Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Kia Kuching Kini Ada Pusat 3S Baharu, RM1.5 Juta Dilabur Untuk Keselesaan Pelanggan

by Phic ARMAN
August 7, 2026
Share on Facebook

Jika kalian tinggal di Kuching dan tengah survey kereta Kia, ada berita baik. Kia Sales Malaysia (KSM) kini rasmi membuka Pusat Pengedar 3S Kia Kuching Heng Lian Enterprise Bhd di Jalan Abell.

Terletak di kawasan pusat kewangan dan perniagaan Kuching, kemudahan baharu ini bukan sekadar tempat tengok kereta. Ia turut menawarkan servis selepas jualan untuk pelanggan Kia di Sarawak.

Menurut KSM, pembukaan ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengukuhkan kehadiran Kia di Malaysia Timur serta memudahkan pelanggan mendapatkan sokongan selepas membeli kereta.

Kia Kuching : RM1.5 Juta Untuk Kemudahan Lebih Selesa

Heng Lian Enterprise melaburkan RM1.5 juta untuk pusat 3S ini yang mempunyai keluasan terbina 4,796 kaki persegi.

Bilik pamerannya boleh memuatkan sehingga tiga kenderaan, manakala pusat servis mempunyai dua ruang kerja dengan kapasiti sehingga 260 kenderaan sebulan.

Pelanggan yang menunggu kereta diservis pun tak perlu risau. Ada ruang istirahat, Wi-Fi percuma serta pantri dengan makanan ringan dan minuman.

Pada pandangan MURAI, benda macam ni memang penting. Beli kereta bukan habis masa sign loan saja. Pengalaman selepas jualan pun memainkan peranan besar.

Bersedia Untuk EV & HEV

Menariknya, pusat 3S ini turut dilengkapi alat diagnostik terkini Kia dan direka untuk menyokong kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) serta kenderaan elektrik (EV).

Topik Berkaitan Tengku Ampuan Pahang Cuba Buat Kek Lapis Sarawak, Rakyat Teruja Tengok!

Dengan KSM kini mempunyai 26 pengedar di seluruh Malaysia, jelas Kia sedang cuba memperluaskan lagi rangkaian mereka.

Pusat ini terletak di Lot 106 & 107, Jalan Abell, Kuching dan beroperasi setiap hari dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Untuk MURAI, langkah ini nampak macam Kia sedang ‘upgrade game’ mereka di Malaysia Timur bukan sekadar nak jual kereta, tapi nak pastikan pelanggan pun rasa dijaga selepas pembelian.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
4
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Kia Sales Malaysiakuching
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Marshall Bromley 150
LifeXplore

Rekaan Ikonik & Bunyi ‘Padu’, Marshall Bromley 150 Kini Lebih Praktikal

by Nurul A.
November 17, 2026

Marshall hari ini memperkenalkan Bromley 150, party speaker yang paling mudah dibawa dalam rangkaiannya setakat ini. Menawarkan lebih 40 jam...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Bercuti Ke Negara Sejuk? Ini 5 Cara Maksimumkan Penggunaan HEATTECH

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Percutian hujung tahun ke negara bermusim sejuk sememangnya menjadi impian ramai rakyat Malaysia. Maklumlah, selepas berbulan-bulan berdepan cuaca panas dan...

Read moreDetails
MICHELIN Guide, MICHELIN Key 2026
LifeXplore

10 Hotel Di Malaysia Antara Hotel Tersenarai Dalam MICHELIN Key 2026!

by Nurul A.
September 21, 2026

MICHELIN Guide mengumumkan senarai hotel pilihan 2026, yang kini boleh diakses menerusi platform rasminya (SEMAK SINI). Pelancong boleh meneroka senarai...

Read moreDetails
LifeXplore

Micro RGB TV? 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Teknologi Televisyen Generasi Baharu Dari Samsung Ini

by Phic ARMAN
November 13, 2026

Televisyen bukan sekadar peranti untuk menonton drama, filem atau rancangan kegemaran. Malah, bagi sesetengah orang, ia menjadi pelengkap utama ruang...

Read moreDetails
LifeXplore

“12,000 Peminat Memenuhi Arena”- Penganjur Kongsi Makna Kepulangan Avenged Sevenfold

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Membawa masuk kumpulan rock antarabangsa bukan perkara kecil, lebih-lebih lagi apabila nama tersebut sudah 11 tahun tidak membuat persembahan di...

Read moreDetails
Kanser Payudara
Kesihatan

Jangan Lalai! Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

by Nurul A.
October 7, 2026

Jatuh pada bulan Oktober setiap tahun, Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran; menunjukkan sokongan dan solidariti bagi...

Read moreDetails
Foto - Putrajaya Marriott Hotel
LifeXplore

Putrajaya Marriott Hotel Tampil Dengan Persiapan Istimewa Sempena F1 Bahrain GP 2026

by Nurul A.
September 28, 2026

Sempena kembalinya hujung minggu Grand Prix ke negara ini, Putrajaya Marriott Hotel, yang terletak hanya beberapa minit dari Litar Antarabangsa...

Read moreDetails
LifeXplore

Bayar Guna Samsung Wallet, Kumpul Shopee Coins? Ciri Baharu Ini Bakal Tiba Di Malaysia!

by Phic ARMAN
November 16, 2026

Pernah tak ketika hendak membuat pembayaran, anda terpaksa keluar masuk beberapa aplikasi semata-mata mahu mencari kaedah pembayaran yang sesuai? Nampak...

Read moreDetails
Ribbon of Pink
LifeXplore

“Ribbon of Hope”, Harapan M Social Resort Penang Untuk Pejuang Kanser Payudara

by Nurul A.
October 11, 2026

Pada bulan Oktober ini, M Social Resort Penang mengubah suasana lobi hotelnya dengan rona merah jambu sebagai tanda sokongan terhadap...

Read moreDetails
Vietjet
LifeXplore

Vietjet Tawar Tambang Eco Serendah RM268, Perluas Rangkaian Penerbangan Di Asia

by Nurul A.
October 28, 2026

Menjelang musim cuti hujung tahun di Malaysia, Vietjet menawarkan tiket penerbangan kelas Eco serendah RM268 sehala, termasuk cukai dan caj...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara