Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

‘Paskal The Movie’ Boleh Ditonton Di Netflix

by Phic ARMAN
March 13, 2019
Share on Facebook

Sekiranya anda telah terlepas peluang untuk menonton filem yang telah berjaya menduduki tempat pertama untuk kutipan box office untuk kategori filem aksi, “PASKAL THE MOVIE” bakal ditayangkan di Netflix pada 15 Mac ini!

“PASKAL THE MOVIE” mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Anwar, seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas.

View this post on Instagram

A post shared by Netflix Malaysia (@netflixmy)

Apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan. Ia dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Namron dan Jasmine Suraya Chin.

Filem yang telah diinspirasikan daripada kisah benar Pasukan Khas Laut (PASKAL) ini telah berjaya mengutip lebih daripada RM30 juta dan telah menerima pujian di kalangan penonton dan pengkritik filem.

Filem Blockbuster Terbaharu

Sehubungan itu, pihak penerbit kini sedang mengusahakan sebuah lagi filem blockbuster penuh aksi bertajuk “WIRA” (tajuk sementara) yang diarahkan oleh pengarah yang sama Adrian Teh.

Filem ini mengisahkan tentang karakter utamanya seorang bekas tentera yang berani dan gagah.  Apabila keadaan telah memaksanya untuk mempertahankan keluarga dan orang tersayang beliau terpaksa menggunakan kemahirannya untuk menegakkan keadilan. Filem ini telah mendapatkan khidmat pakar lagak ngeri Indonesia, Yayan Ruhian yang telah menjayakan filem The Raid. Ia turut dibintangi oleh Hairul Azreen, Henley Hii, Ismi Melinda, Josiah Hogan dan Dain Said. Penggambaran bermula pada bulan hadapan dan ia bakal berada di pawagam pada penghujung tahun ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ammar alfianGambit SaifullahHafizul KamalHairul Azreennamronpaskal the movieTaufiq Hanafi
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

14 Filem & Drama Bakal Masuk Netflix November Ini!

by Nurul A.
October 30, 2026

Bulan November bakal menyaksikan pelbagai pilihan hiburan yang menarik di Netflix, daripada pengembaraan penuh aksi, drama yang memikat, karya bertema...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara