Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

OST Vlog YouTube Pertama Ditulis Oleh Aina Abdul!

by Khai Azfar
October 14, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul terus mencipta kejutan dan rekod peribadinya dalam karier seni. Tidak hanya mencipta lagu buat dirinya dan penyanyi-penyanyi popular tanah air, Aina kini dikhabarkan turut menulis lagu tema bagi rancangan berkonsepkan Vlog di laman YouTube kendalian Rosix dan Noor Nabila iaitu ‘Rosix & Bella’.

OST YouTube Pertama Di Malaysia

Via Instagram Rosixomar

Menurut Aina, dia telah dipelawa oleh Rosix sebelum ini untuk menulis lagu tema buat rancangan YouTube mereka dan dia dengan berbesar hati menerima peluang tersebut apatah lagi ianya merupakan lagu ‘OST’ YouTube pertama ditulis olehnya.

Difahamkan rancangan Rosix & Bella juga merupakan vlog pertama yang mempunyai OST nya tersendiri di Malaysia.

“Ini sebenarnya lagu pertama saya yang dibuat khas untuk OST di YouTube. Saya sangat gembira bila dapat peluang macam itu sebab mereka (Rosix dan Bella) bukanlah nama yang kecil dan bila dapat peluang macam ini, saya tak akan lepaskannya” kata Aina kepada Murai.my

Kejutan Untuk Peminat

Via Instagram Aina Abdul

Dalam perkembangan lain, Aina turut mendedahkan khabar gembira buat peminatnya yang mana sebelum hujung tahun ini dia bakal menghadiahkan mereka dengan dua buah single baharu lagi. Menolak tanggapan barangkali kesemua lagu ini bakal diserap sebagai sebuah album baharu, sebaliknya Aina berkata dia akan tampil dengan sebuah album pada tahun hadapan yang mana kesemuanya adalah lagu-lagu baharu.

“Sebelum berakhirnya tahun 2020 ini, Insyallah saya akan hadiahkan peminat dengan dua buah lagu lagi cumanya projek itu masih lagi rahsia. Satu lagi ramai sudah sedia maklum Aina akan berduet dengan Lah Ahmad dan satu lagi dirahsiakan”

“Sebenarnya memang nak keluar album pada tahun hadapan. Tapi lagu-lagu itu bukanlah lagu yang saya dah keluarkan, ianya berbeza. Masih ada lagu Bahasa Inggeris kerana lagu terakhir yang dikeluarkan adalah lagu Shadow, jadi peminat-peminat lagu itu ada yang kurang meminati lagu bahasa melayu saya”

“Saya tak nak mereka berasa saya lupa pada mereka jadi saya akan sambung kembali perjalanan itu dan dalam masa yang sama masih fokus pada lagu-lagu melayu” tambahnya lagi

Aina ditemui Murai.my ketika di malam akhir Suria Duo X telah di Dewan Kristal, TM Convention Central, Kuala Lumpur baru-baru ini. #teamAzlanXAraJohari menerusi finalis nya, Shazreen muncul sebagai juara edisi sulung program manakala tempat kedua telah disandang oleh Murshid Nazri dari #teamEzadLazimXAinaAbdul dan Danny Mierul mwakili #teamSyamelXSitiSarah) berada ditempat ketiga.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aina abdulrosix dan bella
Share9Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara