Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Mengapa Nabila Huda Tawar Hati & Enggan Bersuara Tentang Keluarga?

by Ayden Mikhael
August 19, 2018
Share on Facebook

Beberapa bulan lalu, pelakon yang berkarakter iaitu Nabila Huda memuat naik luahan hatinya di Insta Stories mendakwa dia pernah dipukul dan dihalau rumah oleh seorang individu.

Nabila juga turut membidas tindakan wanita berkenaan yang didakwa telah memalukannya di khalayak ramai. Rata-rata netizen yang membaca status tersebut mengatakan ia seakan ditujukan kepada ibu tirinya.

Baru-baru ini, Nabila mendedahkan hubungan dengan bapanya, Amy Search dingin sejak beberapa tahun lalu dan mengakui sudah tiga tahun tidak berjumpa.

“Anda sendiri tahu bagaimana hubungan saya dengan papa, bukan? Dari dulu hinggalah sekarang, masalah kami tidak pernah selesai. Sama ada ia akan pulih atau kekal begitu sahaja, saya sendiri tidak pasti. Apapun doakan sahaja yang terbaik buat kami.

“Jujurnya, saya mengaku sangat rindukan papa. Sangat-sangat rindu. Sudah tiga tahun saya tidak berjumpa dengannya,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Nabila enggan mengulas mengenai apa yang berlaku antaranya dengan ibu tirinya itu demi menjaga hati ramai pihak.

“Saya memang sudah tawar hati dengan apa yang berlaku. Jujurnya saya enggan lagi bercakap mengenai soal ini dan biarlah ia terhenti di situ. Saya bukannya muda lagi dan banyak hati yang perlu saya jaga terutama keluarga sebelah suami,” katanya lagi.

murai.my berharap agar masalah antara mereka sekeluarga dapat diselesaikan dengan cara baik. Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus. Bertabahlah Nabila, Allah sayang dengan orang yang bersabar.

Kucing Nabila Huda Makan Wagyu A5, Netizen Terkedu Hidup Lebih Mewah dari Manusia
amy searchnabila huda
https://lomp.at/wnfsv
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Baru-baru ini, beberapa foto yang dikongsikan di Instagram oleh salah seorang ahli keluarga kepada Dayang Nur Camelia atau lebih dikenali...

Read moreDetails
Foto - @musicdailyhu (IG)
Hollywood

Cincin Berlian Jadi Bukti, Netizen Dakwa Harry Styles & Zoe Kravitz Sudah Bertunang

by Nurul A.
April 24, 2026

Penyanyi Harry Styles dikhabarkan telah bertunang dengan aktres Zoe Kravitz. Kedua-duanya menjadi perhatian ramai selepas Zoe dilihat memakai cincin berlian...

Read moreDetails
Lokal

Iqbal Zulkefli Mahu Ubah Penampilan DSV Jika Mereka Berbaik?-“Perkara Pertama Saya Mahu Buat Adalah…”

by Naddy Joe
April 23, 2026

Usahawan sensasi dan bekas pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Iqbal Zulkefli meluahkan hasratnya yang mahu...

Read moreDetails
Lokal

Datin Shahida Beri Penjelasan Sebab Masih Berniaga Secara ‘Live’ Ketika Bercuti, Netizen Kagum!

by Naddy Joe
April 20, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida memberi penjelasan apabila ramai yang merasa pelik melihat mereka...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

by Phic ARMAN
April 13, 2026

Ramai yang masih rindu dengan kelunakan suara Datin Seri Camelia, dan terbaru kemunculan beliau kembali mencuri perhatian apabila tampil menyanyikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara