Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Misha Omar Back To Basic Showcase Bakal Cetak Sejarah Baharu Disember Ini

by Aphit J.
November 16, 2024
Share on Facebook

Misha Omar mengumumkan konsert solo terkininya, MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE, yang akan berlangsung pada 21 Disember 2024 di Odeum at JioSpace, Petaling Jaya.

Penghargaan Kepada Peminat

via Berita Harian

Konsert ini menandakan kembalinya Misha ke pentas selepas tiga tahun, sejak persembahan terakhirnya di Istana Budaya pada 2021.

Walaupun tidak sebesar konsert mega yang diimpikan, showcase ini diadakan dalam skala lebih kecil sebagai penghargaan kepada peminat yang telah menyokong kariernya selama dua dekad.

Misha berkongsi bahawa BACK TO BASIC SHOWCASE adalah langkah pertama menuju impian untuk mengadakan konsert besar di masa depan.

Baginya, dia lebih suka memulakan sesuatu dengan langkah kecil sebelum mencatat sejarah yang lebih besar.

Bertemakan Back To Basic

via OPR network

Konsert selama 90 minit ini akan diiringi oleh pemuzik berprofil tinggi dan dipimpin oleh pengarah muzik Ayop Azril bersama sembilan pemuzik.

Misha turut mendapatkan khidmat Datuk Syafinaz Selamat sebagai pengarah vokal. Showcase ini bertemakan “Kembali ke Asas”, di mana Misha akan membawa peminat mengenang kembali permulaan kariernya, dari pentas kecil seperti Planet Hollywood pada tahun 2002.

Tiket untuk MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE dijual dengan harga bermula RM288 hingga RM488, termasuk tiket VIP yang menawarkan sesi bergambar bersama Misha.

Tiket akan mula dijual pada 27 November 2024 di platform JIOTIX.

Topik Berkaitan [VIDEO] Konsert Misha Omar: 'The Untold Story' Detik Didekati Adnan Abu Hassan

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Misha Omar menghiburkan peminat dalam momen yang pasti akan dikenang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
misha omar
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara