Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Nora Ariifin Kecewa Lagu ‘Hits’ nya Kena Ciplak di Indonesia?

by Zaidin Albert
November 15, 2017
Share on Facebook

Mohamad Syakir Iman Johan, anak sulung kepada penyanyi, Nora Ariffin dan penggubah lagu Johan Nawawi, mendakwa lagu nyanyian ibunya ‘Di Persimpangan Dilem’ telah diciplak tanpa kebenaran dan dinyanyikan oleh seorang artis Indonesia untuk dijadikan sebagai single. Menerusi status yang di Facebook, Syakir menulis;

View this post on Instagram

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

“Seperti mana yang semua tahu, lagu “Di Persimpangan Dilema” adalah sebuah lagu hit nyanyian ibu saya yang dihasilkan oleh komposer terkenal Adnan Abu Hassan.

Kami telah menemui seorang artis Indonesia yang “mencuri” lagu ini dan menjadikannya sebagai single. Saya tidak pasti sama ada ini “sah” atau tidak, tetapi saya yakin ada sesuatu yang tak kena.”

Youtube video

Nora Ariffin Kecewa

Syakir turut memberitahu, ibunya kecewa dengan hal ini, malah lagu ini milik Warner Music namun telah dikeluarkan oleh Sony Music Entertainment di Indonesia.

“Ibu saya tidak gembira dengan hal ini. Lagu ini milik Warner Malaysia, tetapi versi Indonesia ini telah dikeluarkan oleh Sony Music Entertainment Indonesia dan tidak tidak menyebut nama komposer asal. Mereka hanya mengiktiraf semula pengatur dan artis itu sendiri.”

Youtube video

Lagu Bukan Ciplak

Dalam kenyataan terbaru dari Syakir, akhirnya Sony Music Malaysia telah memberi maklum balas mengenai hak lagu ‘Di Persimpangan Dilema’ oleh Nora.

Lagu Di Persimpangan Dilema mendapat Hak Rakaman dari Warner Music Malaysia dan diterbitkan oleh Happy Music Publishing Sdn Bhd.  Sony Music Entertainment Indonesia telah mendapat pelepasan daripada HAPPY MUSIC PUBLISHING untuk menggunakan dan / atau rakam semula lagu tersebut.

Dalam kenyataan lain, Syakir juga turut meluahkan rasa gembira dengan penjelasan ini kerana bimbang lagu itu tidak disalah gunakan.

“Kami berharap yang terbaik untuk kerjaya seni Terry Shahab. Mungkin kita boleh berkolabrasi dengan hasilkan lagu duet Terry & Nora? ” tulis syakir.

Nora merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia yang mula mencipta nama pada tahun 1994 dengan album pertama yang berjudul Sandiwara yang memuatkan lagu hits “Di Persimpangan Dilema” ciptaan Adnan Abu Hassan.

Menurut laporan dari Utusan Online, sebelum ini lagu Di Persimpangan Dilema yang mempopularkan nama Nora di persada seni tanah air telah dirakam semula oleh penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti. Lagu itu dimuatkan dalam album terbaru Kris atau dikenali juga dengan panggilan KD itu.

Sumber Facebook Mohamad Syakir Iman Johan

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kris dayantinora ariffinsony musicterrywarner music
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Surviving Beauty, Camelia TV3, Thailand
Spotlight

Dari Thailand Ke Malaysia, Slot Camelia TV3 Bawa “Surviving Beauty” Untuk Peminat

by Nurul A.
September 14, 2026

TV3 sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menyajikan kandungan hiburan terunggul dan meluas buat rakyat Malaysia menerusi pelancaran slot drama terbaharu,...

Read moreDetails
Spotlight

Selepas 19 Tahun, Apa Yang 3DIVA Mahu Dari Peminat Malaysia?

by Phic ARMAN
September 12, 2026

Ada lagu yang bila dimainkan semula, terus membawa kita kembali ke satu memori. Zaman sekolah, cinta pertama atau mungkin seseorang...

Read moreDetails
Spotlight

Astro Sapu 19 Anugerah AACA 2026, Good Boys Go to Heaven Paling Menyerlah

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Kalau selama ini kita hanya tengok drama, filem atau rancangan Astro untuk hiburan, nampaknya hasil kerja di belakang tabir mereka...

Read moreDetails
Spotlight

Nak Sambut ‘Hari Malaysia’ Depan TV? Ini 3 Program Khas RTM TV2 Pada 16 September

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Semangat menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos mungkin sudah berlalu, tetapi aura cintakan Malaysia tidak sepatutnya berhenti di situ. Daripada...

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Ultra Kalcer Malaysia 2026
Spotlight

Ultra Kalcer Malaysia 2026 Kumpulkan 19 Artis, Ada Hindia, Fugo, Naykilla Hingga Kris Dayanti!

by Nurul A.
September 19, 2026

Festival muzik, Ultra Kalcer Malaysia 2026 bakal menggabungkan sembilan belas penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia berkongsi pentas menggegarkan KL...

Read moreDetails
Spotlight

4 Drama Baharu TV AlHijrah Ini Bawa Cerita Islamik Dengan Cara Berbeza

by Phic ARMAN
September 11, 2026

Kalau anda fikir kandungan Islamik hanya berkisar tentang ceramah atau kisah agama yang serius, mungkin sudah tiba masa untuk ubah...

Read moreDetails
Yobe Crafted x ALPHA
Spotlight

Beraksi Di Cawangan Tuah 1895 BBC, Peminat Teruja ALPHA Jadi Duta Pertama Yobe Crafted

by Nurul A.
September 4, 2026

Yobe (Yoghurt Beku) Malaysia, jenama yogurt sejuk beku dan pencuci mulut tempatan baru-baru ini melancarkan Yobe Crafted, cawangan berkonsep baharu...

Read moreDetails
JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
Foto - @hallyuforums (IG)
Spotlight

BLACKPINK Jisoo Ada Kekasih? Cincin ‘Couple’ Dengan Aktor Kacak Ini Jadi Bualan

by Nurul A.
September 29, 2026

Nama BLACKPINK Jisoo sekali lagi menjadi bualan ramai, apabila selebriti itu didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor Seo Kang Joon. Khabar...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara