Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

Psst… Ada 5 Negeri Yang Tak Cuti Pada 1 Januari 2026 Nanti!

by Nurul A.
December 24, 2025
Foto - Edisi 9

Foto - Edisi 9

467
KONGSIAN
Share on Facebook

Rasanya anda boleh merancang cuti panjang bermula esok, Hari Krismas sehingga ke Tahun Baru 2026. Tapi tunggu dulu kerana tak semua negeri di Malaysia mengambil cuti Tahun Baru tau!

Berdasarkan senarai rasmi Hari Kelepasan Am 2026 dari Jabatan Perdana Menteri, terdapat lima negeri sahaja di Semenanjung Malaysia yang tidak mengisytiharkan tarikh 1 Januari 2026 sebagai cuti umum.

Foto – kabinet.gov.my

Negeri-negeri Semenanjung Malaysia tersebut ialah Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Bagi mereka yang menetap di kelima-lima negeri yang tersenarai, anda dijangka untuk bekerja seperti biasa kecuali majikan memutuskan untuk beri cuti pilihan atau cuti ganti.

Manakala negeri yang tidak tersenarai seperti Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sabah, Sarawah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula akan menikmati cuti umum tersebut.

Walaupun kelima-lima negeri tersebut tidak mengisytihar 1 Januari 2026 sebagai cuti umum, namun sambutan Malam Tahun Baru masih lagi diadakan di bandar-bandar besarnya.

Untuk pengetahuan semua, negeri-negeri tersebut tidak mengiktiraf Hari Tahun Baru Gregorian sebagai cuti rasmi kerana mengutamakan perayaan mengikut kalendar Islam.

Bagi yang bekerja di salah satu negeri tersebut, jangan risau kerana anda boleh mohon cuti tahunan awal atau rancang aktiviti selepas waktu kerja. MURAI nasihatkan untuk semak dengan majikan masing-masing untuk elak kekeliruan.

Topik Berkaitan Countdown Sampai Pagi, Rapid KL Lanjut Operasi Sempena Ambang Tahun Baharu 2026

Selamat tahun baru in advanced!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
negeri yang tidak cuti tahun barutahun barutahun baru 2026
Share187Tweet117SendShare

KINI TRENDING

Foto - @urassayas (IG)
Kecantikan

Kulit Wanita Thailand Sentiasa Cantik & Mulus, Ini Rahsia Ramai Tak Tahu!

by Nurul A.
November 8, 2026

Tak kiralah aktres, penyanyi atau wanita tempatan, kalau kamu lihat wanita Thailand kan, memang gebu, mulus dan cerah saja kulitnya....

Read moreDetails
Diet tembikai, perut kempis buncit
Tips

Diet Tembikai Boleh Hilangkan Perut Buncit Dalam Seminggu?

by Nurul A.
November 23, 2026

Nasihat MURAI, sebelum lakukan diet ini pastikan kamu rujuk dan tanya pendapat pakar kamu ye. Tahun 2026 hampir menemui penghujungnya....

Read moreDetails
The Weeknd
LifeXplore

Nak Elak Barang Dirampas Di Pintu Masuk? Jom Semak Checklist Konsert The Weeknd!

by Nurul A.
October 29, 2026

MURAI yakin ramai peminat The Weeknd tidak sabar menantikan tarikh 4 dan 5 November ini. Mana taknya, inilah satu-satunya peluang...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  4. 4

    Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara