Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

MHLife 2026 Kembali Dengan Rasa, Gaya Dan Warisan Malaysia

by Phic ARMAN
September 25, 2026
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Pernah dengar pasal festival gaya hidup mesra Muslim? Mesti terus bayangkan gerai makanan dan tudung sahaja.

Malaysia Halal Lifestyle Festival (MHLife) 2026 bakal membawa konsep yang lebih luas apabila berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober ini di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam, Selangor.

Festival ini merupakan sebahagian daripada Islamic Tourism Month (ITM) 2026 anjuran Islamic Tourism Centre (ITC), dengan fokus menghubungkan pelancongan, makanan, budaya, fesyen dan gaya hidup mesra Muslim.

Menariknya, Malaysia memang mempunyai ekosistem yang agak kukuh dalam segmen ini. Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai destinasi mesra Muslim nombor satu dunia dalam GMTI 2026 untuk tahun ke-11 berturut-turut.

MHLife 2026 Bawa Tema “Rasa, Gaya, Warisan,”

MHLife
Dari kiri Datuk Wira Mustafa Chan Chee Wei Pengarah Urusan Mohd Chan Group Berhad, En. Ishak Othman Ketua Pembangunan Perniagaan RHB Islamic Bank Berhad, YBhg. Datuk Surrendren Sathasivam Timbalan Ketua Setiausaha

Dengan tema Rasa, Gaya, Warisan, MHLife 2026 mengajak pengunjung melihat Malaysia melalui makanan, fesyen dan pengalaman budaya.

Sebanyak 16 pavilion akan mewakili 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Jadi, kalau selama ini alasan “tak sempat travel satu Malaysia”, kali ini bolehlah cuba versi mini dahulu.

Pengunjung boleh meneroka makanan dan minuman, jenama tempatan, kraftangan, kecantikan, kesejahteraan, aktiviti keluarga serta persembahan kebudayaan.

Antara tarikan yang turut dijadualkan ialah Harmony Night Concert, yang menghimpunkan persembahan kontemporari dan tradisional.

Pelancongan Mesra Muslim Bukan Sekadar Cari Makanan Halal

Satu perkara yang menarik tentang MHLife ialah pendekatan terhadap pelancongan mesra Muslim yang lebih menyeluruh.

ITC sebelum ini menjelaskan bahawa pengalaman Muslim-friendly turut merangkumi penginapan, destinasi, barangan, pengalaman dan interaksi dengan komuniti tempatan.

Jadi, konsepnya bukan sekadar “mana nak makan halal?”, tetapi bagaimana seseorang pelancong boleh menikmati keseluruhan pengalaman perjalanan dengan lebih selesa.

MHLife 2026 Buka Peluang Untuk Bisnes Tempatan

MHLife
En. Mohd Faisal Suaib Khan Pengarah Urusan ITC memberi ucapan alu-aluan di majlis pra-pelancaran MHLife 2026.

Bagi peniaga tempatan pula, MHLife 2026 bukan sekadar peluang berniaga selama tiga hari.

Vendor yang menyertai festival akan turut disenaraikan dalam Direktori Pelancongan Mesra Muslim rasmi ITC, membolehkan perniagaan mereka terus ditemui selepas festival berakhir.

Dengan kemasukan percuma, MHLife 2026 nampaknya boleh menjadi salah satu aktiviti hujung minggu yang menarik untuk keluarga, pencinta makanan, peminat produk tempatan atau sesiapa yang mahu mengenali sisi Malaysia yang lebih dekat dengan budaya dan gaya hidup.

MHLife 2026 berlangsung 23 hingga 25 Oktober 2026 di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam. Kemasukan adalah percuma.

Kalau anda jenis yang suka jalan-jalan, makan, shopping dan cari pengalaman baharu dalam satu tempat, mungkin tiga hari ini memang kena masuk dalam kalendar.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
5
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
MHLIFE
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Baskin-Robbins
LifeXplore

Baskin-Robbins Bawa Kamu Terbang Ke Jepun Dengan 3 Perisa Baharu

by Nurul A.
October 7, 2026

Baskin-Robbins Malaysia membawa rakyat Malaysia menikmati pengalaman rasa ala Jepun menerusi pelancaran Siri Musim Panas Jepun (Japan Summer Series). Menampilkan...

Read moreDetails
Foto - Pavilion Kuala Lumpur
LifeXplore

Pavilion Malls Tukar Jadi Pink, Tunjuk Sokong Kesedaran Kanser Payudara

by Nurul A.
October 13, 2026

Sempena bulan Oktober, Pavilion Malls menggembleng tenaga ketiga-tiga pusat beli-belahnya di Kuala Lumpur, Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Damansara Heights, dan...

Read moreDetails
pavilion bukit jalil
LifeXplore

Pavilion Bukit Jalil Rai Mid-Autumn Bersama “Moonlight Glow”

by Nurul A.
September 16, 2026

Pavilion Bukit Jalil menyambut musim perayaan ini dengan “Moonlight Glow– Together, Here”, sambutan Mid-Autumn yang berlangsung dari 10 hingga 27...

Read moreDetails
Foto - @urassayas (IG)
Kecantikan

Kulit Wanita Thailand Sentiasa Cantik & Mulus, Ini Rahsia Ramai Tak Tahu!

by Nurul A.
November 8, 2026

Tak kiralah aktres, penyanyi atau wanita tempatan, kalau kamu lihat wanita Thailand kan, memang gebu, mulus dan cerah saja kulitnya....

Read moreDetails
Munchy's Malaysia
LifeXplore

“Taste Munchy’s, Taste Happiness”- Munchy’s Malaysia Rai Ulang Tahun Ke-35 Tahun

by Nurul A.
September 23, 2026

Munchy’s Malaysia meraikan ulang tahun ke-35 dengan tema “Taste Munchy’s, Taste Happiness” sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026. Ulang...

Read moreDetails
LifeXplore

AirAsia Buka Semula Laluan Ahmedabad & Amritsar

by Phic ARMAN
October 5, 2026

Kalau India sudah lama masuk dalam travel bucket list anda tetapi asyik tertangguh sebab fikir bajet, mungkin ini masa untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

Galaxy Z Fold8 Ultra ‘Full Mark’! Kamera, Display & Prestasi Diuji Consumer Reports

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Kalau selama ini anda fikir telefon foldable sekadar nampak ‘wow’ bila dibuka dan ditutup, nampaknya teknologi ini sudah pergi jauh...

Read moreDetails
Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Foto - @klinternationalairport (IG)
LifeXplore

5 Sebab Kenapa Kamu, Si Traveller Perlu Datang Awal Ke Lapangan Terbang

by Nurul A.
October 6, 2026

Selalu tiba di lapangan terbang ngam-ngam sebelum penerbangan? Mungkin lepas ini boleh cuba datang lebih awal. Bukan sahaja tak perlu...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Bercuti Dengan Anak Tanpa Stres? Mungkin Ini Masanya Anda Ke Hilton Burau Bay Langkawi

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Kalau anda pernah bercuti bersama anak, anda pasti tahu satu perkara, perkataan “bosan” boleh muncul lebih cepat daripada makanan sampai...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara