Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Kontinjen Negara Menggayakan Warisan Melayu Rekaan Rizman Ruzaini Pada Pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024

by Puteri Alia
July 25, 2024
Share on Facebook

Dalam persiapan menuju majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris, kontinjen negara Malaysia akan menggayakan busana tradisional yang memukau dan penuh makna.

Atlet wanita akan tampil anggun dalam baju kurung songket dengan kelubung, manakala atlet lelaki akan menggayakan baju Melayu Teluk Belanga, hasil sentuhan kreatif pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Majlis bersejarah ini dijadualkan berlangsung esok, dan pengumuman persalinan ini dikongsi oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, bersama Timbalannya, Adam Adli di Facebook.

“Mempersembahkan ‘The Malaya’, pakaian rasmi kontinjen Malaysia pada majlis perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 rekaan Rizman Ruzaini,” kata mereka dalam keterangan gambar yang memaparkan persalinan rona hijau zaitun.

Busana bertema ‘Manis dan Sopan’ ini bukan sahaja menonjolkan keindahan dan keanggunan pakaian tradisional Melayu tetapi juga menggambarkan semangat patriotik dan penghormatan terhadap sejarah negara.

Kelubung yang sinonim dengan wanita Malaya digandingkan dengan baju Melayu Teluk Belanga sebagai tanda junjungan kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dari Johor.

Menurut Rizman dan Ruzaini, koleksi ‘The Malaya’ yang berona hijau zaitun ini adalah dedikasi dan aspirasi mereka kepada para perwira negara seperti Datuk Maharaja Lela, Dol Said, Yamtuan Antah, Tok Janggut, Dato’ Bahaman, Mat Kilau, dan Tuanku Abdul Rahman.

“Kami memilih skim warna hijau zaitun dengan motif keemasan kerana warna ini memberi aura klasik dan di bawah pantulan cahaya, ia memancarkan kilauan keemasan. Kilauan keemasan itu simbolik harapan kepada atlet kita untuk membawa pulang pingat emas untuk negara,” kata mereka.

Rekaan yang memancarkan kilauan keemasan ini diibaratkan seperti berlian yang digilap berkilau dan diikat dengan emas menjadi cincin di jari. “Sungguh cantik, sangat sempurna,” tambah mereka.

Dengan sosok tubuh tegap atlet, kedua-dua pereka ini yakin bahawa rekaan mereka akan memberikan kesempurnaan serta menyerlahkan sisi sopan dan klasik pemakainya.

“Rekaan yang menyerlahkan gaya pemakai sopan dan klasik ini, akan membuatkan ramai terpaku. Kami yakin transformasi ini akan menjadi kenangan manis untuk kami juga sebagai pereka busana untuk atlet kebanggaan negara.”

Pemilihan songket sebagai motif utama busana ini adalah tanda penghargaan tinggi kepada perjuangan para atlet yang berusaha membawa pulang pingat kemenangan.

“Kami ketengahkan cetakan motif songket di tengah busana sebagai pengiktirafan kami buat mereka. Songket mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung turun temurun,” jelas mereka.

Rekaan skaf pula mengetengahkan ciri-ciri yang mewakili semangat patriotik rakyat Malaysia. Motif pada skaf ini menonjolkan nukilan khas tentang Malaysia yang mencerminkan tarikh kemerdekaan, hari kebangsaan, tekad perpaduan, dan semangat negaraku Malaysia.

Rizman Ruzaini telah dijemput oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Januari lalu untuk menyertai Malam Olimpik 2024 di Kuala Lumpur. Mereka diberi peluang untuk mempamerkan visi mereka tentang pakaian yang akan dipakai oleh atlet Malaysia pada majlis pembukaan Sukan Olimpik ke-33 di Paris.

Sejak dari itu, mereka bekerja keras untuk menghasilkan ‘The Malaya’, sebuah koleksi pakaian tradisional yang menggabungkan nilai estetika dan patriotik, serta diterjemah kepada apa yang akan disaksikan oleh dunia pada pembukaan esok.

https://lomp.at/vy2cy
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aliff Syukri Teruja Dapat Selongkar Rumah Azrinaz Mazhar Hakim-“Bilalah Saya Nak Duduk Rumah Cantik Macam Ni..”

by Naddy Joe
April 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa teruja apabila melihat dekorasi kediaman bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim...

Read moreDetails
Berita

Aisar Khaled Sekeluarga Berbuka Puasa Dengan Ria Ricis, Curi Perhatian Netizen Malaysia & Indonesia!

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian pempengaruh dan usahawan terkenal, Aisar Khaled mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto di media sosial, baru-baru ini. Menerusi...

Read moreDetails
Berita

Bantuan IPT Cecah Hingga RM2,500! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Skim Zakat MAINPP

by Ayu Kamaruddin
April 1, 2026

Berita baik buat pelajar dan ibu bapa, Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) menyediakan Skim Agihan Permulaan...

Read moreDetails
Berita

DMA Islam Ditegur Syazwan Zulkifly Isu Kenyataan Anggap Artis Bodoh?-“Tak Guna Kaya Tapi Biadap..”

by Naddy Joe
April 17, 2026

Pempengaruh media sosial, DMA Islam sebelum ini mengundang pelbagai reaksi netizen serta penggiat seni di media sosial selepas berkongsi pendiriannya...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur!-“Vibe Putera Raja Sangat…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan gelagat anak kepada pelakon, Anzalna Nasir iaitu Eidrees yang sedang berbual bersama salah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  4. 4

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  5. 5

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara