Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

5 Sebab Kenapa Kamu, Si Traveller Perlu Datang Awal Ke Lapangan Terbang

by Nurul A.
October 6, 2026
Foto - @klinternationalairport (IG)

Foto - @klinternationalairport (IG)

Share on Facebook

Selalu tiba di lapangan terbang ngam-ngam sebelum penerbangan? Mungkin lepas ini boleh cuba datang lebih awal. Bukan sahaja tak perlu tergesa-gesa ke pintu pelepasan, tetapi boleh isi masa yang terluang dengan pelbagai aktiviti. 

Ada banyak pilihan makanan, produk tempatan dan buah tangan di lapangan terbang. Kalau datang menghantar atau menjemput seseorang pun, ada tempat yang boleh kamu singgah. 

Ini lima sebab, Murai kongsikan kenapa elok untuk kamu luangkan sedikit masa di lapangan terbang.

1. Isi Perut Dulu Baru Terbang

Perjalanan jadi lebih selesa bila perut dah kenyang, kan? Jadi bila datang awal, bolehlah kamu makan dengan tenang tanpa perlu asyik tengok jam.

Lapangan Terbang Awal
D’ Apple Fried Chicken KBR Airport

Nak makanan berat? Ada D’Apple Fried Chicken di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR) dan Nasi Kandar Line Clear di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN). Untuk makanan ringan, boleh cuba Nasken Coffee di KBR, Kopi Ping di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), atau Acai Flow di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH).

Sampai awal, isi perut dan mulakan perjalanan dengan lebih santai.

2. Temui Rasa Tempatan Untuk Dibawa Pulang

Kadangkala sesetengah makanan membuatkan kita teringat pada sesuatu destinasi. Kalau tak sempat mencarinya sepanjang percutian, cuba lihat apa yang ada di lapangan terbang.

Di Little Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), kamu boleh mendapatkan kudapan tempatan seperti amplang. Dari Sarawak pula, Taste of Borneo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH) menawarkan pilihan seperti kek lapis dan lada hitam Sarawak. Manakala di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) pula, terdapat pelbagai produk dan cenderamata tempatan untuk diterokai.

Topik Berkaitan Program Khidmat Komuniti Di KLIA, NESCAFÉ Agih 5000 Tin Minuman Kepada Pekerja

3. Tak Terbang Pun Boleh Singgah

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK), terdapat Burger King, Habib Jewels dan Bath & Body Works. Kamu juga boleh minum kopi di Kopi Kita. Semuanya terletak di kawasan awam, jadi tak perlu ada tiket penerbangan untuk singgah.

Kopi Ping Kota Kinabalu

Kopi Saigon di Lapangan Terbang Sandakan (SDK) sesuai untuk yang mahu mengopi, manakala MySelera Restaurant di Lapangan Terbang Bintulu (BTU) boleh menjadi tempat makan bersama. Kalau cari kudapan, ada Ban Heang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) dan Widaya di Lapangan Terbang Labuan (LBU).

4. Buah Tangan Belum Beli? Sempat Lagi

Karyaneka di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) ada jual hasil kraf Malaysia seperti batik, songket, anyaman dan seramik. Di Borneo Heritage di Lapangan Terbang Miri (MYY) pula ada kraftangan dan cenderamata tempatan seperti bakul anyaman, pakaian dan aksesori.

Dari Kelantan, Aman Batik di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR) menawarkan koleksi berinspirasikan tradisi batik Kelantan, manakala Siti Khadijah mempunyai pilihan telekung dan produk gaya hidup Muslimah yang praktikal untuk dijadikan hadiah.

5. Sudah Berbelanja? Simpan Resit!

Selepas makan, minum kopi atau membeli-belah, jangan terus buang resit. Pembelian tersebut mungkin melayakkan kamu menyertai kempen Belanja & Menang.

Melalui kempen ini, sekiranya kamu berbelanja di lapangan terbang antarabangsa dan domestik terpilih di seluruh Malaysia (kecuali KLIA Terminal 1 dan Terminal 2), kamu berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! 

Cara-caranya: 

  • Belanja sekurang-kurangnya RM25 di lapangan terbang domestik atau RM50 di lapangan terbang antarabangsa yang mengambil bahagian*, dengan maksimum dua resit bagi setiap penyertaan
  • Lengkapkan borang penyertaan dan muat naik resit
  • Kamu berpeluang untuk bawa pulang hadiah seperti Proton e.MAS 7 Prime, motosikal KTM Duke 390, jongkong emas dan pakej percutian Traveloka, hanya dengan berbelanja di lapangan terbang sahaja.

*Lapangan terbang yang mengambil bahagian: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN), Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH), Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR), Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (IPH), Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR), Lapangan Terbang Sultan Mahmud (TGG), Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (KUA), Lapangan Terbang Bintulu (BTU), Lapangan Terbang Miri (MYY), Lapangan Terbang Limbang (LMN), Lapangan Terbang Mukah (MKM), Lapangan Terbang Sibu (SBW), Lapangan Terbang Sandakan (SDK), Lapangan Terbang Tawau (TWU), Lapangan Terbang Lahad Datu (LDU) dan Lapangan Terbang Labuan (LBU).

Jadi, lain kali bila nak terbang, nak menjemput atau menghantar sesiapa, apa kata datang lebih awal? Ada masa untuk makan, cari produk tempatan, shopping buah tangan dan menikmati apa yang ditawarkan di lapangan terbang tanpa perlu tergesa-gesa. Paling penting, tak perlulah berlari satu lapangan terbang bila nama sendiri dah mula dipanggil!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
1
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
kenapa perlu datang awal ke lapangan terbangKLIAlapangan terbang antarabangsamalaysia airport
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Westlife 25 Di KL: Satu Malam Tak Cukup Untuk Peminat Malaysia?

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Nampaknya satu malam memang belum cukup untuk peminat Malaysia bernostalgia dengan lagu-lagu Westlife. Selepas menerima sambutan hebat bagi persembahan pertama,...

Read moreDetails
LifeXplore

Hatta Dolmat Cipta Sejarah! “Lukisan” Kini Berjalan Di Pentas, Raih Rekod MBOR

by Phic ARMAN
August 10, 2026

Kalau selama ini kita biasa tengok lukisan tergantung cantik di dinding, apa pula jadi kalau lukisan itu tiba-tiba berjalan di...

Read moreDetails
LifeXplore

Raja Muda Selangor Turut Turun Padang, Sokong Penghuni Rumah Sahabat Bina Hidup Baharu

by Phic ARMAN
August 30, 2026

Kadang-kadang, peluang kedua bukan sekadar kata-kata. Ia perlu hadir dalam bentuk peluang untuk bekerja, belajar dan kembali yakin pada diri...

Read moreDetails
Rasa Kita, Cerita Kita
LifeXplore

“Rasa Kita, Cerita Kita”- Luckin Coffee & Kisah Bawah Tanah Bersatu Sempena Merdeka Ini!

by Nurul A.
August 16, 2026

Sempena bulan patriotik ini, Luckin Coffee mengumumkan kolaborasi patriotik bermusim bersama Kisah Bawah Tanah, siri animasi dewasa pertama di Malaysia...

Read moreDetails
LifeXplore

4 Stesen ECRL Yang Ada Rahsia & Cerita Warisan Tersendiri

by Phic ARMAN
August 21, 2026

Bila sebut ECRL, perkara pertama yang kita fikir mungkin perjalanan lebih cepat antara Pantai Timur dan Lembah Klang. Tapi tahukah...

Read moreDetails
squishy dumpling
LifeXplore

[VIDEO] Mak Ayah Kena Alert! ‘Squishy Dumpling’ Didakwa Ada Bahan Kimia Yang Berbahaya

by Nurul A.
September 8, 2026

Mainan squishy yang comel dan lembut, terutamanya jenis dumpling (ladu) memang tengah trend di kalangan kanak-kanak. Berbentuk sama seperti ladu...

Read moreDetails
Munchy's Malaysia
LifeXplore

“Taste Munchy’s, Taste Happiness”- Munchy’s Malaysia Rai Ulang Tahun Ke-35 Tahun

by Nurul A.
September 23, 2026

Munchy’s Malaysia meraikan ulang tahun ke-35 dengan tema “Taste Munchy’s, Taste Happiness” sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026. Ulang...

Read moreDetails
LifeXplore

Pencinta Kucing Wajib Datang! Meowloween Tawar Catwalk, Muzik & Aktiviti Menarik

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Halloween kali ini nak buat sesuatu yang lain daripada biasa? Kalau anda pencinta kucing, mungkin Under The Stars Meowloween di...

Read moreDetails
IKEA Kuching, Malaysia
LifeXplore

Pertama Di Malaysia Timur, IKEA Kuching Bakal Dibuka Hujung Tahun Ini!

by Nurul A.
August 24, 2026

IKEA Malaysia hari ini mengumumkan IKEA Kuching akan mula beroperasi pada Disember 2026, menandakan satu lagi langkah penting bagi pengembangan...

Read moreDetails
The Story of Studio Ghibli
LifeXplore

Pameran Ghibli Terbesar Bakal Singgah Singapura Disember Ini- Tiket Serendah RM120

by Nurul A.
September 15, 2026

Tempahan tiket masuk pameran The Story of Studio Ghibli kini dibuka, pameran imersif ini menampilkan pengalaman sulung di dunia di...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

  5. 5

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara