Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Komen ‘Haters’ Bukan Punca Tewas! Akhirnya Santesh Tebus Silap Dengan Video Ini

by Phic ARMAN
September 24, 2019
Share on Facebook

Penyingkiran Santesh dalam menyanyikan lagu Jikalau Kau Cinta oleh Judika pada minggu keenam menerusi program nyanyian Big Stage 2 baru-baru ini menimbulkan banyak spekulasi.

Ada khabar yang menyatakan Santesh hilang fokus gara-gara kecaman ‘haters’ sebelum ini. Rasa menyampah dan kurang senang kelakuan Santesh menjawab komen dari juri menjadi antara komen-komen netizen yang sampai ke telinga beliau.

Namun, spekulasi netizen mengenai Santesh itu tidak tepat sama sekali. Santesh yang ditemui selepas konsert minggu keenam pada malam Ahad lalu menjelaskan, dia tidak menyalahkan ‘haters’ sehingga menggangu konsentrasi persembahan beliau sehingga dia mendapat markah terendah pada malam tersebut.

“Apa yang berlaku pada malam ini tiada kaitan dengan ‘haters’, saya memang akui pada malam ini terdapat 2 kesilapan besar ketika menyanyikan lagu Jikalau Kau Cinta”.

 “Pertama saya lupa lirik pada pertengahan lagu dan kedua saya kehilangan tenaga untuk menghabiskan verse (bait-bait) terakhir, sehingga ia menjejaskan jumlah markah dari juri “- katanya

Menampilkan dua juri tetap profesional yang terdiri daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika serta seorang juri undangan iaitu Dayang Nurfaizah, persembahan Santesh dilihat lebih baik sebaik menyampaikan lagu ‘Lagu Untukmu‘ (Meet Uncle Hussain) berpasangan dengan Dinda Permata secara Battle.

Namun, menerusi platform undian online ,sokongan para peminat terhadap Santesh juga dilihat semakin rendah bagi melayakkan dirinya ke konsert minggu hadapan.

Mungkin mahu menebus kesalahan yang dilakukannya pada malam konsert itu,  di Instagram peribadinya, Santesh telah memuatnaik sebuah video dalam bentuk rakaman audio lagu Jikalau Kau Cinta versi Santesh. Tatkala mendengar semula nyanyian lagu tersebut, ternyata Santesh dapat melakukannya dengan baik sekali dan lebih sempurna.

https://www.instagram.com/p/B2wyZpthdUw/

Ditanya mengenai perjalanan karier selepas terkeluar dari Big Stage 2, Santesh berkata dia akan mengeluarkan single terbarunya berjudul ‘Rindu Setajam Rindu’ dalam masa terdekat.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama. Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara