Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kereta Kemik Setelah Dirempuh, Datuk Khadijah Ibrahim Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

by Puteri Alia
October 1, 2024
Share on Facebook

Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim, 65, baru-baru ini terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Brunei Darussalam ke Kota Kinabalu di Beaufort, Sabah.

Walaupun kejadian itu mencemaskan, Khadijah tampil tenang dan mengesahkan bahawa beliau berada dalam keadaan baik.

“Saya okay dan tiada kecederaan serius,” ujarnya, menenangkan peminat dan pengikutnya di media sosial.

Khadijah, yang juga Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), tidak membiarkan insiden ini menghalangnya daripada meneruskan tanggungjawab dan tugasnya.

“Saya akan terus bekerja seperti biasa,” katanya, menunjukkan semangat juang yang tidak pudar walaupun berdepan musibah.

Khadijah berada di Brunei Darussalam dan Kota Kinabalu untuk menguruskan soal tajaan dan pembelian meja bagi Konsert Amal Legends yang dijadualkan berlangsung pada 1 November di Sabah International Convention Centre (SICC).

Konsert yang dinanti-nantikan ini turut menampilkan nama-nama besar dalam industri muzik seperti Datuk Ramli Sarip, Datuk Jamal Abdillah, dan penyanyi kelahiran Sabah seperti Azharina dan Ayu Damit.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, juga berasa lega selepas mendengar berita bahawa Khadijah berada dalam keadaan baik.

“Khaty hubungi saya dan beritahu dia dalam keadaan baik. Dia berjanji akan hubungi saya untuk memaklumkan perkembangan terkini. Mungkin sekarang dia sibuk uruskan soal kemalangannya itu,” katanya.

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 5.28 petang itu melibatkan kereta pacuan empat roda Toyota Hilux yang dinaiki Khadijah dan dua individu lain, Baharuddin Hassan, 70, dan Kharnita Adrianti Aminudin, 40.

Mereka dilaporkan mengalami cedera ringan, dengan Khadijah mengalami sedikit luka berdarah di tangan. Ketiga-tiga mereka berjaya keluar dari kenderaan tanpa bantuan sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba untuk memberikan pertolongan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Datuk Khadijah IbrahimDatuk Khadijah Ibrahim terlibat kemalangan
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Pelakon Lagenda Hong Kong Nancy Sit Curi Perhatian Di KLGCC Mall

by Phic ARMAN
July 6, 2026

Pelakon veteran Hong Kong, Nancy Sit, mencuri perhatian apabila hadir memeriahkan majlis pembukaan rasmi butik terbaharu jenama barang kemas mewah...

Read moreDetails
Netflix
Filem

‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

by Nurul A.
August 1, 2026

Selepas tayangan bersejarah di pawagam sebagai filem anime dengan kutipan tertinggi dalam sejarah, 'Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (IG)
Lokal

Dilanda Rasa Sunyi Melampau, Kamal Adli Minta Pendapat Ramai- “Semua Dah Ada Tapi Kosong Sangat”

by Nurul A.
July 3, 2026

Hantaran pelakon Kamal Adli di platform Threads telah menjadi perhatian ramai apabila berkongsi luahan mengenai perasaan sunyi yang sedang dialaminya...

Read moreDetails
Foto - @erling (IG)
Spotlight

Selain Model Rusia, Pempengaruh Malaysia Ini Juga Dikatakan Mirip Erling Haaland

by Nurul A.
July 8, 2026

Pemain bola sepak Norway, Erling Haaland menjadi tumpuan selepas seorang model Rusia, Anastasia Kostromitina didakwa memiliki wajah yang sangat mirip...

Read moreDetails
Spotlight

Astro Perkenal Astro X3, Langgan Terus Dari Telefon Pintar

by Phic ARMAN
July 8, 2026

Astro terus memperkukuh pengalaman hiburan digital apabila memperkenalkan Astro X3, platform penstriman baharu yang membolehkan pelanggan menikmati kandungan Astro tanpa...

Read moreDetails
Spotlight

“Sampai Menangis Peluk Kak Ani, Subhanallah…” – Noraniza Idris

by Phic ARMAN
August 7, 2026

Siapa sangka, kehadiran Noraniza Idris atau lebih mesra dipanggil Kak Ani dalam tempoh dua hari selepas sidang media Bumantara mengundang...

Read moreDetails
Spotlight

“Lepas Bercerai Je Tudung Terbang”- Isa Khan Kongsi Nasihat

by Phic ARMAN
July 8, 2026

Dalam kehidupan, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk bangkit selepas melalui fasa sukar. Begitu juga dengan wanita yang melalui perceraian,...

Read moreDetails
Foto - @kakya_nadia (IG) / @marissadania_ (IG)
Lokal

Doa Kakak Umisya Buat Marissa Dania Raih Perhatian- “Semoga Allah Ampuni Kamu”

by Nurul A.
June 24, 2026

Susulan khabar perceraian pempengaruh Marissa Dania Hakim dan Ahmad Aslam, kakak kepada pempengaruh Umisya Mazlan tampil berkongsi luahan hati yang...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Spotlight

Tengah ‘Hangat’ Bercinta Pun David Beckham Sempat Curangi Isteri, Ini Kisahnya…

by Nurul A.
July 31, 2026

Sejujurnya MURAI rasa kita jarang atau mungkin tak pernah dengar kisah curang di antara David dan Victoria Beckham. Walaupun mereka...

Read moreDetails
Foto - @zarinazainuddin_ (IG)
Lokal

Zarina Zainuddin Kongsi Azal Temui Teman Istimewa, Tapi Lain Pula Netizen Persoal

by Nurul A.
June 26, 2026

Hantaran pelakon Zarina Zainuddin di platform Instagram menjadi perhatian ramai apabila berkongsi video mengenai anak istimewanya, Azal. Dalam video pendek...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  2. 2

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  3. 3

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  4. 4

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  5. 5

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara