Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

MURAI Singgah Warung Nuyu Leno Di Kelantan, Ini Rahsia Mee Celup RM4 Dan Chicken Chop RM5 Jadi Tarikan Ramai

by Farah Fatihah
June 20, 2026
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika kalian sedang mencari tempat makan yang murah, sedap dan mesra poket di Kelantan, Warung Nuyu Leno adalah tempat yang wajib kalian singgah.

Baru-baru ini, MURAI berkesempatan mengunjungi Warung Nuyu Leno untuk melihat sendiri keunikan warung yang semakin mendapat perhatian ramai, khususnya di Tiktok. Selain menikmati hidangan yang ditawarkan, MURAI turut menemubual pemilik warung, Nurul Izzatie binti Azemi atau lebih dikenali sebagai Nuyu Leno, bagi mengetahui rahsia di sebalik populariti kedai makan ini.

Bermula Daripada Permintaan Pelanggan

Menurut Nuyu Leno, idea untuk menjual mee celup tercetus daripada permintaan pelanggan yang mahukan pilihan menu yang lebih pelbagai, sedap dan pada masa yang sama mampu dinikmati oleh semua golongan.

Apa yang menarik, harga mee celup di sini bermula serendah RM4 sahaja. Harga tersebut antara faktor yang membuatkan ramai pelanggan memilih untuk menjamu selera di warung ini.

Kuah Dimasak Berjam-Jam Jadi Tarikan Utama

Ketika ditanya mengenai keistimewaan mee celup yang ditawarkan, Nuyu Leno menjelaskan bahawa selain harga yang berpatutan, kuah mee celup mereka dimasak dalam tempoh yang lama bagi menghasilkan rasa yang lebih sedap dan kaya dengan aroma.

Menurut beliau, kuah tersebut turut menggunakan ramuan istimewa yang menjadi antara faktor pelanggan datang kembali menikmati hidangan di warung berkenaan.

Topik Berkaitan Nak Cuba Nasib Mendulang Emas? Ini Garis Panduan & Lokasi Rasmi Di Kelantan

Untuk menyediakan bahan-bahan dan kuah setiap hari, mereka mengambil masa sekitar dua hingga tiga jam sebelum memulakan operasi. Menariknya, resipi yang digunakan bukanlah resipi keluarga, sebaliknya hasil olahan sendiri.

TikTok Jadi Punca Warung Semakin Viral

MURAI turut bertanya bilakah mereka mula menyedari warung tersebut semakin dikenali ramai.

Menurut Nuyu, perkara itu disedari apabila ramai pelanggan memaklumkan bahawa mereka mengetahui tentang Warung Nuyu Leno melalui video-video yang tular di TikTok.

“Kebanyakan pelanggan yang datang memberitahu mereka jumpa warung ini melalui TikTok,” katanya.

Mee Celup, Chicken Chop RM5 dan Lokcing RM1 Paling Laris

@nuyuleno94

😍Tokse mari try lagi ko? mari2 ramai2 deh !! 😘 #kelantanfoodie #meecelupkotabharu #warungnuyuleno #meeceluptgchat #meecelupmurahkelantan

♬ original sound – Warung Nuyu Leno – Warung Nuyu Leno

Antara menu yang paling mendapat sambutan di Warung Nuyu Leno ialah mee celup yang menjadi menu utama warung tersebut.

Selain itu, chicken chop berharga RM5 serta pelbagai pilihan lokcing dan sosej bakar yang dijual pada harga RM1 turut menjadi pilihan ramai pelanggan.

Apabila ditanya mengapa mereka memilih untuk menjual makanan pada harga yang begitu murah, Nuyu Leno berkata mereka mahu lebih ramai orang dapat menikmati makanan yang sedap tanpa perlu berbelanja besar.

“Lokasi warung kami berada di kawasan kampung, jadi kami mahu menawarkan harga yang sesuai dan mampu milik untuk semua golongan,” jelasnya.

Cabaran Selepas Menjadi Tular

Namun, seperti kebanyakan peniaga lain, Warung Nuyu Leno juga tidak terlepas daripada cabaran.

Antara cabaran terbesar yang dihadapi ketika ini ialah kekurangan tenaga pekerja buat sementara waktu. Selain itu, mereka juga pernah berdepan kesukaran untuk memenuhi permintaan pelanggan selepas warung tersebut menjadi tular.

Menurut Nuyu, keadaan itu biasanya berlaku ketika musim cuti sekolah dan waktu puncak apabila jumlah pelanggan meningkat secara mendadak sehingga beberapa menu dan lauk habis lebih awal daripada jangkaan.

Menu Wajib Cuba Jika Datang Ke Sini

Bagi pelanggan yang pertama kali berkunjung ke Warung Nuyu Leno, Nuyu Leno mencadangkan agar mereka mencuba mee celup yang menjadi hidangan istimewa warung tersebut.

Selain itu, nasi Lemak ayam berempah, kerabu maggi dan chicken chop RM5 juga antara menu yang wajib dicuba.

Lokasi & Waktu Operasi

  • Kampung Telaga Nibong, Kota Bharu, Kelantan
  • Waze & Google maps: Warung Nuyu Leno
  • Sabtu hingga Khamis: 12 tengah hari hingga 7 petang
  • Tutup pada setiap hari Jumaat

Harapan Untuk Masa Hadapan

Mengakhiri perbualan, Nuyu Leno berharap Warung Nuyu Leno akan terus berkembang dan maju pada masa hadapan sambil mengekalkan konsep makanan sedap pada harga yang mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Bagi penggemar makanan yang gemar memburu port makan menarik dengan harga berpatutan, Warung Nuyu Leno sememangnya antara lokasi yang boleh kalian singgah jika berada di kawasan sekitar.

Dengan harga serendah RM1 hingga RM5 untuk beberapa menu popular, tidak hairanlah warung ini terus menjadi pilihan ramai pelanggan dari pelbagai peringkat umur.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
6
Haha
Haha
2
Star
Star
1
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kelantankota bharumee celupmurahwarung nuyu leno
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Hari Malaysia 2026: Ini Cara SITI KHADIJAH Raikan Kepelbagaian Malaysia

by Phic ARMAN
September 16, 2026

Apa yang membuatkan kita rasa benar-benar dekat dengan Malaysia? Mungkin jawapannya ada pada makanan, bahasa, muzik, adat dan pakaian yang...

Read moreDetails
Foto- Vietjet
LifeXplore

Vietjet Bakal Tawar Wi-Fi Starlink, Percuma Untuk Setiap Penumpang

by Nurul A.
September 26, 2026

Vietjet bersama Galaxy Holdings dan Galaxy Telecom, telah menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan Starlink bagi menyediakan Wi-Fi berkelajuan tinggi secara...

Read moreDetails
LifeXplore

Lagenda Puteri Santubong Kembali! Kisah Dua Puteri Sarawak Bakal Gegar Istana Budaya

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Lagenda Puteri Santubong yang sekian lama menjadi sebahagian daripada memori budaya Sarawak bakal diberi nafas baharu menerusi pementasan teater tari...

Read moreDetails
LifeXplore

“Baik Tak Payah Datang”- Peminat F1 Tegur Geng FOMO Yang Tunggu Driver Tapi Abaikan Qualifying

by Phic ARMAN
October 6, 2026

“Aku ni jarang nak hentam fans FOMO F1. Tapi aku sendiri menyaksikan geng-geng FOMO ni.” Begitulah luahan seorang pengguna Threads...

Read moreDetails
LifeXplore

KAB Gold Perluas Perniagaan Di Kuala Lumpur, Tekankan Patuh Syariah Dan Kebajikan Masyarakat

by Phic ARMAN
October 18, 2026

Emas bukan sahaja menjadi pilihan sebagai perhiasan, malah turut dianggap sebagai salah satu bentuk simpanan bernilai. Namun, di sebalik urusan...

Read moreDetails
Burnout
Kesihatan

Badan & Mental Rasa Sangat Lesu? 5 Cara Untuk Kamu Atasi Burnout

by Nurul A.
October 12, 2026

Pernah tak dalam satu-satu masa, kamu rasa seperti emosi, fizikal dan mental menjadi sangat letih? Atau rasa tertekan sangat? Hati-hati...

Read moreDetails
LifeXplore

Datuk Mokhzani Dedah Cabaran Iringi Siti Nurhaliza,- “Beliau Tidak Datang Latihan Tapi…”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Bukan calang-calang penyanyi yang mampu membuatkan seorang pengarah muzik berdepan cabaran mengiringi persembahan secara langsung tanpa latihan terlebih dahulu. Namun,...

Read moreDetails
Kudrat 1968: High Council, Christy Ng
LifeXplore

Bakal Ditayangkan, “KUDRAT 1968: High Council” Siap Ada Koleksi Kolaborasi Dengan Christy Ng!

by Nurul A.
September 5, 2026

Teka-teki teraju utama filem "KUDRAT 1968: High Council" terjawab selepas Astro Shaw memperkenalkan pelakon Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf,...

Read moreDetails
PUMA Malaysia, Pavilion Kuala Lumpur
LifeXplore

“We Own The Week”, PUMA Bawa Litar Perlumbaan F1 Di Tengah Pavilion Kuala Lumpur

by Nurul A.
September 24, 2026

Memandangkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi Grand Prix Bahrain, PUMA Malaysia melancarkan kempen "We Own The Week", membawa keterujaan...

Read moreDetails
LifeXplore

OPPO Find X10 Pro Max Cecah RM6,999, Berbaloi Ke Bayar Mahal Untuk Telefon Ini?

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Sedang mencari telefon pintar baharu dengan kamera hebat, bateri besar dan prestasi flagship? Siri OPPO Find X10 mungkin boleh masuk...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara