekat kandungan mahupun pencipta kandungan.

Selain garis panduan komuniti yang direka mengikut kesesuaian platform media sosial masing-masing, satu lagi sumber berguna bagi kawalan kendiri adalah Kod Kandungan Komuniksi dan Multimedia Malaysia (Kod Kandungan) – yang merupakan satu set garis panduan yang menggariskan amalan terbaik dan standard etika untuk kandungan dalam ruang digital. Sekiranya timbul keraguan mengenai apa yang boleh diterbitkan atau dimuatnaik, orang ramai boleh membuat rujukan kepada Kod Kandungan.

Dengan laman media sosial yang dilihat sebagai platform peribadi, bagaimanakah kita boleh menetapkan batasan tentang apa yang boleh dikongsi secara umum dan apa yang tidak boleh? Apakah jenis kandungan yang dianggap terlalu tidak sesuai?

Walaupun media sosial dilihat sebagai platform peribadi, namun, akhirnya apabila sesuatu kandungan dimuat naik ke atas talian, ratusan, ribuan malah jutaan pengguna akan dapat melihat kandungan tersebut sekiranya profil anda telah ditetapkan kepada tetapan awam.

Di dalam Kod Kandungan, prinsip asas yang diketengahkan adalah kandungan yang disiarkan atau dikongsi seboleh mungkin perlu mempertimbangkan kepelbagaian citarasa masyarakat umum di Malaysia. Sesetengah kandungan mungkin dianggap bersesuaian oleh pencipta kandungan, namun, mungkin terdapat pengguna yang mendapati ia menyinggung atau tidak sensitif terutamanya jika membabitkan agama atau kandungan eksplisit.

Oleh itu, kami menasihatkan semua individu termasuklah selebriti dan pempengaruh untuk sentiasa berwaspada apabila berkongsi kandungan secara umum dengan para pengikut, dengan mengambil kira latar belakang masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Sensitiviti, termasuk umur, agama, kaum dan budaya perlu diambil kira sebelum mereka melakukan perkongsian di dalam talian. Perlu diingatkan bahawa sebaik saja kandungan dikongsi di dalam talian, kandungan tersebut akan kekal berada di dalam talian kerana ia mungkin sudah dikongsi oleh orang ramai, dijadikan tangkapan skrin atau diviralkan.

Dengan cara mempraktikan kawalan kendiri, setiap individu akan dapat membimbing dan melatih diri mereka untuk membuat pertimbangan dari segi impak kandungan yang dihasilkan seterusnya dikongsi sebelum melakukan sebarang perkongsian. Sebagai contoh, kejadian yang berlaku sebelum ini, di mana seorang selebriti telah berkongsi kandungan di platfrom peribadi beliau dan menerima pelbagai reaksi kerana berkongsi kandungan yang disifatkan sebagai sensitif dan eksplisit.

Ruangan komen selebriti tersebut dibanjiri oleh komen negatif dan kritikan daripada peminat/pengikut yang akhirnya membawa kepada reputasi dan kredibiliti tercalar. Selain kehilangan peminat, kerjaya mereka turut menjadi taruhan. Oleh itu, dengan mengetahui kandungan apa yang sesuai menerusi kawalan kendiri, risiko itu akan dapat dikurangkan.

Bagaimanakah selebriti / personaliti boleh melindungi diri mereka dengan lebih baik apabila ia berkaitan dengan kandungan yang dikongsi?

Perkara utama yang perlu diberi perhatian di sini adalah kawalan kendiri. Sekiranya kandungan yang dihasilkan dikawal selia dengan baik dan selamat untuk kegunaan umum, maka, tiada apa yang perlu dirisaukan, terutamanya jika garis panduan platform media sosial masing-masing dipatuhi. Dengan menghasilkan kandungan yang sensitif, tidak bersesuaian dan mengelirukan, ia akan berpontensi menyebabkan reaksi awam yang besar, malah, diheret ke mahkamah. Oleh itu, adalah lebih baik untuk melindungi diri sendiri, terutamanya jika anda adalah pempengaruh dan selebriti yang mempunyai jumlah pengikut dan peminat yang besar.

Setiap aspek kandungan dan konteks yang dimuat naik perlu diambil kira dengan mengamalkan kawalan kendiri. Mereka juga boleh meletakkan klausa bagi melindungi diri sendiri dan menyatakan dengan jelas niat mereka, supaya mesej itu tidak disalah ertikan.

Mereka harus sentiasa jujur dan boleh dipercayai kerana kebenaran akan sentiasa terungkap. Sekiranya mereka memilih untuk menipu atau menggelirukan peminat dan pengikut mereka, ia akan memakan diri sendiri di masa hadapan. Selain itu, mereka juga boleh memilih saluran yang bersesuaian untuk berkongsi kandungan, terutamanya jika kandungan itu hanya ditujukan kepada demografik tertentu dan bukan untuk tatapan umum.

Sebagai pempengaruh dan selebriti, mereka mempunyai kuasa untuk menyebarkan perkara positif, menginspirasikan perubahan dan memberi impak yang baik kepada peminat dan pengikut. Kuasa yang dimiliki mereka harus digunakan dengan bijak, beretika dan secara bertanggungjawab.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Zulariffin
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Nam Ron Jadi Antara Wajah Pilihan UNIQLO, Gayakan Siri EZY Jeans

by Phic ARMAN
September 13, 2026

Siapa kata jeans hanya sesuai untuk satu gaya? Bagi pelakon Nam Ron, denim boleh digayakan mengikut personaliti dan cara tersendiri....

Read moreDetails
Foto - HBO Max
Spotlight

HBO Max Tayang Lebih 10 Filem & Siri Drama Pada Ogos Ini!

by Nurul A.
July 31, 2026

Berita baik untuk anda semua! Ogos ini, strim siri DC Studios yang akan datang, 'Lanterns', yang dibintangi oleh Kyle Chandler...

Read moreDetails
Menantu Sultan Brunei
Spotlight

Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

by Nurul A.
August 13, 2026

Tak dinafikan dalam banyak-banyak keluarga diraja, ramai yang tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keluarga diraja Brunei. Tambahan pula kebelakangan...

Read moreDetails
Foto - @norreen143 (IG)
Spotlight

“Boleh Hidup Bahagia & Abai Anak”- Norreen Iman Marah Bekas Suami?

by Nurul A.
July 27, 2026

Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman kembali mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran berkaitan provokasi dan tanggungjawab seorang bapa di platform...

Read moreDetails
Spotlight

‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

by Phic ARMAN
August 5, 2026

Isu kematian seekor anjing ketika operasi tangkapan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) masih menjadi bualan hangat di media sosial....

Read moreDetails
Anjing Aamir Khan
Spotlight

Tuai Kontroversi, Aamir Khan Pernah Namakan Anjingnya Sebagai “Shah Rukh Khan”

by Nurul A.
August 8, 2026

Ketika mempromosikan filem 'Sitaare Zameen Par', Aamir Khan telah berkongsi pandangan mengenai pelbagai fasa dalam kehidupannya. Kongsiannya itu termasuklah fasa...

Read moreDetails
Dolly Parton
Spotlight

Ratu Muzik Country, Dolly Parton Meninggal Dunia Pada Usia 80 Tahun

by Nurul A.
August 26, 2026

Penyanyi lagenda muzik country, Dolly Parton dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 80 tahun. Berita pemergiannya itu diumumkan oleh ahli...

Read moreDetails
Spotlight

Nourul Depp Jawab Kekeliruan Kemenangan ‘Keliru’ Di AJL-17

by Phic ARMAN
August 18, 2026

Siapa sangka, lagu Keliru yang pernah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat ketika Anugerah Juara Lagu (AJL), masih menjadi cerita...

Read moreDetails
Spotlight

Pestapora Malaysia 2026: Tipe-X, Last Child Hingga Ruffedge Bakal Gegarkan Bukit Jalil

by Phic ARMAN
July 22, 2026

Bila sebut tentang Pestapora, ramai peminat muzik pasti sudah boleh bayangkan suasana meriah, lautan manusia menyanyi bersama dan momen yang...

Read moreDetails
Sailor Honeymoon
Spotlight

Sailor Honeymoon Tolak Kesempurnaan Dalam Album Debut “The Worst Of Sailor Honeymoon”

by Nurul A.
August 20, 2026

Diterbitkan oleh Luke Smith (Foals, Shura, Depeche Mode), diadun oleh Claudius Mittendorfer (Parquet Courts, Temples) dan dimaster oleh Katie Tavini,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  2. 2

    Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara