Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

by Phic ARMAN
July 13, 2026
187
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam dunia yang kadang-kadang orang berlumba-lumba menunjukkan status dan kemewahan, kisah Datuk Wira (Dr.) Ameer Ali bin Mydin tiba-tiba menjadi perhatian ramai bukan kerana kekayaan atau jawatan besar yang dimiliki.

Sebaliknya, perkara yang membuatkan ramai kagum adalah satu perkara yang nampak simple sikap rendah diri.

Baru-baru ini, nama pemilik dan peneraju rangkaian pasar raya serta pemborong Mydin Mohamed Holdings Berhad menjadi bualan di Threads selepas seorang pengguna berkongsi pengalaman menaiki pesawat yang sama dengan beliau.

Menurut pengguna tersebut, beliau terkejut apabila melihat seorang tokoh perniagaan terkenal Malaysia menaiki penerbangan yang sama seperti penumpang biasa dan tidak memilih kelas perniagaan.

“Sama flight plak dgn orang kaya Malaysia. So humble, sekali dgn wife dia. Harap pasni dapat selfie sekali amek good vibe!” tulisnya sambil berkongsi video yang memaparkan Datuk Wira Ameer bersama isterinya.

VIA Threads @husnataqwa_

Bagi MURAI, perkara sebegini mungkin nampak kecil, tetapi itulah yang membuatkan seseorang tokoh lebih dekat di hati masyarakat. Kadang-kadang bukan tentang apa yang seseorang miliki, tetapi bagaimana mereka membawa diri.

Beratur Seperti Orang Biasa, Tiada Layanan Istimewa

Bukan itu sahaja, beberapa pengguna lain turut berkongsi pengalaman masing-masing bertemu dengan Datuk Wira Ameer.

Seorang pengguna mendakwa pernah terserempak dengan beliau dan isterinya di sebuah hospital di Bangsar. Menurutnya, pasangan itu menunggu di wad kecemasan seperti orang biasa tanpa meminta layanan khas.

“Pernah terserempak with him and his wife at a hospital in Bangsar. They waited macam orang biasa at the Emergency ward. No bising, no demand for special privilege or whatsoever.”

Ada juga yang berkongsi kisah manis ketika terserempak dengan beliau di sebuah kedai makan di Guangzhou, China. Selepas berkenalan dan bertegur sapa, pengguna itu kemudiannya mendapati makanannya sudah dibayar oleh Datuk Wira Ameer tanpa sempat mengucapkan terima kasih.

Kisah-kisah kecil seperti ini yang membuatkan ramai netizen respect dengan keperibadian beliau.

Didikan Bapa Jadi Pegangan Hidup

VIA IG Dr Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin

Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin merupakan anak kedua kepada pengasas Mydin, Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam. Sejak kecil, beliau sudah didedahkan dengan dunia perniagaan serta menerima banyak tunjuk ajar daripada bapanya.

Beliau memiliki Sarjana Perniagaan Antarabangsa dari Sonoma State University di California sebelum meneruskan legasi keluarga dalam membangunkan perniagaan Mydin.

Menurut Datuk Wira Ameer, bapanya banyak mengajar beliau tentang kepentingan disiplin, kesungguhan, menepati masa, berjimat-cermat serta kejujuran dalam perniagaan.

Prinsip-prinsip itulah yang menjadi asas kepada perjalanan hidup dan kejayaan beliau sehingga hari ini.

Bagi MURAI, kisah Datuk Wira Ameer ini menjadi satu reminder bahawa walaupun seseorang sudah berada di tahap tertinggi dalam kerjaya, sikap humble tetap menjadi nilai yang paling mahal. Kadang-kadang aura seseorang bukan datang daripada apa yang dipakai atau dimiliki, tetapi daripada cara mereka melayan orang sekeliling.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
6
Hearts
Hearts
8
Haha
Haha
1
Star
Star
4
Sad
Sad
2
Weary
Weary
1
Datuk Wira (Dr.) Ameer Ali bin MydinMydin Mohamed Holdings Berhad
Share75Tweet47SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Vietnam Makin ‘Friendly’ Buat Pelancong Muslim, Vietjet Perkenal Inisiatif Halal Connect

by Phic ARMAN
July 11, 2026

Kalau dulu ramai rakyat Malaysia memilih Thailand, Indonesia atau Jepun sebagai destinasi percutian, nampaknya Vietnam kini semakin serius mahu mencuri...

Read moreDetails
LifeXplore

Naik Komuter Waktu Subuh, Netizen Tersentuh Lihat Abang-Abang Solat Berjemaah Dalam Tren

by Phic ARMAN
August 17, 2026

Pernah tak kita terfikir, dalam keadaan mengejar masa untuk sampai ke tempat kerja, bagaimana orang lain memastikan kewajipan tetap dijaga?...

Read moreDetails
Jelly Bunny x Hello Kitty
Fesyen

Jelly Bunny Kembali Dengan Koleksi Kolaborasi Bersama Hello Kitty Yang Ikonik!

by Nurul A.
August 16, 2026

Khas untuk musim ini, Jelly Bunny berganding bahu dengan Hello Kitty, watak kelahiran British yang disayangi dari Sanrio dan salah...

Read moreDetails
Foto - Tune Talk
IbuBapa

Tune Talk Lancar Pelan Mudah Alih Kanak-Kanak Pertama Di Malaysia Dengan Kawalan Rangkaian Terus

by Nurul A.
June 30, 2026

Ketika keselamatan kanak-kanak dalam talian kini menjadi tumpuan utama negara, Tune Talk tampil menerajui usaha mentakrifkan semula peranan syarikat telekomunikasi...

Read moreDetails
LifeXplore

Vietjet Tambah Penerbangan KL–Ho Chi Minh City, Lancar Promosi Tambang Murah

by Phic ARMAN
July 8, 2026

Jika Vietnam berada dalam senarai destinasi impian anda, inilah masa yang sesuai untuk merancang percutian. Syarikat penerbangan tambang rendah Vietjet...

Read moreDetails
LifeXplore

Malaysia Curi Perhatian Dunia, ‘Surreal Experiences’ Menang PATA Gold Award 2026

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Malaysia sekali lagi mencuri perhatian di pentas antarabangsa apabila Tourism Malaysia berjaya membawa pulang PATA Gold Award 2026 menerusi kategori...

Read moreDetails
Foto - GSC
LifeXplore

IMAX® Baharu Dengan Laser Akan Tiba Di GSC IOI Mall Damansara Pada 16 Julai Ini!

by Nurul A.
July 13, 2026

Golden Screen Cinemas (GSC) akan melancarkan IMAX® terbarunya dengan Laser Hall di Petaling Jaya, dengan lokasi ke-6 dan terbarunya di...

Read moreDetails
LifeXplore

Kegilaan Ramai, Twinkle Twinkle Bawa Farm Tales Ke Kuala Lumpur!

by Nurul A.
August 19, 2026

POP MART membuka Twinkle Twinkle Farm Tales Pop-Up di Urban Node, The Exchange TRX. Sebagai pop-up pertama di Asia Tenggara,...

Read moreDetails
Samsung Malaysia & Yayasan Didik Negara
LifeXplore

Samsung Malaysia & YDN Bekerjasama Majukan Pendidikan Digital Di Malaysia

by Nurul A.
August 6, 2026

Selaras dengan komitmen bersama, Samsung Malaysia Electronics dan Yayasan Didik Negara (YDN) telah memeterai kerjasama strategik menerusi pertukaran Memorandum Persefahaman...

Read moreDetails
LifeXplore

CelcomDigi Kembali Dengan Future Pros Bootcamp, Buka Laluan Gamer Malaysia Ke Pentas Profesional

by Phic ARMAN
July 3, 2026

Impian untuk bergelar pemain profesional Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) kini semakin dekat apabila CelcomDigi Berhad mengumumkan kepulangan Future Pros...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  2. 2

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  3. 3

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

  4. 4

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  5. 5

    Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara