Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Lagu Berhantu Elizabeth Tan Berkisarkan Kisah Kematian dan Hidup semula

by Zaidin Albert
February 22, 2019
Share on Facebook

Penyanyi Elizabeth Tan mula menghiasi kaca TV sejak awal Februari lalu menerusi drama lakonannya ‘Senafas Rindu’ yang sedang ditayangkan di slot Mega Drama Astro Ria. Kini penyanyi yang terjun dalam bidang lakonan ini, muncul pula di layar perak apabila filem ‘Misteri Dilaila’ yang diterajuinya bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini.

https://www.youtube.com/watch?v=sk8gWLwbBec

Lebih menarik lagi apabila lagu nyanyiannya “Hidup Semula” turut diangkat menjadi runut bunyi filem ini dan dilancarkan serentak pada tarikh tayangan filem ini.

Setelah muncul dengan lagu berentak R&B menerusi single ‘Police Entry’ dan ‘Semua Sudah’ pada tahun lalu, kali ini lagu berentak balada pula menjadi taruhan penyanyi yang mesra disapa Lizzy ini.

“Hidup Semula” merupakan hasil nukilan komposer tersohor Audi Mok bersama Shazee Ishak yang bertindak sebagai penulis lirik.

Bertepatan dengan genre misteri thriller yang dibawakan oleh filem ‘Misteri Dilaila’, runut bunyi filem ini turut disuntik elemen seram. Sebagaimana lazimnya piano digunakan dalam runut bunyi filem seram, Audi Mok turut mengambil konsep yang sama apabila petikan piano diberikan fokus dalam susunan muzik “Hidup Semula”.

Penggunaan bunyi ketukan xilofon dan kesan khas bunyi herot-benyot menambahkan lagi keseraman lagu ini. Apatah lagi jika dihayati, bait-bait lirik yang dilantunkan Lizzy itu, sebenarnya bercerita tentang kesempatan kedua untuk perbetulkan kesilapan jika diberi peluang untuk bangkit dari kematian dan hidup semula.

View this post on Instagram

A post shared by Sasqia Dahuri (@sasqiadahuri)

Penghayatan berbeza Lizzy dalam nyanyiannya turut menambah jiwa kepada lagu ini menjadikan “Hidup Semula” sebuah lagu yang berhantu dan mampu menimbulkan rasa seram dan hiba kepada pendengar.

‘Misteri Dilaila’ merupakan sebuah filem terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw. Filem arahan pengarah muda Syafiq Yusof ini menampilkan Lizzy sendiri sebagai salah satu daripada teraju utamanya.

Filem yang turut dibintangi pelakon tersohor tanahair seperti Zul Ariffin, Sasqia Dahuri, Rosyam Noor dan Namron ini, boleh mula ditonton di pawagam seluruh negara bermula 21 Februari 2019.

“Hidup Semula” diterbitkan oleh Warner Music Malaysia dan boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 21 Februari 2019.

[VIDEO] Ramai Puji 'Kritikan Pedas' Aina Abdul-"Yang Ini Aku Sokong!"
audi mokElizabeth Tanfilem baruFilem SeramHantuhidup semulahorrorlagu barumisterimisteri dilailaseramWarner Music MalaysiaZulariffin
https://lomp.at/g5zzp
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Didie Shazry ‘Remake’ Lagu Mendiang Lotter Versi Baharu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Dalam usaha mengangkat semula karya malar segar ke dimensi baharu, penyanyi muda berbakat - Didie Shazry tampil dengan remake sebuah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adam Nuqris Ukir Bab Baharu Dengan ‘Alasan’

by Naddy Joe
May 4, 2026

Dalam era digital yang pantas melahirkan bakat baharu, hanya segelintir yang mampu melangkah keluar daripada ruang viral dan benar-benar membina...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Atilia Haron Hadir Dengan ‘Di Manakah Kamu Sore Ini’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Penyanyi, Atilia Haron tampil dengan lagu terbaharu berjudul 'Di Manakah Kamu Sore Ini?' yang sarat dengan emosi. “Dimanakah Kamu Sore...

Read moreDetails
Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara