Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Promosi Hari Wanita Sedunia 2023: Ada Starbucks, Coolblog, Getha, Chatime & Banyak Lagi…

by Soph Azz
March 8, 2023
Foto - Instagram

Foto - Instagram

Share on Facebook

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia superwomen!

Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada tanggal 8 Mac setiap tahun; inilah masanya untuk wanita-wanita sekalian renungi semula dan hargai diri sendiri atau wanita lain di sekeliling.

Tak salah nak belanja lebih pada diri sendiri atau pada yang tersayang; kerana Hari Wanita ini menunjukkan betapa pentingnya seorang wanita dalam diri kita. Tak kiralah ibu, kakak, kawan atau rakan sekerja, hargai diri mereka dengan berbelanja menerusi promosi hebat berikut.

Psst… Promosi ini hanya berlangsung pada Hari Wanita Sedunia sahaja (dan ada yang berlanjutan sehingga beberapa hari), nikmati promosi terhebat ini untuk diri sendiri atau bersama yang tersayang sekarang!

#1 STARBUCKS (8 Mac 2023)

View this post on Instagram

A post shared by Starbucks Malaysia (@mystarbucks)

Promosi yang berlangsung pada 8 Mac 2023, sepanjang hari; wanita boleh menikmati diskaun 30% apabila membeli minuman bersaiz Grande yang terpilih sahaja. Antara pilihan minumannya adalah:

  • Hazelnut Dolce Latte
  • Hazelnut Dolce Frappucino®
  • Jasmine Clementine Pure Matcha Latte
  • Jasmine Clementine Pearls Oolong
  • Poppin’ Love Frappucino®
  • Mocha Nut Frappucino®

Terma & Syarat:

  1. Tidak sah dengan sebarang diskaun atau promosi lain
  2. Tidak terpakai untuk Reserve dan minuman promosi
  3. Tidak berkenaan untuk perkhidmatan penghantaran
  4. Terpakai di semua kedai Starbucks di Malaysia, kecuali KLIA, KLIA2, Sunway Lagoon dan Genting Highland

#2 GETHA (1-8 Mac 2023)

View this post on Instagram

A post shared by Getha (@gethabedding)

Promosi yang berlangsung pada 1-8 Mac 2023, Getha menawarkan beberapa promosi seperti:

  • Promosi barangan GETHA sehingga potongan 25% dan hadiah dengan pembelian
  • Pembelian mana-mana bantal (2 unit) dan bolster diberikan tambahan potongan 40%
  • Pembelian mana-mana 2 aksesori diberikan tambahan potongan 10%
  • Pembelian tencel bedding diberikan potongan 25% (Kod Promo: tencel25mar)
  • Setiap pembelian akan diberikan hadiah percuma, tertakluk pada pembelian minimum dan stok

[TAWARAN: WEB GETHA]

#3 COOLBLOG (8 Mac 2023)

View this post on Instagram

A post shared by Coolblog Malaysia (@coolblogmalaysia)

Hanya pada 8 Mac 2023 sahaja, CoolBlog menawarkan satu minuman percuma dengan pembelian mana-mana minuman. Tertakluk pad aterma dan syarat.

Terma & Syarat: 

  1. Promosi hanya terpakai kepada semua wanita, tanpa mengira usia
  2. Promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ juga termasuk minuman LT0
  3. Promosi hanya terpakai di kedai CoolBlog sahaja
  4. Promosi berlangsung hanya 1 hari, 8 Mac 2023

#4 GONG CHA (8 Mac 2023)

View this post on Instagram

A post shared by Gong cha Malaysia (@gongchamy)

Promosi sepanjang hari, Gong Cha menawarkan potongan harga RM3.80 untuk pembelian minuman kedua pada semua wanita di seluruh kedai Gong Cha.

Terma & Syarat:

  1. Promosi hanya sah pada 8 Mac 2023 sahaja
  2. Promosi hanya terpakai pada semua wanita
  3. Minuman kedua terpakai kepada minuman yang harganya lebih rendah
  4. Tidak sah dengan sebarang promosi, diskaun atau tawaran yang sedang berjalan

#5 HÄAGEN-DAZS (6-10 Mac 2023)

View this post on Instagram

A post shared by Häagen-Dazs Malaysia (@haagendazsmy)

Menerusi promosi #DontHoldBack yang berlangsung pada 6-10 Mac 2023, Häagen-Dazs akan memberi 1 scoop percuma pada pengunjung yang membeli double scoop. Promosi ini sah dipakai di mana-mana kedai Häagen-Dazs.

#6 SUSHI KING (8-9 Mac 2023)

View this post on Instagram

A post shared by Sushi King Malaysia (@sushikingmalaysia)

Berhias dalam serba pink sekiranya kamu ke Sushi King untuk menebus satu pinggan sushi *PINK* dengan sebarang pembelian. Tertakluk pada terma dan syarat.

Terma & Syarat: 

  1. Promosi hanya berlangsung pada 8-9 Mac 2023 sahaja
  2. Tunjukkan sebarang item berwarna merah jambu pada staf untuk menebus satu pinggan merah jambu secara percuma.
  3. Promosi berlangsung di seluruh kedai Sushi King

#7 HOKKAIDO BAKED CHEESE TART (8 Mac 2023)

https://www.instagram.com/p/Cpbg83WvBwW/?utm_source=ig_embed&ig_rid=24909425-0de9-4efc-a03e-b61e5542e749

Promosi hanya tertakluk kepada beberapa lokasi sahaja, nikmati mana-mana pembelian aiskrim sama ada dalam bentuk cawan atau kon untuk menebus satu aiskrim percuma.

Terma & Syarat: 

  1. Sah di cawangan Hokkaido Baked Cheese Tart di IOI City Mall, Berjaya Times Square, Sunway Putra dan Pavilion KL pada 8 Mac 2023 sahaja.
  2. Sah untuk semua perisa hidangan soft serve dalam kedua-dua cawan atau kon.
  3. Servis soft serve percuma mestilah nilai yang sama atau lebih rendah.
  4. Tidak sah dengan promosi lain yang sedang berjalan, diskaun bank, keistimewaan dan baucar promosi.
  5. Gambar yang ditunjukkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.
  6. Pihak pengurusan berhak untuk meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

#8 CHATIME @ AVENUE K (8 Mac 2023)

View this post on Instagram

A post shared by Chatime Malaysia (@chatime.malaysia)

Promosi hanya berlangsung di outlet Avenue K sahaja, Chatime akan berikan cupcake percuma dan peluang untuk menangi kad hadiah UNIQLO RM50 apabila pengunjung menyertai cabutan bertuah yang diadakan.

Terma & Syarat: 

  1. Promosi hanya sah di outlet Chatime di Avenue K sahaja.
  2. Berlangsung selama 3 jam bermula dari 12 tengahari hingga 3 petang pada 8 Mac 2023.
  3. Minimum pembelian 2 minuman Chatime untuk tebus cupcake percuma (sementara stok masih ada).

#9 COFFEE BEAN TEA LEAF (8-10 Mac 2023)

View this post on Instagram

A post shared by The Coffee Bean & Tea Leaf MY (@coffeebeanmy)

Beli mana-mana air tembikai laici untuk nikmati potongan harga sebanyak RM3.80 di seluruh kedai Coffee Bean Tea Leaf.

Terma & Syarat: 

  1. Promosi hanya terpakai untuk Watermelon Lychee Cold Brew Sweet Tea atau Sparkling Watermelon Lychee Cold Brew Tea
  2. Penebusan promosi terbuka kepada semua dan terbuka kepada lebih daripada satu penebusan bagi setiap orang
  3. Tidak berkenaan dengan promosi atau diskaun lain yang sedang berjalan
  4. Semua produk yang ditawarkan adalah tertakluk kepada ketersedian, sementara stok masih ada

Jangan lepaskan peluang untuknikmati semua promosi sempena Hari Wanita ini ye!

hari wanita sedunia 2023promosi hari wanita 2023promosi hari wanita sedunia
https://lomp.at/jqtox
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Lubok Resepi (FB)
Selera

Tak Lengkap Bulan Ramadan Tanpa Bubur Lambuk- Ini Resepi Paling Senang & Sedap!

by Nurul A.
February 15, 2026

Jujur MURAI beritahu, memang tak lengkap bulan Ramadan jika tiada menu bubur lambuk. Menu ini boleh dikatakan hampir setiap hari...

Read moreDetails
Selera

Ramadan Iftar Terapung & Atas Air: Suasana Bali Di Tengah Cheras?

by Phic ARMAN
January 21, 2026

Kalau sebut Cheras, kebanyakan orang bayangkan kafe biasa, kedai makan standard, atau restoran di tepi jalan. Tapi MURAI baru-baru ini...

Read moreDetails
LifeXplore

Rahsia Lidah Bakar Di Sebalik 100 Sajian Bufet Eksklusif Putrajaya Marriott Hotel

by Phic ARMAN
January 14, 2026

Baru-baru ini, MURAI berkesempatan menghadiri sesi preview bufet Ramadan di Putrajaya Marriott Hotel, dan jujurnya... pengalaman kali ini memang lain...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore