Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Macam Ini Rupanya Alia Bhatt Jaga Muka. 5 Benda Kena Tahu

by Rory Kim
March 11, 2024
Foto - Twitter

Foto - Twitter

Share on Facebook

Cantiknya kulit Alia Bhatt, apalah agaknya rahsia dia?

Korek punya korek, akhirnya Miss Murai berjaya singkap rahsia isteri Ranbir Kapoor menjaga kulit wajahnya agar kekal bersih berseri sentiasa. Kata Alia, dia terapkan lima benda ini, dan akan sentiasa disiplin melakukannya.

Tidur Cukup

Selain dari baka yang sudah sememangnya cantik, Alia mengamalkan tidur yang cukup selama 7 hingga 8 jam setiap malam, hal ini membolehkan sel-sel kulit dapat diperbaharui dan diperbaiki sebaik mungkin.

Makanan Tambahan

Kulit Alia tidak sempurna dan dia memastikan dia mengambil multivatamin yang penting untuk kulit. Bagi yang tidak tahu, lapisan atas dan bawah kulit memerlukan vitamin A untuk mencegah kerosakan akibat matahari. Ia juga menyembuhkan kulit. Vitamin C pula penting untuk kolagen, ia juga antioksidan yang kuat dan melindungi seseorang daripada radikal bebas.

Minum Air

Alia minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari yang membantu membuang toksin dalam badan serta untuk kekal hidrasi. Fakta diketahui bahawa dengan meningkatkan pengambilan air, kulit akan terlihat lebih berseri dan bercahaya.

Rutin Penjagaan Wajah Malam Hari

Kerjaya sebagai selebriti menyebabkan Alia tidak lekang daripada solekan. Tapi dia sebaik mungkin akan mencuci pada waktu malam sebelum tidur. Dia menggunakan tisu semulajadi untuk menanggalkan solekan sebaik mungkin. Sejurus itu dia melakukan rutin kecantikan yang ringkas (cleansing, toning, moisturiser) dan membiarkan kulitnya bernafas.

Topik Berkaitan Kisah 'Lejen' Bollywood, Anil Kapoor Ditampar 17 Kali Oleh Jackie Shroff Kerana Hal Kecil Ini!

Remedi Tradisional

Setiap daripada kita mempunyai satu petua tradisional yang berkesan untuk penjagaan muka, begitu juga Alia. Untuknya, dia mempercayai kelebihan pada ais. Dia menggunakannya untuk menghilangkan muka yang bengkak, ia juga dikatakan dapat mengetatkan kembali pori-pori wajah dan dalam masa yang sama menghilangkan sembab mata selepas bangun tidur.

Jom cantik sama-sama guna cara Alia.!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Alia Bhatt
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

  2. 2

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

  3. 3

    Tak Ramai Tahu! iBita Pulau Pinang Sedia Bantuan Untuk Pelajar IPT

  4. 4

    Cara Pindah Kelayakan BUDI Diesel Kepada Ahli Keluarga, Ini Syarat Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Kota Bharu Ada Kafe Pencuci Mulut Macam Ini! Daughter Bakes Jadi Port Wajib Singgah Peminat Kek & Pastri Perancis

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara