Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Peritnya Kehilangan Suami Tersayang, Mawi Doakan Bekas Tunangnya Dulu Ina Naim Diberikan Kekuatan

by Puteri Alia
November 21, 2023
Share on Facebook

Kesedihan adalah fitrah manusia yang Allah SWT ciptakan, bahkan junjungan kita Nabi SAW juga tidak terlepas daripada  perasaan sedih atas pemergian anakandanya yang tercinta Ibrahim bersama isteri baginda Mariah binti Syam‘un al-Qibtiyyah.

Bahkan, kematian merupakan satu bentuk musibah ujian yang menimpa, islam mengajarkan kita mengucapkan kalimah istirja‘ apabila ditimpa sebarang musibah.

Keadaan itut adalah suatu ketentuan yang tidak dapat dijangkakan sama ada melibatkan ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa, suami isteri, anak-anak mahu pun sahabat handai.

Kehilangan ada kalanya membuatkan kita hilang tempat bergantung dan menyandarkan pengharapan pada saat diperlukan.  Ia boleh menjadikan dunia tiba-tiba bagai kelam dan perasaan diselubungi kesedihan.

Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi dan penyampai radio, Mawi mendoakan agar balu kepada rakan seperjuangannya Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim dikurniakan kekuatan atas pemergian insan tersayang.

Mawi berkata, dia yakin Ina atau nama sebenarnya Nor Diana Naim dan keluarga yang ditinggalkan akan terus cekal mengatur langkah dalam kehidupan.

“Saya sentiasa mendoakan semoga keluarganya dalam keadaan kuat. Kita hanya mampu berdoa tetapi yang memberi kekuatan adalah Allah SWT.

“Kita doakan juga semoga Allah SWT pilih dia (Suhaimi) sebagai kekasih-Nya,” katanya dalam perkongsian video dalam Instagram.

Pada hantaran sama, pemilik nama lengkap Asmawi Ani, 42, itu meluahkan rasa syukur apabila ramai berkongsi perkara baik yang dilakukan Allahyarham ketika hayatnya.

“Alhamdulillah kalau ramai bercerita kebaikan kita kerana itu satu petanda baik, yang takut kalau orang cakap tentang keburukan.

“Boleh jadi contoh dan inspirasi tapi janganlah buat baik sebab nak orang puji kita selepas mati, niat sudah lari.

“Sebenarnya buat baik ini biarlah ikhlas. Esok kita mati orang hendak cerita baik atau sebaliknya, terserah kepada Allah

“Cuma yang masih ada peluang di dunia Allah bagi ini, banyak-banyak buat kebaikan. Kalau ada rezeki lebih, berkongsi dengan orang lain,” ujarnya.

Suhaimi yang juga bekas anggota In-Team menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) pada Rabu minggu lalu akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Status Konsert Jadi Tanda Tanya, Mawi Pilih Untuk Diam Diri

Pemergiannya masih diperkatakan sehingga ke hari ini dengan ramai kenalan terdekat mendedahkan kebaikan dilakukan Allahyarham sepanjang hayatnya.

Sebelum ini, Mawi pernah menjadi tunangan kepada Ina pada 10 Februari 2004, namun ikatan mereka terputus 10 Julai 2006.

Setahun kemudian, Ina berkahwin dengan Suhaimi, manakala Mawi menikahi Ekin pada 21 Disember 2008

Ina Naimmawi
https://lomp.at/qcme7
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Berita

Nad Zainal Kongsi Sikap Ungku Ismail Ketika Awal Kehamilan, Netizen Terhibur!-“Lelaki Memang Gitu..”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Umum mengetahui pelakon, Nad Zainal baru sahaja berkongsi khabar gembira mengenai dia yang kini sedang hamil cahaya mata keempat. Nad...

Read moreDetails
Lokal

“Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama…”-Azar Azmi Mohon Doa Orang Ramai

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Azar Azmi tampil menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang membantu individu rapat yang digelar sebagai 'Abah' yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore