Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Micro RGB TV? 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Teknologi Televisyen Generasi Baharu Dari Samsung Ini

by Phic ARMAN
November 13, 2026
Share on Facebook

Televisyen bukan sekadar peranti untuk menonton drama, filem atau rancangan kegemaran. Malah, bagi sesetengah orang, ia menjadi pelengkap utama ruang tamu yang mencerminkan gaya hidup dan cita rasa pemilik rumah.

Seiring perkembangan teknologi, Samsung memperkenalkan Micro RGB TV, sebuah inovasi televisyen yang mengetengahkan teknologi pencahayaan LED mikro bagi menghasilkan warna lebih terang, tepat dan memukau.

Namun, apa sebenarnya yang membuatkan teknologi ini berbeza? Berikut lima perkara yang anda perlu faham tentang Samsung Micro RGB TV.

1. Teknologi Micro RGB LED bersaiz mikro

Micro RGB TV

Keistimewaan utama televisyen ini terletak pada penggunaan LED RGB mikroskopik yang berukuran kurang daripada 100 mikrometer (㎛).

Teknologi ini menggunakan sumber cahaya merah, hijau dan biru secara khusus untuk menghasilkan warna yang lebih tepat dan terperinci. Hasilnya, pengalaman menonton kelihatan lebih hidup, terutama ketika menikmati kandungan dengan visual yang kaya warna.

2. Warna lebih tepat dan memukau

Jika anda gemar menonton filem aksi, dokumentari alam semula jadi atau kandungan beresolusi tinggi, ketepatan warna pastinya memainkan peranan penting.

Micro RGB direka untuk memberikan penghasilan warna yang lebih teliti supaya setiap babak kelihatan lebih menarik.

3. AI bantu tingkatkan kualiti kandungan

Menariknya, Samsung turut melengkapkan televisyen ini dengan enjin kecerdasan buatan (AI) yang mampu meningkatkan kualiti kandungan kegemaran.

Topik Berkaitan Lapan Generasi Telefon Lipat Samsung, Apa Yang Berubah Sebenarnya?

Ini bermakna pengalaman menonton bukan hanya bergantung pada resolusi asal sesuatu video, sebaliknya AI membantu mengoptimumkan paparan agar kelihatan lebih baik.

Youtube video

4. Kurang gangguan pantulan cahaya

Tidak semua orang mempunyai ruang menonton yang sempurna. Ada yang berdepan cahaya matahari dari tingkap atau lampu ruang tamu yang mengganggu paparan.

Sebab itu, permukaan Glare-Free diperkenalkan bagi mengurangkan gangguan pantulan cahaya.

5. Permukaan lebih mudah dijaga

Selain Glare-Free, permukaannya turut direka dengan ciri anti-cap jari. Jadi, anda tidak perlu terlalu risau apabila skrin tersentuh ketika membersihkan atau menguruskan ruang hiburan.

Kesimpulannya, Samsung Micro RGB TV menggabungkan teknologi pencahayaan mikro, AI dan ciri praktikal untuk pengalaman menonton lebih menyeluruh. Maklumlah, kalau sudah berbelanja untuk televisyen bersaiz besar, mestilah setiap perincian pada skrin berbaloi untuk dinikmati.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
1
Star
Star
1
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
samsung
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Nak MPV Mewah Tapi Tak Mahu Sibuk Mengecas? GWM WEY G9 HEV Mungkin Jawapannya

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Kalau anda sedang mencari MPV mewah untuk keluarga, tetapi tidak mahu pening kepala memikirkan lokasi pengecasan, GWM Malaysia ada berita...

Read moreDetails
LifeXplore

Lebih Separuh Kru Dakwa Pernah Bertemu Kuntilanak, Ini Kisah Disebalik The Rope Curse 4

by Phic ARMAN
November 5, 2026

Kalau selama ini anda mengenali Kuntilanak menerusi filem seram Indonesia, kali ini makhluk tersebut tampil dalam sebuah produksi Taiwan! Francais...

Read moreDetails
LifeXplore

Siapa Sangka Kamera Filem Ini Dah 40 Tahun? FUJIFILM x atmos Buat Comeback Dengan Vibe Baharu

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Kalau fotografi merakam cerita, streetwear pula menjadi cara seseorang mengekspresikan identiti. Dua dunia ini bertemu menerusi kolaborasi FUJIFILM dan atmos...

Read moreDetails
LifeXplore

Boleh Jadi Penyelamat Ketika Blackout? Ini 5 Fakta Menarik DJI Power Auro 2000 Elite

by Phic ARMAN
November 8, 2026

Pernah terfikir bagaimana mahu memastikan telefon, komputer riba atau peralatan elektrik terus berfungsi ketika bekalan elektrik terputus? Atau mungkin anda...

Read moreDetails
Air Kosong
Kesihatan

Biar Berpada-Pada, Minum Air Kosong Berlebihan Boleh Datangkan Bahaya Ini…

by Nurul A.
October 11, 2026

Selalunya kita akan dengar yang pakar sarankan setiap individu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter air sehari. Ini kerana...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Bercuti Ke Negara Sejuk? Ini 5 Cara Maksimumkan Penggunaan HEATTECH

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Percutian hujung tahun ke negara bermusim sejuk sememangnya menjadi impian ramai rakyat Malaysia. Maklumlah, selepas berbulan-bulan berdepan cuaca panas dan...

Read moreDetails
Strok Kanak-Kanak
Kesihatan

Bukan Golongan Emas Sahaja, Kanak-Kanak Pun Boleh Terkena Strok

by Nurul A.
October 20, 2026

Apabila bercakap mengenai pesakit strok, kebanyakan orang akan terfikir tentang golongan emas dan bukannya kanak-kanak Malah, kebanyakan ibu bapa tidak...

Read moreDetails
Benteng
LifeXplore

Jangan Tunggu Air Naik! Benteng DIY Ini ‘Penyelamat’ Barang Dalam Rumah

by Nurul A.
November 6, 2026

Umum mengetahui, setiap hujung tahun pasti akan ada bencana banjir yang melanda di sesetengah kawasan dalam Malaysia. Sudah menjadi satu...

Read moreDetails
LifeXplore

Getha Cipta Kelainan, Tilam Kahwin Diiktiraf Malaysia Book Of Records

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Siapa sangka tilam yang selama ini dianggap kelengkapan asas bilik tidur kini boleh menjadi sebahagian daripada kenangan perkahwinan? Getha tampil...

Read moreDetails
Foto - Pavilion Kuala Lumpur
LifeXplore

Pavilion Malls Tukar Jadi Pink, Tunjuk Sokong Kesedaran Kanser Payudara

by Nurul A.
October 13, 2026

Sempena bulan Oktober, Pavilion Malls menggembleng tenaga ketiga-tiga pusat beli-belahnya di Kuala Lumpur, Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Damansara Heights, dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara