Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Kunafa Versi Tekak Orang Melayu Curi Perhatian! Perisa Terbaharu Dari Kunafa Aiwahhh

by Phic ARMAN
January 20, 2025
Share on Facebook

Kunafa, pencuci mulut popular dari Timur Tengah, kini semakin mendapat tempat di hati penggemar makanan di Malaysia. Salah seorang yang mengambil peluang daripada trend ini adalah Ojen Aiwahhh, atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahda Mohd Rosli seorang personaliti TikTok dan usahawan muda berusia 29 tahun.

Bermula dengan jenama Kunafa Aiwahhh yang diperkenalkan pada 2022, Ojen berjaya membangunkan perniagaan ini dengan menyesuaikan rasa kunafa untuk selera orang Melayu.

Dari perisa asli yang mula-mula diperkenalkan, Kunafa Aiwahhh kini menawarkan pelbagai variasi rasa yang menarik, termasuk Red Velvet, Dark Indulgence, Lumut Cheese, Biscoff, Choc Oreo, Hazelnut Nutella, dan baru-baru ini, perisa Madu 3.

@ojennn_aiwahh

Im so proud of her! Tahniah! Seorang wanita yang kuat ?We did it! Ojen seronok dan bangga dapat berkongsi rezeki dengan cik epal, Ramai sungguh orang support kita dari hari pertama sampailah harini ???? Satu Fenomena Kunafah Madu 3 ?? Negeri lain standby ojen bawak Kunafah Madu 3 ni next tour ya, Insyallah, Doakan tau ??

♬ suara asli – “??” – “??”

Perisa terbaru ini juga menampilkan emping jagung sebagai bahan utama dan merupakan hasil kolaborasi antara Ojen dan teman baiknya, Cik Epal, yang juga merupakan seorang pempengaruh terkenal.

Menggiurkan Kunafa Madu 3
Pempengaruh dan Pengasas Kunafa Aiwahhh, Ojen Aiwahhh mengetengahkan manisan Arab (Kunafa) Versi tekak orang Melayu sehingga menjadi tular di seluruh Malaysia, Sabah Sarawak & Singapore sekali gus menjadi m kebanggaan anak Melayu

Terkait dengan kerjasama mereka, Ojen menjelaskan bahawa ia bukan sekadar gimik atau sekadar mengambil kesempatan atas cerita sensasi kehidupan peribadi Cik Epal. Menurut Ojen, ini adalah usaha bersama untuk saling membantu, terutama di saat Cik Epal sedang melalui fasa kehidupan yang sukar sebagai ibu tunggal.

“Saya tak nak hanya ada di waktu senang, saya mahu ada juga di waktu susah. Biarlah rezeki ini kita kongsi bersama,” katanya.

Ojen juga menambah bahawa kolaborasi ini sebenarnya sudah dirancang lama dan bukan sesuatu yang terburu-buru. Bukan sahaja mereka perlu membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mencipta perisa baharu, tetapi Ojen juga mengakui ini adalah kali pertama dia bekerjasama dengan seorang pempengaruh seperti Cik Epal.

“Kenapa tidak saya pilih Cik Epal untuk kolaborasi sulung ini? Dia memang kawan lama dan saya rasa dia sangat sesuai,” jelasnya.

Berbicara tentang perniagaan Kunafa Aiwahhh, Ojen menjelaskan bahawa dia tidak membuka kedai fizikal. Sebaliknya, dia dan pasukan akan turun ke pelbagai negeri di Malaysia untuk memenuhi permintaan pelanggan. Dengan cara ini, Ojen dapat lebih fokus pada kualiti dan kuantiti pengeluaran kunafa yang dihasilkan.

“Kami lebih suka bergerak secara ‘mobile’ supaya dapat memberi pengalaman yang lebih personal kepada pelanggan,” kata Ojen.

Mengenai perjalanan perniagaannya, Ojen yang pernah belajar di Yaman dan Mesir, mengaku terinspirasi untuk menjual kunafa selepas melihat bagaimana pencuci mulut ini sangat digemari di negara Arab. Malah, dia bangga kerana banyak peniaga tempatan, termasuk yang berasal dari Arab, mengambil inspirasi dari konsep yang dibawanya.

“Saya tidak kisah kalau ada orang yang nak tiru, sebab saya percaya rezeki ada untuk semua,” katanya.

Cik Epal, yang turut teruja dengan kolaborasi ini, menyatakan keyakinannya terhadap perniagaan Kunafa Aiwahhh. Menurutnya, kunafa yang dijual Ojen memang sudah lama popular dan viral di kalangan penggemar makanan.

“Setiap kali saya scroll TikTok, pasti ada sahaja yang post tentang Kunafa Aiwahhh. Jadi bila Ojen ajak saya untuk berkolaborasi, saya memang teruja,” tambah Cik Epal.

Mengenai kehidupan peribadinya, Cik Epal berkata dia kini lebih fokus kepada anak dan masa depannya, dan bertekad untuk tidak kembali kepada kesilapan lalu.

'Diserang' Selepas Beli Piza Jofliam, Wany Hasrita Terima Teguran Dengan Hati Terbuka
cik epalKunafa Aiwahhh
https://lomp.at/apcl6
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gambar: AI Generated
LifeXplore

Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
February 13, 2026

Dekat Kuala Lumpur sekarang, susah nak jumpa nasi berlauk sedap dengan harga yang mesra poket. Semua mahal-mahal, lauk sikit pun...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Selera

Ramadan Iftar Terapung & Atas Air: Suasana Bali Di Tengah Cheras?

by Phic ARMAN
January 21, 2026

Kalau sebut Cheras, kebanyakan orang bayangkan kafe biasa, kedai makan standard, atau restoran di tepi jalan. Tapi MURAI baru-baru ini...

Read moreDetails
Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Wow, Sedapnya! Kenali 3 Kuih Tradisional Terengganu Yang Hampir Pupus

by Farah Fatihah
January 5, 2026

Siapa je tak kenal kuih tradisional Terengganu, sedap kan? Dari Che Abbas Demam sampai Bantal Buruk, setiap kuih ada cerita...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore