Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

KLCC Bakal ‘Tenggelam’? Projek Baharu Ini Cetus Perdebatan, Ramai Tak Puas Hati

by Phic ARMAN
November 18, 2026
Share on Facebook

Pemandangan Menara Berkembar Petronas atau KLCC sememangnya antara imej paling ikonik apabila bercakap tentang Kuala Lumpur. Namun, kemunculan sebuah projek pembangunan baharu dikenali sebagai Divine KLCC mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya yang kurang senang melihat bangunan tinggi dibina berhampiran mercu tanda negara itu.

Menerusi perkongsian yang tular di Threads, rata-rata netizen mempersoalkan perancangan pembangunan bandar raya Kuala Lumpur, khususnya apabila melibatkan bangunan yang dikhuatiri mengganggu pandangan ke arah KLCC.

Persoalannya, adakah pembangunan moden perlu mengorbankan identiti sesebuah bandar?

Kenali Divine KLCC, Projek Kediaman Mewah Di Jalan Saloma

Untuk pengetahuan anda, Divine KLCC merupakan projek kediaman servis mewah yang dibangunkan oleh Chin Hin Group Property.

Terletak di Jalan Saloma, bangunan ini hanya sekitar 400 meter dari Menara Berkembar Petronas dan dibangunkan di atas tapak seluas 1.88 ekar.

Menurut laporan StarProperty pada April 2026, projek ini mempunyai 1,033 unit kediaman dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM1.36 bilion.

Setinggi 84 Tingkat, Hampir Menyamai Jumlah Tingkat KLCC?

Ini bahagian yang menarik perhatian ramai. Divine KLCC dilaporkan mempunyai ketinggian sekitar 316 meter dengan 84 tingkat.

Sebagai perbandingan, Menara Berkembar Petronas mempunyai 88 tingkat dengan ketinggian 451.9 meter.

Jadi, walaupun jumlah tingkatnya hampir sama, ketinggian kedua-duanya sebenarnya agak berbeza.

Netizen Persoalkan Perancangan Bandar Kuala Lumpur

Menerusi Threads, seorang pengguna meluahkan rasa kurang senang dengan pembangunan tersebut.

“KL ni takda city planning langsung ke? Buat restrictions to not block landmark views? Siapa biarkan ni? Kalau design lawa takpe jugak,” tulisnya.

KLCC

Seorang lagi pengguna, Fazley Rashiid pula mempersoalkan bagaimana pembangunan yang didakwa menghalang pemandangan KLCC itu boleh mendapat kelulusan.

Paris Jadi Perbandingan, Eiffel Tower Ada Nilai Ikonik

Ada juga netizen membandingkan Kuala Lumpur dengan Paris yang terkenal dengan Menara Eiffel.

Mereka berpendapat pembangunan bandar perlu mengambil kira kepentingan mengekalkan pemandangan mercu tanda bersejarah dan ikonik, bukannya sekadar mengejar pembangunan pencakar langit.

KLCC

Sebenarnya DBKL Ada Garis Panduan Lindungi Mercu Tanda

Menariknya, dokumen perancangan DBKL menerusi Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) turut menyentuh kawalan garisan visual ke arah mercu tanda ikonik seperti KLCC, Menara Kuala Lumpur dan Merdeka 118.

KLCC

Antara aspek yang dipertimbangkan termasuk ketinggian, reka bentuk dan orientasi bangunan supaya pandangan ke arah mercu tanda dapat dikekalkan.

Jadi, isu ini bukan sekadar soal bangunan cantik atau tidak. Dalam mengejar status bandar metropolitan, identiti visual Kuala Lumpur juga perlu dijaga. Takkan suatu hari nanti gambar KLCC pun kena cari sudut tertentu supaya bangunan lain tidak masuk frame?

PENAFIAN: Artikel ini diterbitkan berdasarkan luahan, pandangan dan reaksi pengguna media sosial terhadap projek pembangunan Divine KLCC. Segala komen yang dipetik merupakan pandangan peribadi individu terbabit dan tidak mewakili pendirian, pandangan atau kenyataan rasmi pihak MURAI. MURAI tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu kelulusan atau pembangunan projek berkenaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
2
Star
Star
2
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Divine KLCC
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Uyaina Arshad Baru Sedar Kenapa Threads Dilabel Toksik, Ini Buktinya…

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Uyaina Arshad yang tampil mempersoalkan satu budaya di platform berkenaan yang menurutnya semakin dinormalisasikan. Media sosial sepatutnya menjadi ruang untuk...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bukan Setakat Beli Emas, Rakyat Malaysia Berpeluang Bawa Pulang Kereta Mewah BMW

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Beli emas, mana tahu rezeki pula bawa pulang BMW? Itulah antara perkara yang mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia apabila Cindai...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Isu pergaduhan rumah tangga Syida Melvin dan bekas suaminya, Syafiq Saheen, nampaknya semakin panas apabila individu yang tidak mempunyai kaitan...

Read moreDetails
Insentif

9 Bantuan & Insentif Kerajaan Minggu Ini, Ada Laptop Percuma & Baucar RM1,200!

by Phic ARMAN
November 17, 2026

Bukan semua insentif kerajaan datang dalam bentuk wang tunai. Ada yang menawarkan subsidi pengangkutan, komputer riba percuma, geran perniagaan malah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

VIDEO Gelagat Anak Kecil Dikir Barat Curi Perhatian PMX, Ramai Teruja Lihat Komen Anwar Ibrahim

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Kadang-kadang, perkara kecil yang muncul di media sosial boleh mencuri perhatian ramai. Lebih menarik apabila aksi spontan seorang kanak-kanak bukan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Lepas Tanam Baru Maklum”- Ahmad Fedri Yahya Tegur Kenyataan Netizen Tentang Kematian Suami

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Namun, dalam keadaan berduka, kehadiran keluarga dan sahabat handai juga boleh...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Ramai Kagum Lihat Nadia Nasimuddin Urus Keluarga & Perniagaan, Rupanya Ini Amalannya…

by Phic ARMAN
November 13, 2026

Sebagai seorang ibu, usahawan dan pengarah syarikat konglomerat, kehidupan Nur Nadia SM Nasimuddin pastinya menuntut komitmen yang bukan sedikit. Namun,...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara