Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Nora Danish Tuntut Siasatan Telus Kes Zara Qairina, Tegaskan Ibu Juga Rasa Terbeban Isu Buli

by Puteri Alia
August 13, 2025
Share on Facebook

Pelakon terkenal Nora Danish menyuarakan harapan agar keadilan berpihak kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, remaja berusia 13 tahun yang meninggal dunia dalam kes yang kini mendapat perhatian meluas. Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, mengakui tragedi yang menimpa Zara memberi kesan mendalam terhadap dirinya sebagai seorang ibu, apatah lagi beliau turut mempunyai anak yang bersekolah di asrama.

Nora berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh supaya keluarga mangsa mendapat jawapan yang diharapkan. Baginya, kesepakatan masyarakat dalam menuntut keadilan amat penting demi memastikan generasi muda membesar dalam persekitaran yang selamat dan makmur.

Ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram dan Mohamed Neqayl Nedim ini turut menegaskan bahawa pihak sekolah perlu memainkan peranan besar dalam menangani isu keselamatan pelajar. Beliau mencadangkan agar diwujudkan saluran aduan yang mesra pelajar supaya mereka boleh melaporkan masalah buli tanpa rasa takut.

Pendidikan tentang kesan buli serta penanaman sifat belas kasihan dan kasih sayang di sekolah, katanya, perlu diberikan penekanan serius. Walaupun kedua-dua anaknya tidak pernah melaporkan pengalaman dibuli, Nora sentiasa memastikan mereka tahu bahawa buli dalam apa jua bentuk tidak boleh diterima. Beliau turut percaya terdapat banyak lagi kes buli yang tidak mendapat perhatian media dan menyeru orang ramai untuk bersama-sama memperjuangkan keadilan.

Nora turut mengingatkan bahawa buli bukan sahaja berlaku di sekolah, malah di media sosial, yang menurutnya mampu mengganggu emosi dan dalam kes tertentu boleh meragut nyawa. Sebagai figura awam, beliau sendiri tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli siber, namun sudah terbiasa kerana berdepan situasi tersebut sejak era blog. Walaupun dirinya sudah lali, Nora meluahkan rasa simpati terhadap mereka yang terkesan teruk dengan buli maya dan memahami kesukaran untuk terus menjalani kehidupan selepas mengalaminya.

[VIDEO] "Bukan Selalu Cik Manis Ni Masak..."-Nedim Nazri

Allahyarham Zara disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lalu, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, pada jam 4 pagi, 16 Julai. Kes ini kini berada dalam siasatan pihak berkuasa bagi menentukan punca sebenar kematian dan sama ada ia berkait dengan insiden buli yang didakwa berlaku di sekolah tersebut.

nora danish
https://lomp.at/ggzib
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Pilu Tak Dapat Jumpa Hawra-“Sia-Sia Turun KL Ni..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa pilu apabila rancangannya untuk menghabiskan masa bersama anak perempuannya, Hawra tidak menjadi kenyataan. "Tak Dapat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Lokal

Zahirah Macwilson Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isaac Raees Yang Ke-5

by Naddy Joe
January 6, 2026

Pelakon, Zahirah Macwilson menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir putera tunggalnya Isaac Raees yang kini sudah berusia lima tahun pada...

Read moreDetails
Lokal

Nadia Annuar ‘Sekolah’ Netizen Yang Minta Perempuan ‘High Maintenance’ Untuk Kekal ‘Single’-“Kau Ingat Kiteorang…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pengacara, Nadia Annuar menyelar komen netizen yang menyifatkan para wanita 'high maintenance' untuk kekal bujang sehingga selamanya. "Perempuan yang high...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore