Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Konsert “Gaana King Thenisai Thendral Deva” Gegar Johor Ogos 2025 Ini!

Satu Malam, Seribu Kenangan: Legenda Muzik Tamil Bakal Cipta Sejarah di Iskandar Puteri

by Arsiqin Yusof
June 4, 2025
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Buat julung kalinya, peminat muzik di Johor akan berpeluang menyaksikan secara langsung kemunculan Raja Muzik Gaana, Thenisai Thendral Deva dalam sebuah konsert mega yang penuh nostalgia dan bertenaga pada 9 Ogos 2025 (Sabtu) bertempat di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri.

Konsert yang dianjurkan oleh SPPS Production dengan kerjasama IGP Production ini dijangka menjadi antara acara hiburan terbesar di selatan tanah air. Deva, komposer legenda yang cukup dikenali dengan gelaran “Thenisai Thendral” dan “Raja Gaana”, akan tampil menghiburkan ribuan peminatnya dengan lagu-lagu ikonik yang pernah menguasai carta muzik Tamil sejak era 90-an.

Gabungan Artis Terkenal Tambah Keghairahan Konsert

Acara ini bakal dimeriahkan dengan penampilan istimewa beberapa nama besar dalam industri muzik Tamil, termasuk:

  • Mano
  • Anuradha Sriram
  • Sabesh-Murali
  • Srikanth Deva
  • Ajay Krishna & Priyanka (bintang dari rancangan Super Singer)

Gabungan suara hebat ini dijangka menghidupkan semula kenangan manis dan menyuntik semangat baru dalam persembahan yang penuh warna dan emosi.

Konsert Ikonik, Penghormatan kepada Legasi Deva

Menurut pengarah acara, Dato’ Seri Dr. Yakaya, Encik Prabu dan Encik Ezra Hari, konsert ini merupakan satu penghormatan buat Deva serta para peminat yang setia menyokong seni muzik beliau selama ini.

“Konsert sulung ini bukan sekadar pelancaran acara, tetapi juga langkah awal dalam merevolusikan hiburan secara langsung. Pemilihan tarikh pada 9 Ogos, bersempena Hari Kebangsaan Singapura, turut menjadikannya lebih istimewa bagi penonton dari kedua-dua negara.” – Encik Ezra

Tiket Kini Dijual – Harga Early Bird Serendah RM91.80

Tiket boleh dibeli melalui platform Ticket2U bermula 3 Jun 2025, dengan harga promosi early bird serendah RM91.80. Peluang ini membolehkan lebih ramai peminat menikmati persembahan berkualiti tinggi pada harga berpatutan.

Tempah tiket sekarang di: ticket2u.com.my/devajb

SPPS Production dan IGP Production, dua syarikat berpusat di Johor Bahru, tampil dengan komitmen tinggi untuk mengangkat mutu hiburan langsung di Malaysia melalui penganjuran konsert berprestij ini. Dengan misi untuk menyatukan peminat dari pelbagai lapisan usia, mereka menjanjikan sebuah pengalaman konsert yang tidak akan dilupakan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ajay KrishnaAnuradha SriramManoPriyankaSabesh-MuraliSrikanth Deva
Share9Tweet6SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara