Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

“Baik Tak Payah Datang”- Peminat F1 Tegur Geng FOMO Yang Tunggu Driver Tapi Abaikan Qualifying

by Phic ARMAN
October 6, 2026
Share on Facebook

“Aku ni jarang nak hentam fans FOMO F1. Tapi aku sendiri menyaksikan geng-geng FOMO ni.”

Begitulah luahan seorang pengguna Threads yang mencetuskan perbincangan tentang perangai sesetengah peminat Formula 1 ketika perlumbaan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang.

Menurutnya, dia melihat sendiri ada peminat yang sudah terpacak di hadapan pentas sejak pukul 11 pagi semata-mata mahu mendapatkan tempat terbaik untuk melihat George Russell dan Kimi Antonelli, walaupun sesi mereka hanya dijadualkan sekitar pukul 7 malam.

Yang menjadi persoalan, pada hari kelayakan atau qualifying, ada yang dikatakan langsung tidak menonton sesi tersebut.

“Mmg perangai menggelupur, menggedik nak tengok driver. Yang jenis-jenis ni memang fans FOMO,” luahnya.

FOMO F1: Minat Driver Atau Minat Sukan?

Namun, tidak semua bersetuju dengan pandangan tersebut.

Seorang pengguna membalas bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan golongan FOMO atau driver stans, kerana tiket itu dibeli menggunakan wang mereka sendiri.

Malah, katanya, sukan memerlukan pelbagai jenis peminat baharu untuk terus berkembang.

“Seronok je tengok diorang,” katanya.

Ada betulnya juga. Tidak semua orang datang ke litar dengan tahap minat yang sama. Ada yang mengikuti F1 kerana strategi perlumbaan, ada yang obses dengan pasukan dan ada juga yang baru mengenali sukan itu kerana seseorang pemandu.

Tapi… Qualifying Pun Penting, Kan?

Pengguna asal kemudian menjelaskan bahawa itulah sebenarnya maksud luahannya.

Topik Berkaitan "We Own The Week", PUMA Bawa Litar Perlumbaan F1 Di Tengah Pavilion Kuala Lumpur

Bagi peminat tegar, qualifying bukan sekadar sesi sampingan. Ia penting kerana menentukan kedudukan permulaan pemandu pada hari perlumbaan dan boleh memberi kesan besar kepada strategi serta peluang mereka untuk menang.

Jadi, katanya, agak pelik apabila seseorang sanggup menunggu berjam-jam di hadapan pentas untuk melihat pemandu tetapi tidak mengambil peluang menyaksikan mereka beraksi di litar.

Lebih-lebih lagi apabila tiket tiga hari habis dijual dan ada peminat lain yang mungkin benar-benar mahu menyaksikan keseluruhan pengalaman F1 tetapi tidak berpeluang mendapatkan tiket.

Driver Stan Pun Tetap Peminat F1

Namun akhirnya, mungkin inilah realiti apabila sesuatu sukan semakin popular.

F1 kini bukan lagi sekadar tentang enjin, pit stop, strategi dan lap time. Populariti pemandu juga menjadi sebahagian daripada budaya peminat moden.

Cuma mungkin ada satu perkara yang boleh dipersetujui bersama kalau sudah sanggup berhabis duit datang ke Sepang, rugilah kalau pengalaman itu hanya berakhir dengan bergambar bersama pemandu.

Lagipun, pemandu yang kita tunggu berjam-jam itu sebenarnya datang ke litar untuk berlumba.

Nak jadi driver stan tak salah. Nak FOMO pun tak salah.

Tetapi sekali-sekala, tengok juga qualifying.

Barulah lengkap pengalaman F1 anda.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
5
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
F1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Namtan Tipnaree Datang Malaysia September Ini, BONIA Bawa Pengalaman ‘Find Your Rhythm’

by Phic ARMAN
September 4, 2026

Peminat Namtan Tipnaree, get ready! Kalau selama ini hanya mampu melihat pelakon, penyanyi dan usahawan popular Thailand ini menerusi skrin,...

Read moreDetails
remix
Selera

Secret Recipe Perkenal 4 Hidangan ‘Remix’ Lokal , Khas Untuk Bulan Merdeka Ini!

by Nurul A.
August 10, 2026

Khas untuk bulan Merdeka ini, Secret Recipe meraikan identiti kulinari negara yang meriah dengan Menu Istimewa Merdeka yang serba baharu,...

Read moreDetails
LifeXplore

Avani Kota Kinabalu Bakal Dibuka 2027, Bawa Vibe Lifestyle Baharu Ke Sabah

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Kalau anda rasa Kota Kinabalu sudah cukup meriah dengan pilihan hotel dan tempat makan, nampaknya bakal ada satu lagi nama...

Read moreDetails
LifeXplore

Kenapa Suria KLCC Pilih Rizman Ruzaini Buka Tirai KLFW 2026? Ini Alasannya

by Phic ARMAN
August 12, 2026

Pernah tertanya-tanya kenapa Rizman Ruzaini yang dipilih untuk membuka tirai Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026? Bagi MURAI, pemilihan ini...

Read moreDetails
LifeXplore

Bermula Dengan RM250, Asyraf & Nazrin Kini Bawa Syed Saddiq Bersama Larenme

by Phic ARMAN
September 16, 2026

Bermula dengan RM250, siapa sangka ia akhirnya membawa kepada sebuah agensi yang kini mempunyai lebih 15 kakitangan? Itulah perjalanan Pengarah...

Read moreDetails
LifeXplore

Fahmi Fadzil Ajak Rakyat ‘Meriahkan’ Merdeka, 200 Kenderaan Terawal Dapat Magnet Jalur Gemilang

by Phic ARMAN
August 11, 2026

Bulan Kebangsaan dah mula terasa bahangnya! Tapi kali ini, bukan sekadar bendera di rumah. Jalur Gemilang turut dibawa ‘jalan-jalan’ bersama...

Read moreDetails
Foto - GSC Malaysia
LifeXplore

31 Dewan Pawagam GSC Malaysia Kini Diperakui INFINITY VISION

by Nurul A.
September 3, 2026

Golden Screen Cinemas (‘GSC’) telah mengumumkan bahawa 31 dewan di seluruh negara kini telah diperakui INFINITY VISION, iaitu dewan yang...

Read moreDetails
LifeXplore

“Sangat Gah”- Hael Husaini & Siti Nurhaliza Puji TV Sarawak, Jaga Kebajikan Artis di AIM25

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Kalau selama ini kita biasa dengar pujian selepas sesuatu majlis selesai, AIM25 nampaknya menerima pujian bukan sahaja kerana kemeriahannya, tetapi...

Read moreDetails
Disneyland Hong Kong
LifeXplore

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Hong Kong Tawar Pengalaman Menarik Menjelang Hujung Tahun

by Nurul A.
August 25, 2026

Bagi rakyat Malaysia yang ingin berehat seketika daripada cuaca panas, Hong Kong (HK) menawarkan pelbagai agenda untuk dikunjungi dalam beberapa...

Read moreDetails
LifeXplore

Pencinta Kucing Wajib Datang! Meowloween Tawar Catwalk, Muzik & Aktiviti Menarik

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Halloween kali ini nak buat sesuatu yang lain daripada biasa? Kalau anda pencinta kucing, mungkin Under The Stars Meowloween di...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

  5. 5

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara