Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Lebih 50,000 Ribu Pengiat Seni Sengsara, PFM Merayu Kepada Kerajaan

by Phic ARMAN
February 25, 2021
Share on Facebook

Hari ini, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) telah mengeluarkan kenyataan kepada media mengenai kebenaran penggambaran luar studio.

PFM merayu kepada pihak Kerajaan Malaysia untuk membenarkan aktiviti penggambaran luar studio dapat diberi kelulusan dengan kadar segera, demi kelangsungan hidup semua syarikat penerbitan filem dan televisyen yang telah mengalami kerugian besar untuk menyiapkan produksi yang telah lama tertangguh dan terpaksa menanggung kos bulanan operasi/penerbitan yang semakin meningkat dan tidak dapat disiapkan sepenuhnya.

Malah bukan itu saja, lebih 50,000 ribu pengiat seni dalam perbagai bidang industri kreatif ‘freelancer’ seperti pengarah, pelakon, pekerja belakang tabir dan lain-lain turut sengsara untuk meneruskan kehidupan seharian.

Tidak dapat bayaran oleh kerana kebanyakan penggambaran produksi tempatan melibatkan lokasi di luar studio tertangguh atau tidak dapat disempurnakan.

Lebih 50 filem tempatan tidak dapat ditayangkan di pawagam semenjak pelaksanaan PKP dan penerbit filem terpaksa menanggung berjuta kerugian dalam pelaburan yang amat besar tanpa bantuan dari Kerajaan.

Dalam kenyataan tersebut,  PFM merayu agar pawagam juga dibenarkan untuk beroperasi semula dengan 50% kapasiti tempat duduk bagi setiap dewan merujuk kepada SOP yang telah diluluskan sebelum ini.

Foto: TGV CInemas

Keseimbangan dalam mengatasi pendemik Covid-19 dan menjana aktiviti ekonomi sangat penting dalam kelangsungan untuk hidup. Sebagai persatuan yang mewakili dikalangan syarikat produksi filem dan televisyen tempatan.

Kami merayu agar pertimbangan yang sewajarnya dapat diberi seperti industri lain yang telah mendapat kebenaran untuk melaksanakan sifat aktiviti perniagaan yang bersesuaian dan perlu mematuhi SOP seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara