Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Pelik Tapi Sedap! 5 Pilihan Makanan Berasaskan ‘Cheese’

by Khai Azfar
August 20, 2019
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Sukakan Keju? Perkongsian ini mungkin akan menggembirakan ‘cheese lover’. Sebelum ini, kita mungkin sudah biasa dengan keju dimakan bersama sandwich ataupun pizza. Namun pernahkah anda terfikir untuk mencampurkan keju dengan makanan-makanan yang lain.

5 Pilihan Makanan Berasaskan ‘Cheese’

Seperti satu fenomena, pelbagai makanan telah dicipta bersama pilihan keju. Menurut netizen, ada yang beranggapan ianya seperti agak keterlaluan sehingga ‘menjatuhkan’ kualiti makanan itu dan tidak kurang juga ada yang menggemarinya. Berikut kami tampilkan 5 pilihan makanan bersama keju yang semakin mendapat tempat!

Char Koey Teow Keju

Gambar sumber : Rojak Daily

Tak pernah terlintas di fikiran kami untuk merasai Char Koey Teow bersama keju. Percaya atau tidak, sebuah restoran di Cyberjaya iaitu Spark Cheese telah menyediakan menu istimewa ini. Dikatakan menu ini cukup laris sehingga pernah terjual beratus-ratus pinggan dalam masa sehari.

Keropok Lekor Keju

Pernah cuba keropok lekor keju? Menerusi carian kami ianya sudah lama berada di pasaran namun ianya menjadi perdebatan di kalangan netizen. Manakan tidak, bagi mereka kewujudan keropok hipster ini seperti menjatuhkan rasa dan tradisi asli sejak dahulu lagi. Sebagai info, selain keju kini terdapat keropok lekor durian. Berani untuk cuba?

Teh Cheese

Jika dahulu ianya sukar untuk didapati. Kini seiring dengan fenomena ‘Boba’ , beberapa kedai turut mengusahakan minuman berasaskan keju. Kami pernah mencuba salah satu minuman di Chizu iaitu Teh Cheese. Rasanya? Semestinya lemak berkrim namun buat anda yang cepat muak kami nasihatkan anda untuk mencuba menu yang lain.

Ayam Goreng Korea Keju

Sejak diperkenalkan di Malaysia, ayam goreng yang disaluti bersama keju menjadi kegemaran ramai! Seperti yang diketahui beberapa rangkaian restoran terkenal di tanah air telah menyediakan sajian ini dan salah satu pilihan kami adalah K-Fry!

Rainbow Cheese Toast

Mula dikenali di Ipoh, Perak, roti keju warna warni atau Rainbow Cheese Toast ini tular kerana tekstur nya yang menarik dan turut dikategorikan sebagai makanan hipster! Terlalu jauh? Apa kata singgah di SayChiizu,Mid Valley dan pesan menu ini yang berharga RM12.90 satu!

char koey teow kejuk-frykeropok lekor kejuSay Chiizuteh cheese
https://lomp.at/c46ni
Share12Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Selera

Nikmati ‘Oyster Omellete’ & Nasi Kerabu Enak Di Courtyard By Marriott KL South

by Naddy Joe
January 26, 2026

Ramadhan tahun ini lebih istimewa apabila Courtyard By Marriott Kuala Lumpur South kembali menjemput para media tempatan untuk merasai pengalaman...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
LifeXplore

Rahsia Lidah Bakar Di Sebalik 100 Sajian Bufet Eksklusif Putrajaya Marriott Hotel

by Phic ARMAN
January 14, 2026

Baru-baru ini, MURAI berkesempatan menghadiri sesi preview bufet Ramadan di Putrajaya Marriott Hotel, dan jujurnya... pengalaman kali ini memang lain...

Read moreDetails
Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore