Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Penerima STR 2026 Tiada Akaun Bank? Ikuti Langkah Ini Untuk Dapat Tunai

by Nurul A.
January 13, 2026
Foto - Astro Awani

Foto - Astro Awani

21
KONGSIAN
Share on Facebook

Nampaknya sudah ada penerima yang mula menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026.

Bagi penerima yang belum menerima, mungkin disebabkan oleh tiada akaun bank atau mempunyai masalah akaun bank yang tidak aktif, jangan risau ye kerana entri kali ini adalah khas untuk kamu!

Foto – Malaysia Gazette

Walaupun tidak mempunyai akaun bank atau mempunyai masalah akaun yang tidak aktif, kamu juga layak menerima STR 2026 jika menepati ciri-ciri kelayakan penerima.

Kategori Penerima STR 2026

1. Isi Rumah: 

  • Kahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat kelayakan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

2. Warga Emas (Tiada Pasangan)

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan adalah RM5,000 dan ke bawah

3. Bujang 

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
  • Had umur adalah 21-59 tahun
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas
  • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa
  • Pendapatan adalah RM2,500 dan ke bawah
Foto – The Malaysia Reserve

Jadi bagaimana nak terima bayaran tunai jika tiada akaun bank? Penerima yang layak boleh menerima bayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan kamu.

Caranya? Kamu hanya perlu membawa MyKad (pastikan bawa yang asal) ke mana-mana cawangan BSN seluruh negara apabila status pembayaran (semakan dibuat secara dalam talian) dipaparkan sebagai “Tunai”.

Semakan status kelayakan melalui cara-cara berikut:

  1. Portal Rasmi STR [TEKAN SINI]
  2. Hubungi hotline Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) [1800-88-2747]
  3. Kunjungi pejabat LHDNM berhampiran

Manakala bagi penerima yang mempunyai keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan termasuklah uzur, hanya wakil yang berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk membuat tuntutan bagi pihak penerima.

Wakil yang berdaftar perlu membawa beberapa dokumen yang diperlukan untuk membuktikan pertalian (jika perlu) seperti MyKad asal wakil dan salinan MyKad penerima.

Untuk makluman, jika ada pemohon STR 2026 yang tidak lulus Fasa 1, permohonan rayuan boleh dilakukan bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026.

STR 2026 Wajib Daftar Akaun Baharu Walaupun Dulu Pernah Mohon- Begini Caranya...
bank simpanan nasionalbsnstrstr 2026sumbangan tunai rahmah
https://lomp.at/neflc
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Caprice Dedah Taska Terkenal Kurung Budak Autisme Dalam Stor? Netizen Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 21, 2026

Baru-baru ini tular video yang memaparkan kanak-kanak autisme yang didakwa dikurung di dalam stor salah sebuah taska terkenal di Shah...

Read moreDetails
Berita

Haqiem Stopa & Aireena Sofia Sah Bercerai

by Naddy Joe
January 13, 2026

Krisis rumah tangga pasangan pempengaruh iaitu Haqiem Stopa dan Aireena Sofia menemui titik noktah selepas mereka sah bercerai talak satu...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
via e.central/ freepik
Sosial Buzz

Isu T&C Rembayung Undang Reaksi Netizen, Ada Yang Sokong, Ada Yang ‘Triggered’

by Naja Nix
January 5, 2026

Sebuah bebenang di Threads mencetuskan perbincangan hangat apabila menyentuh soal terma dan syarat (T&C) tempahan restoran Rembayung milik pempengaruh dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore