Baskin-Robbins Malaysia membawa rakyat Malaysia menikmati pengalaman rasa ala Jepun menerusi pelancaran Siri Musim Panas Jepun (Japan Summer Series).
Menampilkan cita rasa unik yang diinspirasikan oleh Jepun serta dihasilkan menggunakan bahan-bahan asli berkualiti tinggi, siri ini membawakan pengalaman rasa baharu dan kombinasi perisa yang menyeronokkan ke dalam menu Baskin-Robbins, sekali gus mengajak rakyat Malaysia menemui kegemaran baharu, satu skop demi satu skop.
Baskin-Robbins Perkenal 3 Perisa Baharu Japan Summer Series
Tersedia di semua cawangan di seluruh negara mulai 1 Oktober 2026, siri ini mengetengahkan tiga perisa utama: Matcha, Musk Melon dan Popping Shower. Setiap satu menampilkan karakter tersendiri, memberikan penggemar aiskrim sesuatu yang baharu untuk diterokai dan dinikmati bersama.
- Matcha: Aiskrim matcha Jepun asli yang dihasilkan menggunakan serbuk teh hijau premium daripada Kitagawa Hanbei Shoten, sebuah syarikat pedagang teh Uji bersejarah di Kyoto yang mempunyai tradisi lebih 150 tahun.
- Musk Melon: Aiskrim musk melon yang sangat harum, diimbangi dengan rasa susu yang lembut dan berkrim, menghasilkan cita rasa yang terasa ringan namun cukup memuaskan selera.
- Popping Shower: Perisa paling laris No. 1 di Jepun yang menggabungkan pudina yang menyejukkan dan aiskrim coklat putih manis dengan gula-gula ‘pop-rock’ yang meletup-letup, mewujudkan sensasi tekstur yang menyeronokkan pada setiap suapan.
- Lemon Sherbet: Hidangan lemon yang ringan dan menyegarkan dengan rasa sitrus yang membangkitkan kesegaran pada setiap skop.
Cedok, Hirup, dan Kongsikan Kegembiraan
Dengan paduan perisa yang unik untuk diterokai, setiap skop menjadi detik penemuan yang dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan. Sama ada untuk sambutan istimewa atau pertemuan santai hujung minggu, siri ini menawarkan lebih banyak cara untuk menikmati cita rasa Jepun bersama-sama.
- Japan Trio Waffle: Nikmati kelazatan istimewa dengan wafel yang dihidangkan bersama aiskrim perisa Matcha, Musk Melon, dan Popping Shower
- Japan Triple Fun Scoop: Tiga perisa dalam satu kon yang menawarkan pelbagai pengalaman rasa
- Japan Summer Series Blasts: Minuman edisi terhad Matcha Blast, Musk Melon Blast, dan Lemon Sherbet Blast ini menawarkan pilihan rasa semula jadi (earthy), buah-buahan, dan sitrus yang menyegarkan
Nikmati cita rasa Jepun pada bila-bila masa anda mengidamkannya, dengan perisa aiskrim baharu yang akan menjadi sebahagian daripada menu tetap Baskin-Robbins mulai 1 Oktober 2026. Manakala, Japan Trio Waffle, Japan Triple Fun Scoop, dan Japan Summer Series Blasts hanya tersedia sehingga 11 November 2026
Anda juga boleh membawa pulang pelekat ‘puffy’ Japan Summer Series secara percuma dengan setiap pembelian hidangan edisi terhad ini (terhad kepada satu pelekat bagi setiap resit, sementara stok masih ada). *Tertakluk pada terma dan syarat.











