Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

Persembahan Balet Sensasi London ~ Buat Julung Kali di Kuala Lumpur!

by Aphit J.
October 26, 2024
Share on Facebook

Sensasi balet terkini dari UK, Ballet Nights, akan membuat penampilan pertama mereka di Malaysia dengan persembahan di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur, pada Sabtu, 22 Februari (8:00 malam), dan Ahad, 23 Februari (3:00 petang), 2025.

Kumpulan Penari Terkemuka Dunia

Ballet Nights Kuala Lumpur menampilkan kumpulan penari terkemuka dunia balet dari seluruh dunia, meraikan tradisi seni klasik, di samping menerokai gaya persembahan moden.

Pengasas dan Pengarah Artistik Ballet Nights, Jamiel Devernay-Laurence, sendiri akan menghuraikan cerita di sebalik tabir bagi setiap aksi, semestinya akan membuat pengalaman penonton lebih berharga.

Musa Motha, penari luar biasa dari Afrika Selatan yang juga pemenang Golden Buzzer America’s Got Talent dan Britain’s Got Talent, turut serta dalam pementasan Ballet Nights Kuala Lumpur, tentunya akan memukau setiap penonton.

Misi mereka adalah untuk membawa pengalaman istimewa ini ke peringkat global agar lebih ramai dapat menikmati persembahan unik ini.

Ini adalah peluang untuk menyaksikan balet seperti yang belum pernah ditonton.

Pertama Kali Dihoskan

via Ballet Nights

Tiket boleh didapati di ticket2U.com.my, dengan harga bermula dari RM199.00. Pemegang kad CIMB Bank akan menikmati diskaun 20% untuk semua kategori tiket (*T&S tertakluk).

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan produksi balet antarabangsa yang pertama kalinya dihoskan secara unik, dengan menggabungkan tarian Klasikal, Neo-klasikal, dan kontemporari.

Nikmati keindahan pirouette dan emosi dalam setiap gerak lompatan, anda akan dibawa ke dunia di mana tarian bukan sekadar menghibur—tetapi mempersona!

Ballet Nights Kuala Lumpur dibawakan dengan kerjasama British Council, British Malaysian Chamber of Commerce, Malaysia British Society, Melbourne Capital Group, World Trade Centre Kuala Lumpur, HOMME, dan CIMB Bank.

Untuk maklumat lanjut Ballet Nights KL, layari www.balletnights.com/malaysia atau ikuti mereka di Instagram @InternationalBalletPLT

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
LONDON BALLET NIGHTS
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara