Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Konsert ‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’

Dua Penyanyi Paling Top Indonesia Bakal Hiburkan Peminat Di Malaysia Dalam Sebuah Konsert Epik Anjuran Kharisma Music

by Aphit J.
July 14, 2024
Share on Facebook

Pasangan ‘Ada’ yang sedang ‘top’ dari negara seberang, Afgan dan Lyodra, bakal menghiburkan peminat-peminat kesayangan mereka di Malaysia dalam sebuah konsert yang epik berjudul ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’.

Diadakan Pada September Nanti

Konsert yang akan diadakan pada 28 September 2024 ini bertempat di Megastar Arena, KL yang dibawakan khas oleh syarikat penganjur konsert terkemuka negara, Kharisma Music.

Sebagai penganjur yang berusaha, Kharisma Music, penganjur utama konsert ini adalah jenama kosmetik terkenal tanah air, Alha Alfa, dan penganjur bersama, Intan Gelombang serta Futurace.

Setakat ini, segala-galanya masih lagi teka-teki dan segala persoalan bakal terjawab dalam sebuah sidang media khas yang bakal diadakan pada bulan Ogos nanti.

Tiket Sudah Mula Dijual

via Joeprcinternational

Apa yang pasti, jualan tiket akan bermula pada tarikh 10 Julai 2024 (bersamaan hari Rabu), jam 12:00 tengahari di laman web www.ticket2u.com.my/afganlyodra.

Kesemua kategori-kategori tiket adalah berdasarkan tempat duduk yang bernombor dan pembeli berhak memilih kategori tiket yang dikehendaki, manakala tempat duduk terbaik bagi kategori yang dipilih akan dikhaskan buat pembeli.

Istimewanya buat pembeli kategori tiket Ada VVIP, anda berpeluang ke sesi ‘meet & greet’, bakal menerima barangan rasmi konsert seperti lanyard, dan juga sajian makanan serta minuman ringan.

Jadi dapatkan tiket-tiket anda ke konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ dengan segera!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
afganLyodra
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara