• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Mudah! 5 Jenis Sambal Untuk Anda Cuba Dalam Menu Seharian

by Aphit J.
June 14, 2020
60
KONGSIAN
Share on Facebook

Rakyat Malaysia tidak lari daripada makanan yang mempunyai rasa pedas. Jadi kebanyakkan rumah sambal adalah menu wajib yang perlu ada. Untuk kelainan, berikut adalah 5 resepi dan cara membuat sambal yang sangat mudah untuk anda cuba.

Sambal Gesek

via Hunterlicious

Sambal bilis yang mempunyai rasa sedikit pedas dan masam ini seringkali dijumpai di Negeri Sembilan. Nama gesek diperolehi daripada cara pembuatanya di mana semua bahan perlu digesek terlebih dahulu dengan lumat.

Bahan-bahan: Cili api, bawang besar, bawang putih, ikan bilis, garam dan gula.

Cara memasak: Gesek semua bahan dan tumis menggunakan minyak masak sehinnga masak. Setelah itu perahkan sedikit air perahan limau.

Sambal Goreng Garing.

via Pinterest

Tidak sama seperti sambal yang lain, sambal goreng garing ini tidak mempunyai kandungan protin tambahan di dalamnya, tetapi hanya cili semata-mata. Bahan yang digunakan adalah cili kering yang dikisar yang digoreng sehinnga garing.

Bahan-bahan: Cili api, cili kering, bawang besar, bawang putih, asam keping, garam dan gula.

Cara memasak: Kisar semua bahan dan tumis sehingga garing. Setelah itu masukkan asam keping untuk perasa masam.

Sambal Limau Nipis

via Rasa

Sambal limau nipis ini sangat enak jika dimakan bersama ikan bakar ataupun ikan rebus. Selain menu yang menyihatkan kerana tidak menggunakan minyak, sambal ini merupakan penaik selera untuk anda.

Bahan-bahan: Limau nipis, cili api, cili besar, bawang, garam, gula dan belacan.

Cara memasak: Tumbuk lumat semua bahan tadi dan masukkan perahan air limau. Setelah itu, hiris nipis nuah limau dan masukkan di dalam sambal.

Sambal Totok

via Rasa

Sambal totok ini merupakan resepi sambal yang berasal dari jawa. Kelainan dari sambal lain, bahan-bahan yang akan ditumbuk akan digoreng ataupun disangai dahulu sebelum ditumbuk bersama ikan bilis.

Bahan-bahan: Ikan bilis, cili api hijau dan merah, cili besar, bawang, garam, gula, belacan dan limau nipis.

Cara memasak: Goreng semua bahan kecuali ikan bilis dan limau nipis, tumbuk kasar bersama bahan perasa dan ikan bilis. Untuk yang sukakan masam, boleh letak air perahan limau nipis.

Sambal Isi Ikan Bersama Pelam

via Azmiblog

Untuk anda yang tidak pernah mencuba menu ini, anda wajib mencubanya harini. Sambal ini menggunakan bahas asas sambal yang sama, cuma ada kelainan dengan penambahan isi ikan dan juga isi pelam.

Bahan-bahan: Isi ikan kembung yang direbus, pelam muda, garam, cili api dan limau nipis.

Cara memasak: Asingkan isi ikan dengan tulang, tumbuk kasar bersama pelam muda, cili api dan garam. Jika yang sukakan masam, boleh masukkan perahan air limau.

Jadi sangat mudah untuk anda menyediakan sambal yang menjadi kegemaran kita semua. Percayalah, adanya sambal ini dan nasi putih panas, pasti lauk lain ditinggalkan.

cara masak sambalresepi sambal mudahsambal geseksambal goreng garingsambal isi ikansambal mempelamsambal pencicahsambal totok
https://lomp.at/sy715
Share58Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Selera

Sedap Place Di Perth Buatkan Pengunjung Terlupa Mereka Di Australia!

by Phic ARMAN
October 13, 2025

Percutian kali ini memang lain macam! MURAI terbang jauh ke Perth, Australia bersama AirAsia dan menginap di Ibis Perth Hotel,...

Read more
Selera

Hidangan Krismas yang Memikat di Maria’s SteakCafe

Kunjungan ke Maria’s SteakCafe baru-baru ini memberikan pengalaman Christmas yang hangat dan penuh makna. Terletak di tengah-tengah Suria KLCC dengan...

Read more
by Phic ARMAN
November 13, 2025
Selera

Nikmati Kopi Penuh Pesona Dengan ‘Magic In The Making’

Sempena musim perayaan ini, Nespresso mempersembahkan Magic in the Making, sebuah kempen yang meraikan setiap langkah, ritual dan detik istimewa...

Read more
by Naddy Joe
October 31, 2025
Selera

Aznil Nawawi Puji Menu Baharu, Burger Sate Dari AFC, Kini Buka Cawangan ke-44

Siapa sangka sate dan burger boleh jadi bestie? Itulah yang buat Datuk Aznil Nawawi a.k.a Pak Nil tersenyum lebar masa...

Read more
by Phic ARMAN
September 14, 2025
Selera

B40 Pun Boleh Nikmati Kopi Geisha! HWC COFFEE & BAPE Café Jadi Tumpuan

Baru-baru ini MURAI sendiri pergi KLCC untuk tengok HWC COFFEE x BAPE Café Grand Launch. Masuk je kafe, terus rasa...

Read more
by Phic ARMAN
September 29, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Datin Shahida Kongsi Gelagat Anak-Anak Sertai Kelas Renang, Netizen Puji Sikap Qadejah

  2. 2

    Uqasha Senrose Beri Pesanan Buat Wan Norazlin- “You’re Being Real…”

  3. 3

    [VIDEO] Gelagat Issac Raees Bergurau Dengan Zahirah Macwilson, Cuit Hati Peminat

  4. 4

    [VIDEO] Nabil Ahmad Menyakat Anak Perempuan Ramli MS Raih Perhatian Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Gelagat Sharifah Shahirah Kacau Anak Kerja Barista, Buatkan Netizen Terhibur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem