Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Nak Bercuti Dengan Anak Tanpa Stres? Mungkin Ini Masanya Anda Ke Hilton Burau Bay Langkawi

by Phic ARMAN
October 1, 2026
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau anda pernah bercuti bersama anak, anda pasti tahu satu perkara, perkataan “bosan” boleh muncul lebih cepat daripada makanan sampai di meja.

“Lepas ni nak buat apa?”

Soalan biasa yang boleh buat ibu bapa mula buka telefon dan cari aktiviti secara spontan. Namun, situasinya sedikit berbeza di Hilton Burau Bay Langkawi Resort, apabila percutian keluarga bukan sekadar tentang kolam renang atau duduk di tepi pantai.

Hilton Burau Bay Langkawi, Anak Ada Dunia Mereka Sendiri

Hilton Burau Bay Langkawi

Terletak di antara kehijauan hutan hujan dan Laut Andaman, resort ini menyediakan pelbagai aktiviti menerusi Kids Club yang direka untuk membuatkan si kecil terus aktif dan curious.

Kehadiran Kiko the Gecko sebagai maskot turut menceriakan pengalaman anak-anak. Daripada permainan pantai, pertandingan bina istana pasir, relay race hinggalah Treasure Hunt, aktiviti di sini lebih kepada pengalaman yang boleh dilakukan bersama keluarga.

Hilton Burau Bay Langkawi

Pendek kata, daripada “Mama, bosannya…” bertukar menjadi “Boleh buat lagi tak?”

Belajar Tanpa Rasa Macam Sedang Belajar

Menariknya, unsur pembelajaran turut diselitkan dalam aktiviti yang lebih fun. Di Arts, Nature & Discovery Atelier, anak-anak boleh mencuba leaf printing menggunakan daun hutan hujan, menghasilkan topeng burung enggang dan melukis hidupan liar.

Hilton Burau Bay Langkawi

Aktiviti makanan pun sama. Ada Gula Melaka Popcorn Adventure, Cookie Making Class dan Kids Pizza by the Bay di Trattoria Mare.

Pizza pula dibuat sendiri. Jadi jangan terkejut kalau bentuknya bukan bulat, sebaliknya nampak macam peta Malaysia selepas kena lipat.

Topik Berkaitan Rupanya Ini Destinasi Malaysia Paling Dicari Pelancong Eropah, No.1 Tak Mengejutkan!

Ibu Bapa Pun Boleh CurI Masa Untuk Diri Sendiri

Sementara anak sibuk meneroka, ibu bapa pula boleh menikmati eforea Spa, kolam dewasa atau sekadar berehat sambil menikmati suasana resort.

Ada juga Family Passport Journey, aktiviti menunggang kuda serta Movie Night Under The Stars untuk dinikmati bersama.

Hilton Burau Bay Langkawi

Akhirnya, percutian keluarga bukan tentang memenuhi jadual dari pagi sampai malam. Yang penting, anak seronok, ibu bapa sempat berehat dan semua pulang dengan cerita untuk dikenang.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Hilton Burau Bay Langkawi Resort.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
1
Star
Star
5
Sad
Sad
0
Weary
Weary
1
Hilton Burau Bay Langkawilangkawi
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

200MP Jadi Taruhan! Mampukah HUAWEI nova 16s Pro Pikat Peminat Fotografi?

by Phic ARMAN
November 12, 2026

Dalam dunia yang semuanya mahu dikongsi di media sosial, kualiti gambar sememangnya menjadi antara perkara penting ketika memilih telefon pintar....

Read moreDetails
Ketiak
Kecantikan

Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

by Nurul A.
October 21, 2026

Memiliki ketiak gelap bukanlah satu masalah kesihatan yang serius, tetapi boleh menggangu penampilan mereka yang gemar mengenakan baju tanpa lengan...

Read moreDetails
LifeXplore

CERRUTI 1881 Tampil Lebih Elegan, Aedy Ashraf Jadi Tumpuan Di IOI City Mall

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Siapa sangka Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang memperkenalkan konsep reka bentuk kios baharu jenama fesyen antarabangsa CERRUTI 1881?...

Read moreDetails
LifeXplore

Sanggup Berhutang Demi Dating? 13.2% Lelaki Malaysia Akui Pernah Buat Begini!

by Phic ARMAN
October 27, 2026

Nak keluar dating sekarang bukan sekadar fikir nak pakai baju apa atau pergi makan di mana. Dompet pun kena bersedia!...

Read moreDetails
Hello Kitty
LifeXplore

Seram! Hello Kitty & 4 Animasi Ini Ada Kaitan Dengan Iblis?

by Nurul A.
November 3, 2026

Selain kanak-kanak, orang dewasa juga suka menonton siri animasi. Sehinggakan ada yang menjadi peminat setia beberapa watak dalam siri animasi....

Read moreDetails
LifeXplore

Samsung Galaxy A08 RM2.50 Sehari, Tapi Berbaloi Ke Beli?

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Telefon pintar sekarang bukan sekadar alat untuk membuat panggilan. Kita menggunakannya untuk membalas WhatsApp, menonton TikTok, menyunting video dan menguruskan...

Read moreDetails
Mandul
Kesihatan

Kamu Boleh Mandul Jika Minum Teh Hijau & Matcha Setiap Hari?

by Nurul A.
November 2, 2026

Baru-baru ini, MURAI ada ternampak beberapa video mengenai minuman teh hijau dan matcha. Menerusi beberapa video, ada beberapa pengguna mendakwa...

Read moreDetails
LifeXplore

RM22,000 Untuk 3 Malam? Anantara Desaru Coast Tawar Percutian Keluarga Bertaraf VIP!

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Bercuti bersama keluarga memang menyeronokkan, tetapi bab merancang aktiviti, makanan dan tempat penginapan kadangkala boleh buat ibu bapa pening kepala....

Read moreDetails
LifeXplore

Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp: Bila Bakat, Kemahiran Dan Peluang Bertemu

by Phic ARMAN
October 2, 2026

Pernah tak anda sampai pada satu tahap dalam hidup dan terfikir, “Adakah ini sahaja peluang dan kemahiran yang saya ada?”...

Read moreDetails
LifeXplore

Ini Senarai Harga Tambang ECRL Yang Rasmi, Bermula RM60!

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Berita baik buat anda yang kerap berulang-alik ke Pantai Timur! Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal menawarkan pilihan perjalanan baharu...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara